" Raisya "

Aku berpaling ke belakang . Ibu Daniel memandangku dan menggosok pipiku .

" Maafkan ibu paksa Raisya . Ibu memang dah lama berkenan dekat Raisya . Tapi Dani suka perempuan yang tak cukup kain .. " Aku memegang tangannya , menarik dia duduk di kerusi .

" Tak apa " Aku tersenyum paksa .

" Dani cadang nak kahwin dengan perempuan tak cukup kain tu , nama dia Melina . Tapi hari ni , entah kenapa dia tak dapat datang . Tiba tiba Ibu dengar riuh rendah jiran cakap kamu tak dapat kahwin sebab pengantin lelaki accident . Ibu terus panggil kamu . " Dia berhenti dan bernafas .

" Ibu tahu kamu terpaksa " Hampir sahaja air matanya jatuh , aku segera memeluknya .

" Jangan risau Auntie , Daniel baik " Aku menggosok gosok belakangnya .

" Dont call me Auntie . Call me Ibu . Now i'm your Mother In Law . Okay ? " Dia meleraikan pelukan kami .

" Okay Ibu " aku tersenyum.

----------------

Aku masuk ke bilik , nak mandi lepas tu menghadap sang Pencipta yang Maha Esa . Aku segera ke bilik air dan mandi .

Sedang sibuk aku mandi , seseorang mengetuk pintu tandas ku .

" Cepatlah mandi , aku pun nak mandi jugak ! Lembab la ! " Dia mengetuk lagi pintu tandasku , dengan kasar .

" Sabar , saya tengah pakai baju ni " Aku mengambil baju yang aku bawa ke dalam tandas tadi dan menyarung ke tubuh langsingku .

Selesai memakai baju , aku membuka pintu . Muka bengisnya memandang aku . Aku hanya menunduk. Dia menolak ku ke tepi dan masuk ke tandas . Pintu tandas di hempas kuat .

Aku membentangkan sejadahku lalu aku memakai telekung kegemaranku , hadiah daripada arwah Ayahku sebelum dia meninggal dunia semasa umurku 18 tahun .

-----------------

( DANIEL POV )

Selesai mandi , aku keluar dari bilik air . Aku lupa nak ambil baju , sibuk sangat nak marah dia .

Langkah ku terhenti . Aku melihat Raisya yang sibuk sujud menghadap Pencipta . Raisya ni orangnya baik . Cuma aku yang tak berapa baik . Ah ! Dia yang jahat !

' Tapi kau tak pernah solat . '

Ah ! siapa kata orang yang solat sahaja yang baik ?!

' Kau memang jahat . Kau lupa agama . Kau lupa adat Melayu . Kau jahat '

Ah !

Rambutku aku gosok , stress . Sudahlah Melina lari daripada majlis perkahwinan ! Tiba tiba sahaja terpaksa berkahwin dengan si Raisya ni !

STRESS !

------------

( RAISYA POV )

Aku menarik telekungku , sedang aku sibuk melipat telekung , ternampak kelibat lelaki bertubuh sasa di depan pintu Tandas . Daniel yang sedang mengusutkan rambutnya juga memandang aku .

" Ya Allah kenapa tak pakai baju " Aku menutup mata dari memandangnya .

" Tak payah la pandang aku jijik sangat . Kau tu yang jijik . " Dia ke beg nya yang menyimpan baju nya . Aku hanya diam . Jijik sangat ke aku ni ?

Aku hanya mendiamkan diri . Siap aku melipat telekungku , aku keluar dari bilik tanpa memandangnya . Aku harus kuat . Kuat terima dugaan bersama si muka bengis . Kerja asyik marah aku , kata aku jijik dan itu ini .

------------

Terpaksa dalam Kerelaan Where stories live. Discover now