Bab 5

6.9K 721 82
                                    

Jam di tangan Jungkook menunjukkan 10 pagi. Jungkook mengeluarkan buku add math kerana sekejap lagi subjek add math.

Semasa sedang membelek-belek bukunya di atas meja, seorang menghampirinya.

"Hoi! Budak miskin" panggilnya. Jungkook tidak mengendahkannya.

"Kau tak dengar ke aku panggil?" Panggilnya lagi. Jungkook masih membiarkannya.

"Kau ni memang nak kena ni, aku panggil kau tak menyahut. Geng!" Lelaki tadi memanggil gengnya. Dalam sekelip mata, sekumpulan kingka sekolah sudah terpacak di belakang lelaki tadi.

Tiba-tiba sekumpulan kingka sekolah tadi mengheret Jungkook ke tangga sekolah.

Jungkook di pukul di perut berkali-kali. Dan satu tumbukan free di mukanya.

"Ni lah akibatnya kalau kau tak layan aku elok-elok. Kau dengar eh sini, anak haram! Mulai harini apa yang aku suruh kau kena patuhi. Faham?!" Lelaki itu memberi amaran kepada Jungkook. Jungkook menjadi lemah kerana di tumbuk berkali di perutnya. Darah mula mengalir di bibirnya.

Sekumpulan kingka sekolah tadi meninggalkan Jungkook yang terduduk di atas lantai sambil menahan kesakitan. Beberapa pelajar yang menyaksikan adengan tersebut tidak memperdulikan Jungkook.

Jimin bersiar-siar di tepi sungai. Jimin menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus. Tekak Jimin terasa mahu air. Lalu Jimin bercadang hendak ke kedai 7eleven yang berdekatan.

Jimin memasuki 7eleven tersebut. Terlihat Yoongi sedang membayar sebotol air mineral. Di atas meja kaunter terdapat sebuah kotak yang dipenuhi dengan buku-buku. Yoongi berjalan ke pintu keluar sambil membawa kotak tersebut. Yoongi tersedar yang Jimin sedang memerhatikannya.

Mereka duduk di sebuah meja di hadapan kedai 7eleven. Suasana sepi di antara mereka. Lalu Jimin memulakan perbualan.

"Asal kau bawak barang-barang kau ni?" Tanya Jimin sambil menghirup air.

"Aku.. aku kena buang keja" Jawab Yoongi. Wajahnya keruh. Jimin tersedak seketika.

"Kau biar betul?! Tapi asal?" Tanya Jimin.

"Sebab syarikat aku dah nak bankrupt, so ex-boss aku pecat aku" Terang Yoongi sambil termenung kearah kotak yang dipenuhi buku tadi. Apalah nasib Yoongi.

"Macam tu pulak. Jadi kau tanak cari kerja?" Tanya Jimin lagi.

"Aku tak tahulah..." Yoongi buntu apa yang dia perlu lakukan. Jika tidak bekerja bagaimana nak bayar sewa rumah? Bagaimana nak bagi duit belanja dekat Jungkook? Kepala Yoongi serabut memikirkannya.

Taehyung tertidur di sofa. Taehyung masih di rumah Seokjin. Seokjin pula sedang menonton televisyen. Sekejap lagi tugasnya sebagai chef bermula. Tetapi sebelum itu, Seokjin sempat menonton rancangan masakan.

Setengah jam kemudian, Taehyung terbangun dari tidurnya. Manakala Seokjin bangun dari duduk di atas lantai hendak ke dapur untuk memasak.

"Seokjin, kau nak buat apa?" Tanya Taehyung sambil menggosok-gosok matanya.

"Aku nak masaklah" jawab Seokjin sambil mengambil sayur di dalam peti sejuk.

"Ajar aku masak sekali boleh?" Tanya Taehyung. Tiba-tiba Taehyung terasa mahu belajar memasak.

"Aik? Tak pernah-pernah pulak kau nak belajar memasak?" Ujar Seokjin terkejut dengan persoalan Taehyung.

"Aku nak masak untuk omma aku" jujurnya. Seokjin tersenyum melihat Taehyung.

"Boleh, sinilah. Pertama, aku akan ajar kau cara masak nasi" ujar Seokjin. Taehyung berdiri sambil terloncat-loncat tanda teruja.

Maka bermulalah sesi memasak di dapur rumah Seokjin.

Pada waktu yang sama, Hoseok bingung hendak buat apa dahulu untuk memasak. Hoseok terkebil-kebil.

"Apakata masak nasi dulu. Ya nasi!" Hoseok mengambil periuk nasi dan memasukkan 3 cawan beras ke dalam periuk. Hoseok seakan-akan baru first time memasak. Orang yang tidak biasa ke dapur, macam tulah.

Setelah selesai, Hoseok mula berfikir sejenak. Apa langkah seterusnya? Lama Hoseok berfikir.

Tiba-tiba Sun Woo menghampiri Hoseok sambil menguap. Baru bangun tidurlah tu.

"Basuh beras tu dulu" ujar Sun Woo.

"Aahlah! Basuh beras dulu!" Hoseok teruja apabila baru teringat langkah seterusnya untuk memasak nasi.

Sun Woo berlalu pergi. Hoseok menoleh, betul ke itu Sun Woo yang dia kenal? Lain macam je perangai.

1 jam 30 minit sudah berlalu. Jungkook tidak mempunyai selera untuk makan di cafe. Jadi Jungkook keseorangan di belakang bangunan sekolah.

Jungkook duduk sambil mengenangkan nasibnya di sekolah. Lukanya masih berbekas di bibirnya. Jungkook tidak mengerti, hanya kerana dia miskin mereka membulinya.

"Kan best kalau aku dapat lari daripada semua masalah ni..." Jungkook mengadu seorang diri. Matanya sudah berair, lalu air matanya jatuh di atas pipinya.

Jungkook tertunduk sambil menangis perlahan. Takut didengari orang lain. Tiba-tiba bahunya seperti dipeluk seseorang. Jungkook memandang orang tersebut.

"Omma..." Jungkook terkejut melihat ommanya. Lalu Jungkook pantas memeluk ommanya. Ommanya mengusap rambutnya. Lembut sekali.

Jam loceng sudah berbunyi. Jungkook tersedar. Ternyata ianya sebuah mimpi. Jungkook mengelap pipinya yang basah dek kerana air matanya. Lalu Jungkook bangun dan ke kelas semula.


7012 | BTSWhere stories live. Discover now