Bab 4

7.5K 749 77
                                    

Keesokannya, Namjoon sedang membelek-belek kertas yang dia terima semalam. Pukul 9 pagi nanti, dia akan mengadakan mesyuarat yang tergendela semalam. Sekarang baru pukul 8 pagi jadi Namjoon sedang membuat persiapan sebelum mesyuarat bermula.

Pada masa yang sama, Taehyung sedang bersarapan pagi bersama ommanya. Appanya pula sedang terbongkang di biliknya.

"Anak omma, nah duit" Omma Taehyung menghulurkan duit untuk Taehyung. Ommanya tahu duit Taehyung sudah diambil oleh suaminya walaupun Taehyung tidak memberitahunya.

Taehyung berhenti mengunyah sekeping roti, lalu di letakkan di atas pinggan.

"Kenapa? Omma amiklah, ni duit omma. Lagipun haritu omma dah bagikan? Ada lagi dalam laci, Taehyung belum guna lagi pun" Taehyung berbohong. Dia tidak tahu bahawa ommanya sudah tahu.

"Takpelah. Taehyung kan suka makan lollipop, Taehyung guna duit ni beli lollipop." Omma Taehyung masih berdegil untuk memberi duit kepada Taehyung.

"Daripada Taehyung guna duit ni beli lollipop, baik omma guna duit ni beli baju baru. Tengok, baju omma pun nak lusuh dah" Taehyung juga masih berdegil tidak mahu mengambil duit daripada ommanya.

"Yelah, omma guna duit ni beli baju baru" ommanya mengalah akhirnya. Mata ommanya berair kerana bangga dengan sikap anaknya yang tidak mengikuti sikap suaminya yang pemalas.

"Omma, dah lambat ni. Nanti kena marah dengan boss pulak" Taehyung memandang jam di dinding. Jam menunjukkan 8.05 pagi. Omma tersenyum lalu bergegas keluar dari rumahnya untuk ke restoran.

Lantaran itu, Hoseok sedang menyidai pakaian di ampaian. Sepupu lelakinya datang menghampiri Hoseok.

"Kau pergi pasar, mak aku suruh beli lauk" Sun Woo, sepupunya itu menghulurkan duit kepada Hoseok. Hoseok mengangguk. Semasa Hoseok hendak mengambil duit dari Sun Woo, Sun Woo melepaskan duit tersebut. Dan sekarang duit tersebut berterbangan di atas lantai.

"Oppss.." Sun Woo berlalu pergi meninggalkan Hoseok.

"Haish!" Keluh Hoseok.

Ketika itu, Jimin masih terbaring di atas katil. Dia mengeliat. Tiba-tiba, tangannya terasa menyentuh sesuatu. Jimin meraba. Rupa-rupanya phonenya.

Phone masih dimatikan. Semalam semasa bertemu dengan rakan-rakannya, Jimin terlupa untuk membawa phonenya. Lalu Jimin menghidupkan semula phonenya.

Dia terlihat 1 missed call dari Mr. Park, iaitu appanya. Jimin tidak memperdulikannya lalu bangun dari katil dan pantas ke bilik air untuk bersiap.

Setelah itu, Jimin turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Terlihat pembantu rumahnya sedang menuang susu ke dalam gelas. Jimin duduk di meja makan.

"Ahjumma, harini omma appa balik tak?" Jimin bertanya kepada pembantu rumahnya seperti semalam.

"Oh ya, appa Jimin call ahjumma semalam. Dia cakap dia akan balik harini" ahjumma tersenyum.

Namun tiada sebarang reaksi daripada Jimin. Jimin meneguk susu di dalam gelas. Lalu ke pintu utama untuk keluar. Jimin ingin bersiar-siar sebentar.

Jam menunjukkan 8.30 pagi. Seokjin sedang mengemas rumah. Itulah rutin hariannya. Mengemas rumah, memasak, membasuh kain dan pada waktu malam pula, Seokjin akan keluar untuk berjumpa dengan rakan-rakannya di tempat biasa.

Ommanya sudah keluar ke kerja. Seokjin bersendirian di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk. Seokjin beranggapan ianya dari ommanya.

Seokjin memulas pintu rumah. Kelihatan Taehyung sedang tersengih-sengih.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now