Bab 17

6.4K 554 31
                                    

Pagi itu, seperti biasa Seokjin pasti akan menyediakan sarapan. Tangannya masih memegang spatula. Dia berfikir sejenak, kemanakah Namjoon akan membawa mereka semua?

"Morning" Seokjin menoleh, dia tersenyum melihat Namjoon yang sedang duduk di meja makan.

"Morning, awal kau bangun?" Seokjin memerlinya. Tangannya mengacau nasi di dalam kuali.

"Eh mestilah. Kan kita semua nak keluar?" Namjoon tersenyum. Dia mengambil susu kotak yang telah tersedia di atas meja lalu menuangnya di dalam gelas.

"Tapi kita nak ke mana?" Tanya Seokjin.

"Mana boleh bagi tahu~" Namjoon.

"Tapi kunci kereta ada kat aku~" Seokjin tersengih kepada Namjoon.

"Hish yelah. Kita nak pergi Lotte World" jawab Namjoon.

"Jinjja?!" Seokjin terbeliak matanya.

"Shuhh!! Jangan kuat-kuat!" Namjoon meletakkan jarinya di atas bibirnya. Seokjin tersengih dan mengangguk. Lalu dia menuangkan nasi goreng di dalam mangkuk.

Yoongi keluar dari biliknya sambil mengeliat. Kalau tak kerana Namjoon, pasti sekarang ni dia masih terbongkang di atas katil.

"Eh hyung.." Yoongi terdengar suara Jungkook. Dia menoleh.

"Awal bangun?" Jungkook sengaja menyakat hyungnya.

"Kau ni tak sakat aku memang tak sah" Yoongi membuat muka menyampahnya.

"Ala hyung, sorrylah. Hehe" Jungkook tersenyum. Tanggannya menyangkut di bahu kiri Yoongi. Mereka sama-sama turun ke dapur untuk bersarapan.

Pada masa itu, Jimin ke bilik Hoseok. Terlihat Hoseok sedang berdiri di hadapan meja solek.

"Oh omma kau! (Oh mak kau version) kau ni buat terkejut aku je!" Hoseok terperanjat sambil mengurut-urut dadanya.

"Hehe mian. Aku nak pinjam minyak wangi kau. Minyak wangi aku dah habis" Jimin berlari ke meja solek Hoseok dan menyapai minyak wangi Hoseok.

Ketika itu, di meja makan. Yoongi, Namjoon, Seokjin dan Jungkook sedang bersarapan dan Jungkook terbau sesuatu yang aneh.

"Eh bau apa ni?" Tanya Jungkook. Yang lain mencari bau tersebut. Lalu cepat-cepat menutup hidung.

"Yerk! Bau busuk!" Namjoon menutup hidungnya sambil melihat sekeliling dari mana datangnya bau ini.

"Hish! Jangan sebut!" Yoongi berpesan. Bulu romanya sudah naik secara tiba-tiba.

Lalu bau itu semakin dekat,dan dekat.

"Barghh!!"

"Omma!" Seokjin

"Terkejut aku!" Yoongi.

"Hyung ni! Terkejut kookie tau!" Jungkook memerahi Jimin.

"Ala sorrylah. Hehe" Jimin duduk di sebelah Jungkook manakala Hoseok duduk di hadapan Jimin.

"Eh ni bau apa ni?" Tanya Namjoon.

"Jimin punya pasallah" Hoseok memarahi Jimin.

Flashback

"Oh omma kau! (Oh mak kau version) kau ni buat terkejut aku je!" Hoseok terperanjat sambil mengurut-urut dadanya.

"Hehe mian. Aku nak pinjam minyak wangi kau. Minyak wangi aku dah habis" Jimin berlari ke meja solek Hoseok dan menyapai minyak wangi Hoseok.

"Ehh! Yang ni tak boleh!" Hoseok terlihat minyak wangi kegemarannya sudah dipegang oleh Jimin. Lalu dia mencuba mengambilnya.

"Ala kenapa?" Tanya Jimin. Dia tidak mahu melepaskannya.

7012 | BTSМесто, где живут истории. Откройте их для себя