Bab 27

2.4K 45 0
                                    

Segala persiapan telah disediakan buat bakal pengantin , daripada A sampaila ke Z kesemua diuruskan oleh  kedua belah pihak. Tinggal Kayla sahaja yang perlu memilih baju pengantin kerana Zafran terlebih dahulu telah pergi memilih baju bersama ibundanya.

Kata mummy orang yang nak kahwin kene jarang jumpa untuk mengelakkan maksiat dan fitnah, Kayla hanya menuruti kata mummynya. Ye la orang tua tua lagi banyak makan garam kan ? Jadi harusla ikut.

Kayla tidak banyak soal mengenai baju perkahwinannya , cukup apa yang mummynya pilih dia akan turut sahaja tanpa sebarang bantahan.

Puan Amalina yang perasan akan perubahan muka anak daranya terus datang memeluk Kayla dengan sepenuh hati

"Mummy tahu Kayla terpaksa kan sayang sebab semua ni ? , terima kasih sebab buat mummy dan daddy bangga dapat anak macam Kayla." Kata Puan Amalina seraya tersenyum bangga kepada anak kesayangannya.

Kayla yang terkejut dengan reaksi mummynya terus mendakap kuat tubuh orang yang pernah melahirkannya dahulu. Tidak dapat disangkal airmatanya jatuh kerana dek  terlalu sebak dengan perkataan yang keluar daripada mulut mummynya.

"Kayla akan buat apa sahaja untuk buat mummy dan daddy supaya tak kecewa dengan kayla , kayla janji dengan mummy supaya kayla akan tambat hati bakal suami kayla kalau itu yang boleh bahagiakan hati mummy dan daddy" kata Kayla Imani sayu.

Memang benar apa yang diungkapkan Kayla itu kerana baginya sampai bila dia hendak melarikan diri daripada bakal suaminya kerana lambat laun lelaki itu akan menjadi suaminya juga dan ayah kepada anak anaknya.

Puan Amalina memandang Kayla sayu , sungguh dia bangga mendapat anak setabah dan sekuat Kayla Imani. Didakap tubuh kecil itu lebih lama untuk melepaskan segala yang terbuku di hatinya , sungguh dia amat sayangkan anak daranya itu.

×××××××××××

CINTA SI EGO - COMPLETED !! ✔Where stories live. Discover now