Bab 20

5.3K 531 3
                                    

Namjoon memasuki pekarangan bangunan lama. Dia tersenyum. Lama benar dia tidak ke sini. Kali terakhir dia ke sini pada 5 hari yang lepas bersama sahabatnya.

"Fuhh" Namjoon menghempaskan badannya di atas sofa. Dia memandang ke atas. Terasa rindu di tempat rahsia mereka.

Tiba-tiba dia teringat akan memori indah bersama dengan sahabatnya.

Flashback

Jungkook sedang membaling sebuah bola kepada Jimin. Manakala Jimin sedang menatap bola tersebut yang menghampirinya.

Pantas Jimin memukul sekuat hati bola tersebut dengan sebatang kayu baseball. Bola tersebut melantun dan dibaling tinggi. Setelah itu, Jimin mencampakkan kayu tadi dan mula berlari ke arah base kedua dan seterusnya.

"Aku dapat! Aku dapat!" Seokjin berlari ke arah bola tersebut untuk mengangkap bola yang diterbang tinggi.

"Seokjin, biar aku!" Namjoon menjerit. Dia berundur kebelakang untuk menangkap bola. Dan semasa Namjoon berundur, dia tersungkur kerana kakinya terpijak batu. Akhirnya dia terduduk di atas lantai.

"Aduhh!" Jerit Namjoon sambil menggosok tapak tangganya yang terasa perit.

"Namjoon hyung! Bola!" Laung Jungkook dari jauh.

"Mana?" Tanya Namjoon sambil mencari bola tadi.

"Tu! Atas kepala!" Seokjin menunjuk bola tadi. Namjoon melihat bola yang di tunjuk oleh Seokjin. Bola itu betul-betul hampir dengannya.

"Andwae!!!" Jungkook menjerit.

Bangg!!

Bola itu mendarat di atas kepala Namjoon. Matanya menjuling dan terasa pening. Lalu Namjoon terbaring di atas lantai. Namun tidak pula dia pengsan.

Seokjin berlari ke arah Namjoon manakala Yoongi dan Hoseok hanya mengekek-ngekek menahan ketawa.

"Game over! Team Jimin menang!" Jerit Taehyung selaku pengadil sambil meniup wisel. Jungkook melihat Jimin. Kaki Jimin betul-betul berada di base pertama/terakhir.

"Haish!!" Keluh Jungkook.

"Namjoon hyunglah ni!" Bengang Jungkook sambil mencampak sarung tangannya.

End flashback

Namjoon tersengih-segih teringat akan peristiwa lalu. Matanya menjadi kuyu, dan akhirnya dia terlelap di atas sofa.

Seokjin dan Taehyung pula keluar selepas sarapan. Seokjin berjanji akan membawa Taehyung berjumpa dengan seseorang.

Kemanakah Seokjin akan membawa Taehyung nanti?

Sementara itu, jam menunjukkan 10 pagi, Yoongi turun ke bawah. Keletihan semalam sudah hilang, jadi dia berasa sedikit bertenaga.

Yoongi terlihat Jungkook sedang menonton televisyen sambil bersarapan di atas sofa.

"Oh hyung, awal bangun?" Tanya Jungkook.

"Aku bangun awal pun salah?" Tanya Yoongi balik sambil melihat hidangan di atas meja.

"Hehehe aniya" Jungkook tersengih. Lalu dia menyuap semula nasi ke dalam mulut.

"Harini teman hyung keluar boleh?" Tanya Yoongi.

"Nak pergi mana?" Tanya Jungkook lagi.

"Ikut jelah" pinta Yoongi sambil duduk di meja makan.

"Ah nae, hyung" akur Jungkook. Dia tertanya-tanya, kemanakah dia akan menemani Yoongi hyung nanti?

Berbalik kepada Seokjin dan Taehyung. Seokjin memandu trucknya ke susatu tempat. Semasa dalam truck, Taehyung tidak habis-habis bertanyakan kepada Seokjin kemanakah Seokjin akan membawanya.

"Seokjin, cakaplah!" Taehyung mula bengang dengan Seokjin yang dari tadi membisu. Seokjin agak kerimasan dengan persoalanan Taehyung dan akhirnya dia terpaksa memberitahu perkara sebenar.

"Aku tahu kau rindu siapa, dan sekarang ni aku nak bawak kau jumpa dia" Terang Seokjin. Matanya masih menumpu di lampu trafik. Dia hanya perlu menunggu lampu hijau bernyala.

