CHAPTER 1 | SI PEMBURU GANJARAN ✔

27.9K 1.4K 78
                                    

Pekan Azeroth sesak dengan penduduk kampung yang melakukan kegiatan harian. Bunyi bising mereka bercakap dan melakukan kerja membingitkan telinga.

Haiwan ternakan seperti lembu dan babi berkeliaran di kawasan lapang. Aku melintas selamba sambil memerhati sekeliling.

 Aku melintas selamba sambil memerhati sekeliling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah lama aku tidak datang ke pekan ni. Banyak perkara dah berubah. Penduduknya semakin sesak. Aku berjalan lagi melintasi sebuah pohon yang daunnya berwarna merah jambu.

Beberapa makhluk berbulu halus seperti arnab berjalan melintasi aku sambil berborak mesra. Aku memerhati gelagat mereka.

Hurmmm.

Aku berjalan selamba melintasi kawasan pasar yang sesak. Pelbagai barang ada dijual di situ. Dari barang keperluan, senjata, posyen, ramuan sihir dan juga bahagian anggota makhluk mistik yang dianggap membawa tuah.

Pfft! Tuah?

All you need is skill, not luck.

Beberapa kanak-kanak bertelinga capang berlari melintasi aku. Aku tersenyum apabila mereka kelihatan gembira tanpa endahkan sesiapa. Mereka menyusup di celahan orang ramai kemudian terus lesap.

Aku terus berjalan tenang sehingga ke sebuah lorong gelap yang terletak di bawah tangga. Aku terus turun tanpa ragu-ragu. Bau arak yang hanyir menusuk hidung. Bunyi perempuan mendesah dan bergelak tawa kedengaran di telinga aku.

Setelah 5 minit berjalan, akhirnya aku sampai di sebuah gerai yang bertutup dengan kain kanvas. Diatas kanvas itu terpampang perkataan DYLAN SMITH. Aku terus masuk.

"Ahhh! Aiden!"

Seorang lelaki berbadan sasa menegur tatkala aku berada di depan meja kayu.

"Dylan."

Aku membalas tegurannya dan meletakkan bungkusan kain ke atas meja kayu. Dylan pantas mengambil bungkusan itu dan membukanya.

"Kepala Bogga. Nice."

Dia berkata apabila melihat isi bungkusan tersebut. Aku tersengih lalu duduk di kerusi kayu berhadapan dengannya.

"Aku tahu.Setakat Bogga ni.Senang sangat bagi kau.Upah murah jelah eh?"

Dia cuba menawar harga. Aku tertawa. Dylan tersengih bagaikan kerang busuk.

"Celaka kau. Berapa kau boleh bagi?"

"30 gold?"

"Murah sangat! Up sikit!"

"50 gold?"

Aku terus ketawa. Dylan memandang kosong padaku. Aku menyeka airmata kerana terlalu kuat ketawa sebentar tadi.

50 gold!? Seriously?!

Nilai tu tak cukup untuk aku sewa bilik tumpangan pun! Gila ke!?

"Bro, Aku tahu kau kawan lama.Tapi..Harga macam tu. Aku tak boleh consider. Aku nak tidur mana malam ni?"

AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C]Where stories live. Discover now