"Tak nampak ke tu? Kamera digital lah!" Riang Taehyung.

"Jadi kenapa dengan kamera digital tu?" Soalnya lagi.

"Kan kau takde kamera pink tu, kamera digital ni pun jadilah. Sekurang-kurangnya kau bolehlah ambil gambar jugak. Tak gambar pun video." Ujar Taehyung.

"Tapi kalau nak kamera tu, kenalah menang game tu" Seokjin.

"Jadi jomlah main game ni." Cadang Taehyung.

"Ya, encik? Encik nak main game ni? Untuk 3 bola, 3 000 won (Rm9). Encik perlu baling bola ni masuk dalam jaring. Haa kalau encik dapat masukkan ketiga-tiga bola ni secara berturut-turut, encik dapat hadiah utama kami, iaitu kamera digital." Peniaga kedai itu menerangkan cara bermain kepada Taehyung dan Seokjin.

"Seokjin, jomlah main game ni. Kalau menang, dapat kamera tu" pujuk Taehyung. Seokjin pula memandang tepat mata Taehyung.

"Yelah" Akhirnya Seokjin mengalah juga. Taehyung pula sudah terlompat-lompat keriangan persis anak kecil.

"Okay. Biar aku bayar, kau main" Cadang Taehyung sambil mengeluarkan dompetnya untuk membayar 3 000 won kepada peniaga itu.

"Eh tak payah tak payah.biar aku bayar, aku yang main" Seokjin cepat-cepat menghalang perbuatan Taehyung. Taehyung akur dengan arahan Seokjin. Lalu, Seokjin membayar 3 000 won kepada peniaga itu.

Setelah membayar, kini tiba masanya Seokjin untuk beraksi. Dia mengambil sebiji bola di hadapannya. Dan dia cuba membetulkan posisinya agar bola itu dapat dijaringkan dengan tepat. Kemudian, dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus.

'Demi kamera, demi Taehyung!' Seokjin membaling bola itu ke dalam jaring namun tidak berhasil kerana melantun keluar.

"Gwaenchana! Gwaenchana!" Taehyung yang berada di sebelahnya cuba memberi sokongan kepada Seokjin.

Sekali lagi, Seokjin mengambil sebiji bola dan membetulkan posisinya. Kemudian, Seokjin membaling bola tersebut ke dalam jaring dan sekali lagi, bola itu melantun keluar.

"Gwaenchana! Gwaenchana!" Jeritan Taehyung membuatkan lima sahabatnya yang terlajak di hadapan berpatah balik dan ke arah mereka.

"Korang main apa ni?" Soal Jimin.

"Bola jaringlah. Takkan tak nampak?" Jawab Hoseok pula.

"Kalau menang dapat apa, hyung?" Soal Jungkook kepada Taehyung.

"Kalau dapat jaringkan ketiga-tiga bola ni, nanti menang dapat tu" Taehyung menunding jari pada sebuah poster tadi.

"Heol! Kamera digital!" Hoseok.

"Alah! Senang je ni! Budak tadika pun boleh buat" ujar Yoongi dengan megahnya.

Seokjin tidak memperdulikan sahabat di belakangnya dan cuba untuk menfokus pada jaring tersebut.

"Seokjin, fighting!" Sokong Taehyung lagi.

Tanpa membuat masa, Seokjin membaling bola ketiga pada jaring. Namun masih sama, bola tersebut melantun keluar.

"Tahniah, sila cuba lagi" Ujar peniaga itu sambil mengutip semula ketiga-ketiga bola yang di baling oleh Seokjin. Seokjin terundur ke belakang dengan perasaan yang hampa.

"Takpe Seokjin, biar aku yang buat. Demi kau! Demi kamera!" Namjoon menghampiri Seokjin sambil menyangkut tangannya di bahu Seokjin. Seokjin pula memandang wajah Namjoon dengan terujanya.

"Betul ke? Betul ke ni???" Soal Seokjin beria-ria. Manakala Namjoon pula hanya tersenyum. Lalu Namjoon membayar 3 000 won seperti yang tertera di poster kepada peniaga tersebut.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now