Bab 24

4.8K 484 17
                                    

30 minit telah berlalu. Kini mereka semua berada di meja makan untuk bersarapan.

"Weh Namjoon, sabun basuh baju dah nak habis" Rungut Yoongi sambil mengunyah roti.

"Haaa! Minyak wangi aku! Jebal Namjoon, harini kita keluar eh? Aku nak beli MINYAK WANGI BARU" Hoseok mengeraskan ayatnya. Dia seakan-akan memerli Jimin. Lalu Jimin menjeling tajam ke arah Hoseok yang berada di sebelahnya.

"Barang dapur pun dah nak habis. Macam bawang, lauk (bahan mentah), kobis, lobak kuning dengan timun" Seokjin mengingati bahan masakan yang kehabisan.

"Okay-okay, lepas sarapan kita pergi beli dekat pasaraya" Namjoon bersetuju untuk membeli barang dapur.

Setelah selesai sarapan, mereka bergerak ke pasaraya yang berdekatan di Seoul. 20 minit kemudian, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Lalu Seokjin memarkir trucknya di lot parkir.

Setelah Seokjin memastikan trucknya di kunci, mereka sama-sama memasuki pasaraya tersebut.

Perkara pertama yang mereka lakukan adalah mencari barangan dapur seperti kobis, bawang, timun, lobak kuning, dan beberapa bahan mentah seperti daging, ikan dan sotong.

"Jimin, boleh tolong aku cari sebungkus bawang tak?" Soal Seokjin sambil melihat senarai barangan dapur di atas kertas.

"Okay, tu je ke?" Tanya Jimin pula.

"Tu je" Seokjin mengangguk lalu dia bergegas untuk mencari sebungkus bawang.

Seokjin masih lagi mengarahkan sahabatnya lain untuk mencari barangan dapur. Seperti Taehyung di suruh mencari daging, Jungkook di suruh mencari kobis, Namjoon pula di suruh mencari lobak kuning dan timun, Yoongi pula di suruh mencari sabun basuh baju manakala Hoseok di suruh untuk mencari sotong dan ikan. Tugas Seokjin pula hanya membawa troli.

Semasa Jimin hendak mencari sebungkus bawang, dia terlanggar seseorang kerana kecuaiannya sendiri.

"Joesonghabnida (Maaf)" orang tadi menunduk hormat kepada Jimin. Jimin memandang wajah orang yang melanggarnya. Dia agak kenal dengan wajah itu.

"Ah nae.." Jimin juga menunduk hormat kepada lelaki tadi. Lelaki tadi tergesa-gesa berlalu pergi.

"Macam pernah nampak...." kata Jimin perlahan.

"Ah bawang!" Jimin tersedar. Dia bergegas mencari sebungkus bawang yang di arahkan oleh Seokjin.

30 minit telah berlalu. Setelah selesai mencari barangan dapur, mereka berhasrat untuk menyinggah di sebuah kedai alat solek kerana Hoseok ingin membeli sebotol minyak wangi.

Setelah itu, mereka mengutuskan untuk pulang. Semasa hendak keluar dari pasaraya tersebut. Jungkook menyinggah sekejap di kedai pakaian yang menawarkan banyak harga runtuh. Sahabatnya yang lain turut memasuki kedai pakaian tersebut kecuali Jimin. Dia berasa malas untuk membeli pakaian baru. Selalunya tidak, dialah orang pertama yang suka membeli belah lagi-lagi kalau bab pakaian.

Jimin bersandar di dinding sambil bermain phonenya. Troli yang ditolak oleh Seokjin berada di sebelahnya. Sahabatnya yang lain ligat mencari pakaian di kedai baju tersebut.

'Eee rasa macam nak selfie lah.' Jimin tergerak hati untuk berselfie. Lalu dia menyentuh ikon kamera. Dan paparan skrin mula keluar gambar di hadapannya. Semasa Jimin hendak menukar paparan skrin, dia terlihat orang yang melanggarnya tadi sedang mengintai mereka dari luar kedai melalui phonenya.

"Ehh ni orang tadi?" Soal Jimin perlahan.

Lalu Jimin berhasrat untuk mengambil gambar orang tadi secara senyap. Setelah itu, dia cuba mengzoomkan gambar tadi untuk meneliti wajah orang yang melanggarnya tadi.

'Eh? Ni bukan.... Sun Woo ke???' Jimin sedikit terperanjat apabila terlihat Sun Woo, sepupu Hoseok adalah lelaki yang baru sahaja melanggarnya tadi.

'Apa yang di buat dekat sini? Hmm kebetulan je kot' Jimin membuat andaian.

"Jimin-ah! Ppalli!" Jerit Taehyung dari dalam kedai ke arah Jimin sambil menunjukkan sehelai t-shirt berwarna merah hitam. Jimin teruja melihat t-shirt tersebut. Lalu dia bergegas ke Taehyung.

Hampir 1 jam mereka di dalam kedai. Akhirnya mereka mengutuskan untuk membeli sehelai t-shirt seorang. Setelah itu, mereka ke truck mereka semula.

Di truck, Hoseok, Jimin, dan Taehyung mengangkut beberapa beg plastik di belakang truck. Semasa Jimin hendak mengangkut sebuah beg plastik dari dalam troli, Jimin terlihat Sun Woo sedang berdiri di antara celah-celah kereta.

'Mamat ni lagi.' Desis Jimin dalam hati.

"Weh Taehyung, pergi letak troli ni kat sana" arah Yoongi sambil menunjukkan ke arah sudut di tepi dinding. Taehyung mengangguk lalu membawa laju troli tersebut.

Setelah itu, mereka pulang ke rumah semula setelah selesai membeli barangan dapur.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now