Bab 36

4K 392 10
                                    

Dua hari selepas kejadian, Yoongi dan Jungkook di minta untuk hadir ke Balai Polis Seoul untuk mengetahui hal sebenar tentang kejadian.

Kelima sahabat mereka turut menghadiri di Balai Polis. Dan kelima mereka sedang menunggu ketibaan Yoongi dan Jungkook di ruangan menunggu.

30 minit seterusnya, Jungkook dan Yoongi keluar dengan perasaan hampa apabila mendengar penjelasan oleh seorang pegawai polis sebentar tadi.

"Yoongi, Jungkook, apa cerita?" Soal Jimin sambil ke arah mereka. Diikuti oleh sahabatnya yang lain.

"Entahlah..." jawab Yoongi. Hatinya pilu.

"Polis tu cakap apa?" Soal Taehyung pula.

"Polis tu cakap yang omma appa kitaorang kemalangan sebab wayar brek putus" (hentam)

"Jinjja?!!" Namjoon tergamam mendengar penjelasan ringkas daripada Yoongi.

"Apa punca wayar tu putus?" Soal Jin.

"Entahlah...." Yoongi.

'Tapi...aku rasa ada yang tak kena dengan kejadian ni. Mesti! Mesti ada sesuatu di sebaliknya!' Omel Jungkook di dalam hati.

Kemudian mereka keluar dari balai polis tersebut dengan perasaan duka. Mereka bingung dengan dugaan yang dihadapinya.

Beberapa langkah kemudian, Jungkook ternampak seseorang yang berjaket hitam dengan wajahnya yang ditutupi oleh penutip mulut dan kaca mata berwarna hitam berdiri keseorangan di sebalik kereta.

Perasaan Jungkook tidak selesa. Hatinya meronta-ronta bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Lama Jungkook perhati orang tersebut.

Kemudian orang tersebut tersedar bahawa Jungkook sedang memerhatikannya. Dengan pantas orang tersebut melarikan dari.

"Hoi Jungkook!" Laung Hoseok sambil berjalan ke arah Jungkook.

"Aku tahulah kau tengah bersedih sekarang ni, tapi janganlah termenung dekat tengah jalan. Dah jom, diaorang dah tunggu kat sana" pinta Hoseok sambil menepuk-nepuk bahu Jungkook.

"Ah ne, hyung..."

End flashback

"Mestilah omma dengan appa happy..." jawab Yoongi. Matanya masih memandang dua buah mangkuk besar di balik kaca itu, begitu juga Jungkook.

"Hyung?"

"Hmm?"

"Hyung tak rasa ke yang omma appa mati sebab kena bunuh?"

"Jungkook, tolong. Kita dah janjikan tanak cerita pasal ni lagi?" Soal Yoongi tegas sambil memandang Jungkook.

"Tapi hyung..."

"Dah jom, diaorang tengah tunggu kita tu" Yoongi melangkah keluar dari situ dan meninggalkan Jungkook keseorangan di belakang.


Huhuhuhuhuhu :'( maaflah lambat sangat update. Bukan takde idea, tapi nak susun jalan cerita tu payah bebenor. Nah hearts 💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜 hahahaha 😆😆

7012 | BTSWhere stories live. Discover now