Bab 30

4.6K 447 7
                                    

Sebulan telah pun berlalu. Syarikat Namjoon mula merosot. Dia juga semakin runsing dengan appanya yang selalu memaksa Namjoon agar berfikir untuk mencari jalan untuk membangunkan semula prestasi syarikatnya.

Dia melentokkan kepalanya di atas meja. Tiba-tiba, pintu biliknya di buka tanpa mengetuk terlebih dahulu. Namjoon terkejut dan secara automatik Namjoon memarahinya.

"Hoi! Tak reti...."

"Appa?"

Namjoon terkejut. Dia tidak sangka bahawa appanya akan datang ke pejabat dengan tingkah lakunya yang begitu.

"Kau tahu tak?! Pasal projek tu, syarikat kita semakin merosot!" Tengking appanya secara tiba-tiba. Wajahnya bengis. Dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap anaknya yang selalu mengabaikan urusan syarikat.

"Jadi?" Namjoon berani membidas.

"Kalau syarikat merosot, habislah maruah kita!"

"Kau ingat benda ni boleh buat main-main ke hah?!"

"Kenapalah Namjoon, kenapa? Kenapa buat macam ni?"

"Syarikat kita dah berjaya bertahan 34 tahun! Takkan kau nak sia-siakan syarikat ni macam ni je?" Appanya menengking dan terus menengking. Namjoon mengeluh sambil memicit kepalanya yang tiba-tiba terasa pening.

"Appa, kan bulan lepas Namjoon dah hantarkan sorang wakil pasal projek tu?" Soal Namjoon. Appanya memandang tajam kepada Namjoon apabila mendengar soalannya.

"Kau masih tak tahu?!"

"Sebab budak tulah syarikat kita merosot!"

"Dia pergi sana (L.A), bukan sebab nak handle pasal projek ni tapi sebab nak bercuti!"

"Dia dah kaut semua modal syarikat kita. Eh takkan kau sendiri tak tahu?!"

"Kau sendiri yang pilih dia untuk jadi wakil engkau!"

"Apa ni Namjoon?! Kenapa boleh jadi macam ni?!!" Namjoon kaku seketika mendengar tengkingan appanya. Dia sendiri terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh appanya.

"Aku dah bagi semua yang kau nak, kereta, duit. Tapi ini yang kau balas? Dasar anak tak kenang jasa!" Appanya seakan kecewa dengan anaknya. Namjoon sudah tidak tahan lagi dengan tengkingan appanya. Dadanya sudah berombak.

"Kalau kau nak syarikat ni terus maju, kenapa kau sendiri je, yang tak handle sampai mampos?" Namjoon berani membidas appanya dengan menggunakan kata-kata yang pedas. Appanya pula terkaku.

"Kau ingat aku nak sangat ke hah segala harta kau?"

"Satu sen pun aku tak luaklah!" Jerit Namjoon dengan beraninya.

"Aku nak kau berambus! BERAMBUS!" Tengking appanya.

"Dan jangan sesekali kau jejak lagi syarikat dengan rumah lagi!"

"Aku takkan mengaku kau anak aku! BERAMBUS!" Appanya menengking sambil menghalau Namjoon keluar. Namjoon hanya tersenyum sinis.

"Ceh, Memang ini yang aku nak" Namjoon dengan beraninya melangkah keluar dari biliknya.

"Sebelum tu, serahkan semua kad kredit kau dengan kunci kereta kau. Kau bukan lagi bos dekat sini" pinta appanya dengan nada yang agak perlahan. Dia sudah tidak larat untuk terus menengking.

Namjoon dengan berlagak mengeluarkan dompetnya lalu mengeluarkan beberapa keping kad kredit. Dan dia mengeluarkan juga kunci kereta dari dalam poketnya. Dengan rasa yang tidak bersalah, Namjoon mencampakkan kad kredit dan kunci kereta di atas lantai.

Setelah itu, dia berlalu pergi meninggalkan bangunan tersebut. Dia berasa kebebasan. Seolah-olah seekor burung yang baru sahaja dibebaskan dari sangkar.

Dia menaiki sebuah teksi dan ke tempat biasa mereka selalu lepak, iaitu di bawah bangunan lama. Namjoon meminta agar pemandu teksi tersebut memberhentikannya di hadapan bangunan kedai. Dia tidak mahu pemandu teksi itu tahu akan tempat persembunyian mereka. Jadi Namjoon mengutuskan untuk berjalan hingga ke bangunan lama tersebut.

Sesampai mereka di sana, dia terus baring di atas sofa. Dia berasa amat letih, jadi dia bercadang hendak tidur sebentar. Tetapi sebelum itu, dia sempat mengeluarkan phonenya untuk mendengar lagu sambil tidur. Itulah tabiat dia sebelum tidur. 

HappyJhopeDay 🎉🎉🎉🎉🎂🎂🎂🎂

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

HappyJhopeDay 🎉🎉🎉🎉🎂🎂🎂🎂


7012 | BTSМесто, где живут истории. Откройте их для себя