"Ya aku tahu kau nak bawak aku jumpa dia. Tapi masalahnya siapa dia tu?" Tanya Taehyung sambil memandang Seokjin. Dia benar-benar hendak tahu kebenarannya.

"Omma kau..." Jawab Seokjin selamber. Dia tidak memandang wajah Taehyung sesaat pun. Namun dia agak wajah Taehyung pasti berubah keruh apabila menyebut ommanya.

"Dahlah tu, perkara yang lepas tu jangan dikenang. Apa yang kau buat tu bukan salah kau pun. Dan memang patut kau buat macam tu" Seokjin menoleh memandang Taehyung sambil menepuk-nepuk bahu Taehyung. Dia cuba meyakinkan Taehyung.

"Jinjja?" Taehyung mengangkat wajahnya dan memandang Seokjin. Seokjin pula mengangguk yakin.

Kini wajah Taehyung mempamerkan senyuman. Selepas dipujuk oleh Seokjin, dia berasa amat yakin

"Tapikan, boleh tak singgah kedai baju kejap? Aku rasa nak belikan omma aku bajulah" Tanya Taehyung. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa lalu. Peristiwa tentang baju ommanya yang lusuh.

Flashback

"Anak omma, nah duit" Ommanya menghulurkan duit untuk Taehyung.

Taehyung berhenti mengunyah sekeping roti, lalu di letakkan di atas pinggan.

"Kenapa? Omma amiklah, ni duit omma. Lagipun haritu omma dah bagikan? Ada lagi dalam laci, Taehyung belum guna lagi pun" Taehyung berbohong. Dia tidak tahu bahawa ommanya sudah tahu bahawa duitnya sudah dikebas oleh appanya.

"Takpelah. Taehyung kan suka makan lollipop, Taehyung guna duit ni beli lollipop." Omma Taehyung masih berdegil untuk memberi duit kepada Taehyung.

"Daripada Taehyung guna duit ni beli lollipop, baik omma guna duit ni beli baju baru. Tengok, baju omma pun nak lusuh dah" Taehyung juga masih berdegil tidak mahu mengambil duit daripada ommanya.

"Yelah, omma guna duit ni beli baju baru" ommanya mengalah juga akhirnya.

End flashback

Taehyung berhasrat untuk menghadiahkan ommanya baju baru. Ketika itu, ommanya bersungguh-sungguh mahu memberikannya duit. Taehyung berasa bersalah kerana tidak mengambil pemberian ommanya. Jadi dengan itu, Taehyung mahu membelikan ommanya baru baharu.

"Ha elok jugaklah tu. Aku pulak tetiba nak beli air. Tekak terasa haus pulak" ujar Seokjin. Dia memberhentikan trucknya di bahu jalan.

Setelah Seokjin parkir di bahu jalan, Taehyung turun dari truck untuk ke kedai baju manakala Seokjin ke kedai 7Eleven.

Seokjin ke peti sejuk dan mengambil sebotol air mineral dan meneguknya.

"Erm encik, sila bayar dulu sebelum minum" tegur seseorang lelaki yang berdiri di kaunter pembayaran.

"Eh? Maaf-maaf" Seokjin tersengih-sengih lalu menutup semula botol tersebut dengan penutup botol.

Kemudian, Seokjin ke kaunter untuk membuat pembayaran. Setelah itu, dia keluar 7Eleven dan terlihat seseorang yang cukup dia kenali. seorang wanita dan lelaki yang sedang berpelukan antara satu sama lain di hadapan sebuah motel.

"Omma..." secara tidak sengaja Seokjin menyebut ommanya secara perlahan. Dia terkaku melihat perbuatan ommanya. Masih tidak berubah.

Sementara itu, Taehyung sedang membelek-belek baju yang sesuai untuk di hadiahkan untuk ommanya. Semasa membelek, dia terlihat omma Seokjin dari dalam kedai baju.

"Eh? Apa dia buat dekat sini? Dan siapa pulak lelaki tu? Jangan-jangan omma Seokjin melacur lagi agaknya" Taehyung bermonolog.

"Seokjin..." Taehyung juga terlihat Seokjin yang sedang memandang ommanya.

Taehyung terasa amat bersalah. Pasti Seokjin lagi bersedihan berbanding dengannya. Lalu Taehyung memilih baju untuk ommanya dan membuat pembayaran di kaunter.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now