Bab 26

4.7K 472 13
                                    

Jam menunjukkan 7 pagi. Seokjin seperti biasa akan bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk para sahabatnya. Dia menurun tangga satu persatu.

Bangg!!!

Seokjin terhenti melangkah. Dia terdengar suatu bunyi periuk yang terjatuh di atas lantai dari dapur. Hatinya berdegup pantas. Fikirannya mula mencelaru.

'Jangan jangan... rumah ni... ada hantu tak?!' Seokjin membuat andaian sendiri di dalam hati. Dia tertelan air liurnya dan mula melangkah turun untuk ke dapur dengan berhati-hati.

Sesampai Seokjin di tingkat bawah, dia terlihat 6 makhluk sedang bertenggek di dapur.

"Kau ni Namjoon! Lain kali hati-hatilah!" Marah Yoongi sambil menepuk belakang Namjoon.

"Hehehehe tak sengaja. Mian-mian" Namjoon tersengih lalu mengambil semula periuk yang terjatuh di atas lantai.

"Eh Seokjin?" Tegur Jimin kepada Seokjin dari dapur. Automatik sahabatnya yang lain memandang Seokjin.

"Apa yang korang buat ni? Tahu tak terkejut beruk aku bila dengar periuk jatuh? Nasib aku takde penyakit lemah jantung tau!" Ngomel Seokjin sambil ke dapur.

"Namjoon hyung punya pasallah!" Jungkook menyalahi Namjoon. Namjoon pula masih tersengih berupa kerang busuk.

"Soalan aku korang tak jawab lagi. Apa yang korang buat?" Soal Seokjin sambil mencekik pinggang.

"Lah nak masaklah, takkan nak berenang kot? Berenang apa bawak periuk?" Jawab Hoseok dengan selambernya. Dia masih mahu mempertikaikan periuk yang terjatuh oleh kecuaian Namjoon. Namjoon pula menjeling tajam kepada Hoseok.

"Yela.. manalah tahukan? Terasa nak berenang bawak periuk?" Seokjin ketawa kecil.

"Haish!" Keluh Namjoon.

"Tapi aku peliklah.." Seokjin musykil.

"Apa yang peliknya?" Soal Taehyung.

"Yela, mana tak peliknya? Selalu aku yang bangun awal, ni korang pulak yang bangun awal dari aku. Siap buat sarapan lagi" Seokjin seolah-olah memerli 6 sahabatnya.

Sahabatnya tersengih. Mereka teringat peristiwa 1 jam yang lalu.

Flashback

1 jam yang lalu...

Taehyung turun ke bawah dan ke ruang tamu. Dia menekan suis lampu di ruang tamu serta dapur. Lalu dia ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Pintu bilik air yang berdekatan dapur seperti di buka. Taehyung terkejut dan menoleh perlahan.

"Eh Namjoon! Kau buat apa kat sini?" Tanya Taehyung yang terlihat Namjoon keluar dari bilik air tersebut sambil menguap.

"Aku? Aku nak buat sarapanlah. Kau?" Tanya Namjoon balik.

"Aku pun.." jawab Taehyung. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

"Awalnya korang bangun?" Soal seseorang dari belakang mereka. Mereka menoleh perlahan.

"Kau pun bangun awal, Yoongi?" Soal Taehyung.

"Kenapa? Salah?" Soal Yoongi sambil memeluk tubuhnya.

"Heol! Korang pun sama?" Hoseok turut muncul dalam pada masa yang sama. Dia bersama Jimin melangkah ke dapur.

"Kkwak jaba nal deopchigi jeone..Nae mami neol nochigi jeone.." Jungkook turun dari tangga sambil menyanyikan sebuah lagu. Telinganya di sumbat oleh earphone.

"Kya! Min Jungkook? Kau pun???" Soal Jimin dengan terkejut. Jungkook memandang Jimin dengan riak yang agak terkejut juga.

Mereka berpandangan antara satu sama lain dan mula ketawa. Mereka mengerti mengapa masing-masing bangun awal jam 6 pagi.

End flashback

"Heh takde apa yang pelik pun" Jawab Yoongi lalu dia menyambung semula tugasnya dengan memotong bawang.

Seokjin tidak mengerti. Dia melangkah ke dapur untuk membuat sarapan bersama sahabatnya.

Setelah itu, mereka duduk di meja makan. Mereka berbual-bual kosong sambil bersarapan.

Tengahari itu, mereka duduk di sofa bersama sambil menonton televisyen. Mata Jimin fokus pada skrin tv.

"Hahahahaha!" Hoseok ketawa. Taehyung juga sebegitu. Jimin yang duduk di antara Hoseok dan Taehyung hairan. Apa yang mereka ketawakan? Sedangkan tv memaparkan babak sedih. Jimin menoleh memandang Taehyung dan Hoseok. Rupanya mereka sedang bermain phone masing-masing.

"Kau gelak pasal apa?" Soal Jimin kepada Hoseok. Jari Hoseok pantas menaip sesuatu di phonenya.

"Tengok group dekat Line" pinta Hoseok. Dia masih ketawa. Jimin memandang semula ke skrin tv.

"Kya! Jung Hoseok! Michyeosseo?" Yoongi memarahi Hoseok. Seokjin, Taehyung, Jungkook dan Namjoon ketawa.

Jimin tertanya-tanya. Apa yang mereka sedang bualkan di Line?

"Taehyung, aku nak tengok" pinta Jimin kepada Taehyung. Taehyung menunjukkan phonenya kepada Jimin.

                                     The Bangtan (7 members)

HobiHorse:  *Menghantar gambar Yoongi sedang berdiri di hadapan mesin basuh*
HobiHorse:  Annyeong! Yoongi Imnida 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😁😁😁
YoonSwag:  Kya! Jung Hoseok! Bila kau amik gambar aku ni!!!!!!!! 😈😈😈😈
JungKookie:  Hahahahahahaha hyung! Termenung apa tu??? 😂😂
KanyeNamjoon:  Termenung 'bilalah aku nak dapat yeojachin?' 😂😂😂😂😂
TaeV:  Heol! Hahahahahahahahaha
PinkySeokjin:  Bila kau amik, Hoseok?
HobiHorse:  semalam.. 😁😁😁
YoonSwag:  Siap kau Hoseok!!!!! 😈😈😈😈😈😈

Jimin turut ketawa.

"Jimin hyung! Masuklah" pinta Jungkook. Tangannya ligat menaip sesuatu.

"Nanti-nanti jelah. Phone kat atas" bohong Jimin. Matanya tertumpa pada skrin tv semula.

Sahabatnya yang lain masih tertawa sambil memandang skrin phone masing-masing.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now