"Alah. Si Alvin tu hah. Bangun kan aku. Dia ajak aku jogging tapi aku malas. Nak tidur balik tapi tak boleh. Tuh aku kejutkan kau. Perut aku dah bernyanyi ni." kata Kevin.

"Hah. Yelah."

Benny bangun dari duduknya dan melangkah ke bilik mandi. Josh pula keluar dari bilik menuju ke bilik mandi bawah. Kevin juga turut keluar dari bilik dan melangkah ke ruang tamu sementara menunggu Benny mandi.

"Bella. Kalau penat kau berhenti jelah. Tak payah ikut aku." kata Alvin.

"Tak. Aku.. Aku tak penat." kata Gabriella temengah-mengah.

Alvin hanya melihat sahaja Gabriella berlari di sebelahnya.

Lari aku semakin pelahan. Penat. Ni dah round 3 aku lari. Alvin pula dia dah 4 kali. Jangan tanya kenapa. Aku tetap berlari sehingga aku tersandung sesuatu.

Pap!

"Aww!" rintih Gabriella.

Alvin yang mendengar rintihan Gabriella terus memandang ke belakang. Alvin melihat Gabriella yang sudah jatuh ke tanah sambil memegang kakinya. Alvin dengan cemas terus berlari ke arah Gabriella.

"Kenapa? Macam mana boleh jatuh Bella?" soal Alvin dengan nada risau.

Gabriella memandang muka Alvin dengan penuh kerisauan. Terharu pula aku di buatnya.

"Hish. Dia ni. Aku tanya boleh pulak diam." kata Alvin.

Gabriella hanya ketawa terbahak-bahak.

" kenapa ketawa? Apa yang lawak?" soal Alvin lagi.

"Takda lah. Muka kau tu hah lawak sangat. Aku okayh lah. Aku bukan mati pun. Kau punya risau macam aku ni luka teruk pulak." kata Gabriella sambil ketawa.

"Dah. Takpayah nak gelak. Boleh bangun tak?" tanya Alvin.

Gabriella mengangguk.

Aku mula bangun walaupun agak perit di bahagian pergelangan kaki. Dan yes! Aku boleh berdiri. Bila saja ingin berjalan, kaki aku terasa amat sakit dan menyebabkan aku terasa nak jatuh. Bukan nak tapi memang akan jatuh dan siap sedialah merasa sakit di bahagian punggung sambil menutup mata.

1

2

3

Eh? Tak sakit pun. Aku merasa ada sebuah tangan melingkari pinggang aku. Dengan pantasnya aku membuka mata. Terkejut beruk aku di buatnya. Alvin memeluk aku dari jatuh. Oh mulalah jantung aku berdegup laju.

"Haish tu lah. Degil sangat. Nasib tak jatuh." kata Alvin membuatkan Gabriella tersedar dari lamunannya.

Gabriella terus berdiri tapi tetap di pegang Alvin.

"Er. Hehe. Aku rasa pergelangan kaki aku terseliuh lah."

Gabriella tersengeh.

Alvin pula hanya menggeleng-geleng melihat Gabriella tersengeh-sengeh.

Tanpa banya bunyi, Alvin terus mengendung Gabriella secara bridal style. Gabriella yang di gendung seperti itu mula mukanya naik merah bak tomato.

"Alvin. Apa kau buat huh? Orang nampak macam mana?" kata Gabriella.

Alvin hanya membisu.

Dia terus membawa Gabriella ke bangku kosong dan meletakkannya di situ.

Alvin menarik kaki Gabriella ke ribanya untuk melihat pergelangan kakinya yang terseliuh. Gabriella hanya memerhati saja apa yang Alvin buat. Alvin dengan tidak sengaja menekan bahagian yang terseliur sehingga Gabriella meringis kesakitan.

"Ish! Dia ni. Sengaja ke apa huh? Sakit tau tak!" marah Gabriella.

"Sorry. Tak sengaja lah." kata Alvin sambil ketawa.

Gabriella terpaku sekejap.

Baru kali ni dia nampak Alvin ketawa. Bukan senang nak buat dia tersenyum dan ketawa. Wah! Jakun kejap. Pfft.

"Dah lah. Jom balik. Nanti aku urut kat rumah." kata Alvin.

"Kenapa tak urut kat sini je?" soal Gabriella.

"Kau nak kaki kau luka ke?" tanya Alvin pula.

"Luka? Kenapa luka pulak?" Gabriella memasang muka blurnya.

"Ish kau ni. Lembab ah. Kalau aku urut sekarang nanti luka. Sebab tak da minyak. Dah tak payah banyak tanya. Jom. Naik belakang badan aku cepat." kata Alvin.

Alvin membongkokkan badannya di depan Gabriella.

"Apa kau buat ni? Aku boleh jalan lah." kata Gabriella.

"Jangan degil boleh tak? Kau nak aku gendung belakang ke atau gendung bridal style huh? Pilih cepat." kata Alvin.

"Okayh-okayh. Nak naik ah ni. Ish." kata Gabriella sambil menjeling ke arah Alvin.

Alvin hanya tersenyum melihat reaksi muka Gabriella.

Gabriella naik ke belakang badan Alvin. Alvin bangun sambil mengendung Gabriella lalu pergi meninggalkan taman.
Semasa berjalan Gabriella sempat memberi amaran kepada Alvin.

"Jangan nak kata aku berat okay!" kata Gabriella sambil mendengus.

Alvin hanya ketawa mendengar kata Gabriella. Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Tak ada tajuk nak di cerita sebab tu sunyi sepi. Gabriella yang melihat Alvin berpeluh mula berasa bersalah di dalam hatinya. Tanpa sedar, Gabriella mengelap peluh Alvin dengan tangannya. Alvin yang perasan hanya tersenyum.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now