Bab 35

4.6K 408 4
                                    

Hari ini hari Jumaat, minggu kedua di bulan Mei. Dan hari ini juga genap empat tahun pemergian omma dan appa dua beradik itu, iaitu Min Yoongi dan Min Jungkook. Jadi hari ini mereka akan ke tempat simpanan abu mayat di daerah Seoul.

Yoongi terbangun dari lenanya. Dia terus duduk di atas katil menghadap tingkap. Dia mengeluh seketika. Kemudian Yoongi bangun dari katil dan ke bilik dongsaengnya, Jungkook.

Yoongi memulas perlahan tombol pintu bilik Jungkook. Dia menolak pintu tersebut kedalam dan terlihat Jungkook masih terbaring dibuai lena. Yoongi tersenyum nipis.

Yoongi melangkah perlahan ke katil adiknya lalu dia duduk di sebelah Jungkook yang masih terbaring di atas katil.

Wajah Jungkook di amati olehnya. Lalu Yoongi menyentuh lembut bahu Jungkook.

"Jungkookie, bangun" kejut Yoongi sambil menggoncang perlahan tubuh Jungkook. Jungkook hanya mengeliat.

"Jungkook, bangun!" Yoongi meninggikan sedikit suaranya. Dan perlahan mata Jungkook terbuka sedikit.

"Oh hyung...waegeurae?" Soal Jungkook sambil mengeliat kecil.

"Bangunlah cepat! Harini kita nak keluar" pinta Yoongi.

"Nak keluar? Nak pergi mana?" Soal Jungkook lagi.

"Kau tak ingat ke harini hari apa?" Soal Yoongi pula sambil bangun dan ke almari baju Jungkook.

"Tak..." jawab Jungkook selamber sambil menggeleng. Lalu Yoongi mengeluarkan sepasang sut hitam dari almari baju milik Jungkook. Kemudian, Yoongi meletekkan sut tersebut di atas katil bersebelahan Jungkook. Dan pantas Jungkook terbangun dari baringnya.

"Kenapa keluarkan sut ni?" Soal Jungkook hairan. Agaknya dia benar-benar lupa akan peristiwa pada hari ini. Yoongi tidak membalas kemudian Yoongi terus keluar daripada bilik Jungkook.

"Cepat siap" Yoongi sempat berpesan kepada Jungkook sebelum menutup pintu bilik Jungkook.

"Harini hari apa eh?" Soal Jungkook sendiri.

"Kenapa sut?" Jungkook termenung ke arah sut yang terbentang di sebelahnya. Lalu Jungkook menoleh ke belakang dan memandang tingkap. Lama dia berfikir, harini hari apa?

Jungkook hendak bangun dari katil untuk membersihkan dirinya di bilik air seperti yang dipinta oleh hyungnya. Ketika itu, Jungkook terpandang suatu gambar yang tertampal di dinding bersebelahan katilnya.

Dia menarik gambar tersebut dan di amati olehnya. Sesaat kemudian, dia menoleh kebelakang memandang sutnya di atas katil.

"Ah! Majda!" (Betul!) Jungkook menampar pelahan pehanya. Dia seakan baru teringat sesuatu.

"Harini! Ulang tahun kematian omma appa!"

"Omma appa, nan mianhae? Huh?" Jungkook memandang kedua-dua wajah omma dan appanya di sekeping gambar tadi sambil meminta maaf kerana terlupa akan peristiwa pada hari ini. Lalu dia menampal semula gambar tersebut di dinding dan bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.

.....

Yoongi dan Jungkook berdiri menghadap suatu almari yang lebih tinggi daripada mereka. Mereka termenung memandang 2 bekas yang agak besar di balik kaca. Masing-masing diam membisu melayan perasaan. Manakala 5 sahabatnya yang lain sedang menunggu mereka di trak.

"Hyung..." panggil Jungkook dengan nada yang agak perlahan.

"Hmm?"

"Omma appa happy tak kat sana?" Soal Jungkook. Matanya masih memandang dua bekas yang berada di hadapannya. Manakala fikirannya pula masih terngiang-ngiang akan peristiwa 4 tahun lalu.

7012 | BTSWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu