Bab 42

4.4K 411 19
                                    

Seminggu sudah pun berlalu. Kini mereka menjalani hidup baru mereka sebagai pekerja sepenuh masa untuk menanggung keperluan masing-masing.

Jam menunjukkan 7:45 malam. Lagi 15 minit waktu shift Jimin dan Hoseok akan berakhir. Jadi sementara menunggu waktu berjalan, Hoseok ditugaskan untuk mengambil pesanan di suatu sudut meja.

Semasa Hoseok hendak ke sana, langkahnya terhenti apabila terlihat susuk tubuh yang sedang duduk di meja itu sambil tersenyum nipis.

"Sun Woo..." secara tidak lansung Hoseok tersebut nama Sun Woo yang sedang duduk di meja di hadapannya.

"Hoseok-ah, duduklah. Ada benda yang aku nak cakapkan dengan kau" Sun Woo memperlawa Hoseok untuk duduk di hadapannya.

"Tak boleh, sebab sekarang ni masih waktu kerja. Tapi...macam mana kau tahu aku kerja kat sini?" Soal Hoseok hairan.

"Ah pasal tu hehehehe..." Sun Woo tidak menjawab persoalan Hoseok malah dia hanya tersengih sambil menyapu bulu di belakang tengkuk kepalanya.

"Lagi beberapa minit kerja aku nak habis" ujar Hoseok sambil melihat jam di tangannya.

"Sekejap lagi aku jumpa kau, kita bincang apa yang kau nak bincang. Sekarang ni kau nak order apa-apa tak?" Soal Hoseok.

"Takpe, aku taknak order. Aku tunggu kat sini tau" ujar Sun Woo. Hoseok mengangguk mengerti dan berlalu pergi ke dapur.

Dalam pada masa yang sama, Yoongi memarkir motosikalnya di hadapn Papa John's lalu mematikan enjin motosikalnya. Setelah itu, dia masuk ke kedai tersebut.

"Cha~ balik dulu!" Laung Yoongi dengan riangnya sambil membalingkan kunci motor kepada gadis yang menjaga kaunter. Gadis itu tersenyum melihat telatah Yoongi. Lalu Yoongi keluar semula dari kedai itu dengan gembiranya untuk pulang ke rumah.

Sementara itu, di stesen minyak. Namjoon sedang menunggu kehadiran kereta di stesen minyak. Namun tiada sebuah kereta pun yang menyinggah.

Namjoon agak sunyi bersendirian lalu dia berjalan ke arah Seokjin yang sedang leka membersihkan tapak car washnya.

"Kyah Kim Seokjin!" Laung Namjoon memanggil Seokjin.

"Kyah~ Namjoon-sshi" Seokjin membalas laungan Namjoon.

"Jadi macam mana harini, adakah semuanya berjalan dengan lancar?" Soal Namjoon dengan bahasa formalnya. Sengaja mahu bergurau di malam hari.

"Yah~ susah untuk saya terangkan. Jadi bagaimana dengan encik?" Seokjin juga mahu bergurau dengan Namjoon dengan menggunakan bahasa formalnya.

"Macam yang encik nampak sekarang. Satu kereta pun takde sekarang ni." Ujar Namjoon.

"Oh macam tu. Kyah! Sempat kau nak bergurau eh? Cepatlah kemas aku nak balik ni. Nak ambil diorang lagi" Bahasa formal Seokjin bertukar ke bahasa tidak formal. Seokjin tidak mahu lagi bergurau. Yang pastinya dia ingin cepat-cepat pulang kerumah dan mahu makan malam.

"Hahahaha arasseo. Chankkaman" Namjoon berlari ke kaunter untuk mendapatkan sunbaenya untuk melaporkan diri untuk pulang kerumah. Sementara itu, pantas Seokjin ke traknya lalu menghidupkan enjin.

Setelah itu, Namjoon berlari ke trak dan Seokjin memandu keluar dari stesen minyak untuk menjemput sahabatnya pulang.

Tiba-tiba telefon milik Seokjin berdering menandakan sms masuk. Lalu Seokjin mengarahkan Namjoon untuk membacanya.

"Yoongi" Namjoon membaca penghantar sms tersebut.

"Dia cakap suruh cepat sikit, dah berjanggut dia tunggu" ujar Namjoon yang membuatkan Seokjin tergelak.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now