Bab 13

5.8K 583 19
                                    

Malam itu, Namjoon keluar dari biliknya dan ke bilik Seokjin.

Dia mengetuk pintu bilik Seokjin terlebih dahulu.

"Masuk" Seokjin melaung dari dalam. Namjoon memulas tombol pintu bilik Seokjin.

"Oh Namjoon, ada apa?" Seokjin memandang Namjoon. Tangannya terhenti menyusun pakaiannya di dalam almari.

"Aku nak bincang dengan kau sekejap" Namjoon menutup pintu Seokjin lalu duduk di atas katil Seokjin.

"Pasal apa? Cam serius je" Seokjin duduk di sebelah Namjoon.

"Ni haa, aku ingatkan nak beli kereta baru. Takpun van baru. Jadi aku tak tahu nak beli kereta apa. Aku datang sini sebab nak mintak pendapat kau. Tu je" Namjoon menjelaskan niatnya pada Seokjin.

"Lah pasal tu je ke. Ingatkan apa. Erm berapa bajet kau nak beli kereta tu?" Seokjin menanyakan pada Namjoon.

"Berapa-berapa pun boleh" jawab Namjoon selamber.

"Orang kaya bolehlah" Seokjin sedikit memerli Namjoon.

"Sekali sekala. Apa salahnya?" Namjoon tersenyum.

"Disebabkan kita ramai. Apa kata..." Seokjin berfikir sejenak. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyebutnya. Lalu dia menyapai Phonenya. Dia mula menaip sesuatu di Naver.

Dia menunjukkan pada Namjoon.

"Ford F150 King Ranch 4x4 EcoBoost Truck? Erm cantik jugak truck ni. Aku tak terfikir pun nak beli truck ni. Ingatkan nak beli van yang sama" Namjoon tersenyum.

"Tengoklah idea siapa" Seokjin berbangga dengan dirinya.

"Tapi mana kau dapat idea nak beli truck ni?" Tanya Namjoon.

"Sebab aku pernah sekali tengok truck ni dalam satu majalah" jawab Seokjin. Namjoon hanya mengangguk.

Dalam pada masa yang sama, Taehyung sedang duduk di dalam biliknya. Dia duduk di atas katil sambil memeluk kakinya, matanya pula memandang tingkap.

Dia memejam matanya serapat-rapatnya.

Penjelasan oleh pembaca berita tadi masih terngiang-ngiang dia kepalanya.

Flashback

"Jam 6 petang semalam telah berlakunya satu kes pembunuhan. Dikhabarkan sebuah flat di tingkat 6 didapati sebuah kes pembunuhan telah berlaku. Di dapati, lelaki 50 an mati di tikam di perut manakala seorang wanita 40 an mengalami gangguan mental. Siasatan polis mengatakan, mereka masih belum mempunyai sebarang bukti yang kukuh. Dan kini wanita tersebut di tempatkan di hospital mental di Bandar Seoul"

Taehyung terkejut. Dia seakan-akan percaya dengan apa yang di dengarinya.

"Omma...." Taehyung terkesima. Dia tidak sangka bahawa ommanya disahkan mental. Jantungnya berdegup pantas. Dia seakan-akan mahu menangis. Meraung pun ada.

"Hyung..." Jungkook memanggilnya.

Taehyung membatalkan niatnya. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan sahabatnya.

Dia menoleh. Dia menggagahkan dirinya untuk melemparkan senyuman pada Jungkook.

"Korang tengok cerita apa? Tak ajak hyung pun" Taehyung berdiri. Dia cuba meyakinkan dirinya kepada Jungkook bahawa tiada apa yang berlaku.

Lalu Taehyung memasuki rumah berharap dia mampu bertahan menyembunyikan perasaannya.

Flashback ends

Air matanya mula mengalir. Tangannya menggigil.

"Omma... mianhae..." suara Taehyung bergetar.

Dia memeluk kakinya seerat-eratnya. Dia meluahkan perasaannya dengan menangis. Dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia tidak mahu merisaukan sahabatnya.

Namjoon keluar dari bilik Seokjin setelah bersetuju hendak membeli truck tersebut. Dia memasuki biliknya dan ke bilik air.

Semasa di dalam bilik air, dia ternampak sebuah baldi.

"Ah! Macam mana aku boleh lupa nak basuh baju ni???" Dia mengambil baju Taehyung yang terendam dalam baldi.

"Ish! Geli pulak aku tengok air ni" Namjoon terasa geli di bulu tengkuknya apabila melihat air didalam baldi bertukar warna merah.

Dia mengangsingkan t-shirt Taehyung dan membuang air itu di longkang. Kaki Namjoon terjengkit-jengkit apabila air kotor itu terkena kakinya.

Lalu baju t-shirt Taehyung di bilas di dalam sinki. Setelah itu, dia campak baju Taehyung di dalam baldi tadi.

Dalam pada masa yang sama. Yoongi ke bilik Jungkook.

"Hyung, ada apa?" Tanya Jungkook.

"Esok teman hyung pergi sekolah kookie boleh?" Soal Yoongi.

"Kenapa pulak? Kan Namjoon hyung yang suruh kookie berhenti. Kookie pun berhentilah. Lagipun hyung sendiri dah bersetuju" Jungkook tidak setuju dengan persoalan Yoongi.

"Bukan macam tulah. Esok teman hyung jumpa Mr. Yoo (guru kelas Jungkook), sebab nak bagitahu dia yang kookie dah berhenti sekolah. Nanti takdelah Mr. Yoo tu asyik call hyung je kenapa kookie tak sekolah" terang Yoongi.

"Ohhhhhh" panjang bebenor O nya.

"Boleh ke tidak?" Tanya Yoongi lagi. Persoalannya masih belum dijawab oleh Jungkook.

Jungkook berfikir sejenak. Dia teragak-agak hendak menjawab. Tiba-tiba, wajah kingka sekolah yang selalu membulinya mula terbayang di fikirannya.

"Takpelah. Hyung pergi sendiri boleh? Kookie rasa malaslah" Jawab Jungkook bersahaja. Dia terus baring dan berselubung di dalam selimut.

"Suka hatilah" Yoongi terus berlalu pergi dari bilik Jungkook dan ke biliknya sendiri untuk tidur. Esok dia terpaksa bangun awal untuk ke sekolah Jungkook.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now