Bab 11

6.3K 631 48
                                    

2 jam seterusnya setelah mereka pulang dari kedai makan, mereka tidur di bilik masing-masing setelah berbincang hendak tidur di bilik mana.

Jam 12:05 am, Namjoon terjaga dari tidur. Dia mengeliat sana sini. Kemudian cuba melelapkan matanya.

5 minit kemudian, dia masih tidak dapat melelapkan mata, jadi dia cuba meletihkan dirinya dengan turun ke ruang tamu agar sekejap lagi dia dapat tidur dengan lena.

Namjoon keliling coffee table sambil meloncat-loncat. Semasa dia keliling coffee table, dia terlanggar sesuatu bulat seperti bola hingga membuatkan dia terjatuh.

"Aduh!!" Namjoon terjerit. Punggungnya terasa pedih kerana terjatuh di atas lantai. Dan kini Namjoon terduduk di antara sofa dan coffee table. Dia mengurut di pergelangan kakinya.

"Macam mana aku boleh terjatuh?" Garu kepala. Lalu tangannya mula meraba sesuatu di bawah sofa untuk mencari sesuatu yang bulat dan lembut tadi.

Dia menyentuh sesuatu. Lalu mengeluarkannya di bawah sofa.

"Lah! Botol ni rupanya. Nasib baik aku tak pijak kat tajam ni" Namjoon mengomel sambil menilik botol yang dibaluti baju dan dipenuhi darah.

"Eee geli aku" Namjoon terasa geli.

"Better aku buang." Namjoon gagahkan dirinya untuk bangun. Setelah itu, Namjoon ke sinki. Dia mengasingkan baju dengan botol tadi. Lalu Namjoon dengan relanya membersihkan darah di kelilingi botol kaca.

Lalu Namjoon mencampakkannya di dalam tong sampah. Setelah itu, dia ke stor belakang untuk mengambil baldi.

Namjoon ke biliknya sambil membawa baldi dan baju tadi. Dia pantas ke bilik air untuk merendam baju milik Taehyung.

Setelah itu, Namjoon terasa agak letih. Dia menghempas dirinya di atas katil. Sesaat kemudian, bunyi kedengkuran milik Namjoon mula kedengaran.

Keesokkannya Seokjin, Taehyung, Jimin dan Yoongi turun ke bawah serentak sambil mengusap perut masing-masing.

"Weh Seokjin, aku laparlah" Yoongi memandang Seokjin.

"Tulah aku pun lapar jugak ni. Tapi masalahnya dalam rumah ni takde makanan lansung"

"Daging yang kau beli semalam tu?" Tanya Taehyung.

"Semalam lepas balik makan malam, aku check balik daging tu. Dah hanyir sangat baunya" Seokjin menjelakskan.

"Lah bukan ke kau letak dalam peti sejuk?" Tanya Jimin pula.

"Hehehe aku lupa nak tekan suis dekat plug peti sejuk" Seokjin tersengih. Sahabatnya yang lain membuat muka menyampah kepada Seokjin

"Lah salah aku pulak? Korang punya pasallah. Tak sabar-sabar semalam"

"Jadi salah kitaorang pulak??" Yoongi membuat muka menyampahnya.

Ketika itu, Namjoon mula muncul di tangga. Rambutnya kusut masai. Dia menguap.

"Weh Namjoon, kitaorang laparlah" Jimin mengadu kenapa Namjoon.

"Asal? Daging semalam kan ada?" Hoseok menyampuk. Di berdiri di belakang Namjoon.

"Seokjin lah. Dah elok-elok letak dalam peti sejuk, pastu lupa nak pasang plug" Yoongi memeluk dirinya.

'Whatever' Seokjin membuat muka menyampahnya.

"Okaylah jom bersiap. Nanti kita keluar makan" Namjoon patah balik ke biliknya untuk bersiap.

"Jimin, tolong kejutkan Jungkook. Bagitahu dia kita nak keluar" Yoongi berpesan pada Jimin sambil berlalu pergi.

