Bab 19

5.4K 519 12
                                    

5 hari telah berlalu sejak mereka pindah di rumah baru mereka. Mujur, tiada sebarang perkara aneh yang berlaku ke atas mereka.

Ketika itu, Namjoon bersiap-siap untuk ke kerja. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari pembantu peribadinya 30 minit yang lalu agar ke pejabatnya sekarang.

Namjoon turun ke bawah dan sahabatnya yang lain masih belum muncul. Penat agaknya.

Namjoon keluar dari pekarangan banglonya dan kelihatan sebuah teksi parkir di hadapan banglonya. 15 minit yang lalu, Namjoon menelefon syarikat teksi untuk menghantar sebuah teksi ke rumahnya.

Dia bercadang untuk tidak menggunakan truck milik Seokjin kerana dia berhasrat untuk ke rumah omma appanya untuk mengambil keretanya sudah lama dia tidak memandunya.

Namjoon memasuki teksi tersebut lalu teksi itu membawa Namjoon pergi.

"Kamsahabnida" Namjoon keluar dari perut teksi tersebut. Dia tersenyum, dari jauh dia sudah terlihat BMW kesayangannya.

Dia memasuki pekarangan rumah omma dan appanya. Dia berjalan berjengkit-jengkit ke keretanya seperti pencuri yang memasuki rumah orang. Dia terpaksa membuat sedemikian kerana dia tidak mahu bertembung dengan ommanya, apatah lagi appanya.

Setelah ke keretanya, dia mengeluarkan kunci kereta lalu membuka kunci pintu keretanya. Semasa hendak membuka pintu keretanya, seseorang memanggil namanya. Suara itu cukup dia kenali dan.. sudah lama dia tidak mendengar orang tersebut memanggil namanya.

"Omma..." dia menoleh dan terlihat ommanya sedang berdiri memandang sayu kepada Namjoon.

"Namjoonie! Aigoo" ommanya mendapatkan Namjoon.

"Makin kurus anak omma." Ommanya memegang-megang lengan Namjoon.

"Omma, saya okay jelah" Namjoon melepaskan genggaman ommanya. Dia berharap dia dapat keluar dari rumah ini secepat mungkin agar dia tidak tertembung dengan appanya.

"Wae? Kenapa Namjoon jarang balik rumah?" Suara ommanya kedengaran sayu.

"Omma, Namjoon busy sikitlah sejak dua harini" Jawab Namjoon acuh tak acuh.

"Namjoon tak sayang omma dah ke?" Tanya ommanya lagi. Wajah ommanya keruh.

"Aniya, omma.. naega..." Ayat Namjoon tidak sempat di habiskan kerana deringan phonenya kedengaran. Namjoon pantas mengeluarkan phonenya dan melihat 'PA' di atas skrin. Lalu Namjoon menjawab panggilan tersebut.

"Okay, saya akan ke sana 10 minit dari sekarang" Namjoon mematikan panggilan tersebut.

"Omma, galge" Namjoon pantas memasuki keretanya dan meluncur keluar dari pekarangan rumah omma appanya.

Di dalam kereta, dia mengeluh panjang. Mujur dia tidak bertembung dengan appanya.

Sementara itu, Seokjin sedang menyediakan sarapan pagi. Dia menggaul nasi di dalam kuali.

Taehyung pula turun dari tingkat atas dan berlalu ke dapur.

"Seokjin..." Sapa Taehyung. Wajahnya keruh. Seokjin menoleh dan terlihat Taehyung sedang duduk di meja makan. Lalu Seokjin menghidangkan nasi goreng kimchi ke dalam periuk nasi.

"Wae?" Tanya Seokjin sambil membawa periuk nasi tadi ke meja makan.

"Entahlah.. aku rasa macam ada benda yang tak kena.." jujur Taehyung sambil mengurut-urut dadanya.

"Kenapa? Kenapa? Kau ada nampak hantu ke?" Tanya Seokjin gelabah.

"Hish! Mana adalah. Cuma, entahlah.. aku rasa macam ada benda yang tak kena" Taehyung memandang Seokjin sayu.

"Kau rindu yeoja chin kau kot?" Seokjin sengaja menyakat Taehyung.

"Rindu? Hmm mungkin. Tapi! Aku mana ada yeoja chinlah!" Bentak Taehyung. Manakala Seokjin hanya tertawa.

"Kalau macam tu.. aku tahu kau rindu siapa?" Seokjin seperti dapat membaca kotak kepala Taehyung.

"Siapa??" Tanya Taehyung.

"Okay lepas sarapan, aku bawak kau jumpa dia" Jawab Seokjin sambil menuang susu ke dalam gelas.

Namjoon ke ke tingkat 4 dan dia terlihat pembantu peribadinya sedang menunggunya.

"Erm boss, ada tetamu yang nak jumpa dengan boss kat dalam" Tegur p.a dengan wajah yang resah.

"Siapa?" Tanya Namjoon sambil memulas pintu biliknya. Dia terperanjat melihat appanya sedang duduk di sofa sambil menunggu kehadirannya.

"Oh appa, waseo?" Tanya Namjoon.

"Kenapa ni Namjoon, ape cerita ni? Projek haritu tak settle-settle lagi?" Tanya appanya sambil berdiri.

"Awak boleh keluar" Namjoon menoleh dan mengarahkan p.anya keluar.

"Nae" p.anya keluar dari biliknya. Maka Namjoon dan appanyalah yang berada di bilik tersebut.

"Appa macam ni. Kenapa perlu Namjoon yang kena pergi LA tu? Kalau Namjoon pergi, siapa nak jaga office ni? Appa fikirlah" Namjoon berani membidas appanya.

"Kalau macam tu, kenapa Namjoon tak lantik sorang wakil untuk ke sana?" Tanya appanya lagi.

"Namjoon busylah" Namjoon memeluk tubuhnya. Dia mempamerkan wajah yang tidak bersalah.

"Mwo? Busy? Busy apa kalau tak balik rumah?! Entah-entah engkau enjoy dengan mana-mana perempuan!" Appanya menengkin Namjoon.

"Michinni" Namjoon menjawab perlahan.

"Mwo?!" Tengking appanya.

Ppangg!!

Satu tamparan hebat di muka Namjoon. Dada Namjoon berombak. Inilah kali pertama Namjoon di tampar oleh appanya.

"Nam.. Namjoon-nie, appa.. appa mianhae..." Appanya seakan-akan tersedar sesuatu. Dia sendiri terkejut kerana dia telah menampar muka Namjoon. Pipi yang selalu dikucupnya dahulu kini ditampar oleh tangannya sendiri.

Appanya cuba mendekati Namjoon namun terlambat. Namjoon sudah berlari keluar dari biliknya.

Appanya mengeluh sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia menyesal, hanya kerana projek itu dia sanggup menampar anak sendiri.

Chapter ni agak boring sikit... or sebenarnya boring banyak.. hahahahaha

7012 | BTSWhere stories live. Discover now