"Baiklah!" Jimin tersenyum. Dia bergegas ke bilik Jungkook.

Di hadapan bilik Jungkook, Jimin tersengih-sengih. Semasa Jimin hendak mengetuk bilik Jungkook, pintu bilik Jungkook sudah terbuka. Jimin terkejut.

"J...jungkook!!" Jimin terjerit.

"Hyung nak apa? Kalau ye pun janganlah jerit nama kookie. Kookie belum pekaklah" Jungkook membebel.

"Takdelah, hyung datang bilik kookie ni sebab nak kejutkan kookie je. Namjoon suruh kita semua bersiap" Jimin memerangkan niatnya.

"Nak pergi mana?" Jungkook bertanya.

"Nak pergi sarapanlah. Sebab..." pintu bilik Jungkook ditutup rapat. Jimin mengeluh.

Setelah itu, mereka turun ke bawah dan ke van untuk ke kedai makan.

20 minit berlalu mereka sampai juga di kedai makan.

Semasa sarapan pagi di sebuah restoran. Mereka berbual-bual seketika. Lalu Hoseok mengadu sesuatu.

"Korang.. aku rasa tak sedap hatilah dengan rumah baru kita.." Hoseok mengerutkan mukanya. Sahabatnya yang lain terhenti menyuap makanan ke dalam mulut dan automatik memandang Hoseok.

"Asal pulak?" Tanya Seokjin.

"Sebab semalam, pukul 12:15 pagi, aku tak boleh lelap time tu. Pastu tiba-tiba, aku terdengar bunyi orang menjerit" Hoseok menyapu bulu tengkuknya. Bulu romanya menaik apabila teringat kejadian semalam.

Flashback

"Ish! Cepatlah mata. Bila nak lelap ni" Hoseok menggosok matanya berulang kali. Lalu dia melihat jam memunjukkan 12:15 am.

"Arghh!"

Hoseok terdengar satu suara yang sedang menjerit. Dia mula menyelubung dirinya di dalam selimut. Mukanya terasa berpeluh manakala kakinya terasa sejuk.

'Baik aku tidur'  Hoseok mengomel di dalam hati.

Bunyi jeritan tadi masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran Hoseok. Dia cuba melelapkan matanya. Beberapa minit kemudian, dia tertidur.

Flashback ends

"Tulah kau. Siapa suruh tak tidur" Taehyung menyalahkan Hoseok.

"Lah salah aku pulak?" Hoseok membuat muka menyampahnya.

"Yang kau dengar orang menjerit tu akulah" Namjoon mula menyuap makanan ke dalam mulutnya. Sahabatnya yang lain mula memandang Namjoon. Wajah Hoseok berkerut. Dia tidak mengerti.

"Kau buat apa malam-malam?" Tanya Jimin.

"Aku tak boleh tidur semalam, so aku jalan-jalanlah dekat ruang tamu. Waktu jalan tu, jari kaki aku tersepak kaki meja. Siapa tak menjerit doh? Bengkok jari kaki aku" Namjoon berbohong. Dia tanak buat suasana menjadi keruh jika dia sebenarnya tersungkur kerana botol yang digunakan oleh Taehyung.

Sahabatnya yang lain tertawa terbahak-bahak. Kecuali Hoseok.

"Lain kali jeritlah sekali 'Arghh!! Aku Namjoon!'. Senang, nanti kalau ada orang menjerit, so aku boleh tahu siapa yang jerit. Hish!" Hoseok mengecilkan matanya kepada Namjoon. Dengan pantasnya dia menghirup kopi.

"Merepek. Ada ke orang nak jerit nama dia sekali. Habis kalau orang tu jerit nak minta tolong sebab kelemasan, jadi dia kenalah jerit 'tolong!! Aku Jungkook!'" Jungkook mengenakan hyungnya.

"Apape jelah" Hoseok menjeling ke arah Jungkook.

"Namjoon, harini kita beli barang dapur nak tak?" Seokjin menukar topik.

"Erm boleh jugak" Namjoon mengangguk.





7012 | BTSWhere stories live. Discover now