Ketika itu, Taehyung sedang menjamah makanan yang di masak oleh ommanya sebelum ommanya keluar pergi ke kerja. Taehyung mengunyah nasi sambil matanya menonton televisyen. Rancangan kegemarannya, Running Man.

Taehyung ketawa apabila melihat aksi lucu dari Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin yang sedang berubah menjadi zombi.

Tiba-tiba, Taehyung tersedak. Nasi di dalam mulutnya terkeluar. Taehyung mencari segelas air sambil menepuk-nepuk dadanya. Perit! Taehyung mengambil segelas air yang berada di atas meja makan.

Gulp gulp gulp

"Fuhh lega"

Tiba-tiba, pintu rumahnya ditendang dari luar. Taehyung terperanjat lalu menoleh.

Terlihat appanya dengan muka yang bengis. Taehyung ketakutan. Lalu appanya ke Taehyung.

"Mana duit? Aku nak duit" tanya appanya sambil mencekik pinggang.

"Aku... aku takde duit" Taehyung dan appanya memang terbiasa bercakap tidak formal antara satu sama lain.

"Kau tipu! Bak duit! Aku nak duit!" Appanya separuh jerit sambil tanggannya menggenggam baju Taehyung. Taehyung terjongket.

"Betul.. aku takde duit. Aku tak tipulah!" Taehyung masih berani membidas appanya. Lalu appanya menolak Taehyung sehingga Taehyung terjatuh di atas lantai. Appanya pergi ke bilik Taehyung dan membuka laci meja di dalam bilik Taehyung.

Taehyung bangun dan berlari ke arah appanya untuk menghalang perbuatan appanya. Namun terlambat. Beberapa keping wang yang di beri ommanya di geggam kemas oleh lelaki tidak guna itu.

"Ni apa? Kau masih nak tipu aku lagi? Ni amik kau!" Appanya sempat menumbuk kasar di muka Taehyung sebelum berlalu pergi. Kini Taehyung terbaring di atas lantai sambil mengelap darah di mulutnya.

Hoseok pula sedang termenung sambil tanganya memegang spatula. Tiba-tiba suara makciknya melaung ke arah Hoseok.

"Asal bau hangus ni? Hoi! Kau termenung apa tu? Hangus lah lauk aku!" Makciknya menghampiri Hoseok sambil mencekik pinggang macam mak nenek.

Hoseok tersedar dari lamunan lalu menterbalikkan telur dadar di dalam kuali.

"Kau ni buat kerja macam ape! Tengok! Telur dadar pun boleh hangus!" Makciknya memulas telinga Hoseok. Hoseok menahan kesakitan.

"Padan muka kau! Tula lain kali waktu omma kau ade, belajar!" Hoseok mengangkat mukanya melihat makciknya. Wajah Hoseok berubah serta merta apabila makciknya menyebut ommanya.

"Apa? Nak lawan aku? Lawan lah!" Makciknya menjerit kepada Hoseok. Namun Hoseok menahan kesabarannya. Kalau tidak, spatula panas ditanggannya sudah lama menghinggap di mukanya. Lalu makciknya meninggalkan Hoseok keseorangan di dapur. Hoseok memegang telinganya yang baru dipulas oleh wanita tadi. Perit yang amat! Hoseok mengeluh.

Ketika itu juga, Jimin sedang menjamah makanan yang di masak oleh pembantu rumahnya.

"Ahjumma, harini omma appa balik tak?" Tanya Jimin kepada pembantu rumahnya.

"Ahjumma tak tahu. Nanti balik lah tu, sabar ye?" Jimin mengeluh mendengar jawapan sama dari ahjumma. Setiap kali Jimin tanya, pasti ahjumma akan mengulangi jawapan itu.

Jimin bangun dari kerusinya dan terus ke tingkat atas. Ahjumma lekas mengemas makanan yang tidak dijamah oleh Jimin. Tadi Jimin hanya menyuap nasi di dalam mangkuknya.

Jimin memasuki biliknya dan duduk di atas katilnya sambil melihat tingkap. Jimin mengeluh. Tiba-tiba, phonenya berdering menandakan ada panggilan.

Jimin membaca nama di skrin. Perkataan Mr. Park tertera di skrin phonenya. Jimin menunggu beberapa saat sebelum mengangkatnya.

"Yeobsaeyo, Jimin-ah? Harini appa tak..." Jimin mematikan panggilan daripada appanya sebelum appanya menghabiskan ayatnya.

Lalu Jimin mematikan phonenya dan mencampakkannya di atas katil. Jimin memejamkan matanya lalu menghempaskan dirinya di atas katil.

Pada masa yang sama juga, Namjoon sedang bersiap sedia untuk lunch di cafe. Namun, personal assistantnya masuk ke dalam biliknya.

"Boss, sekarang kita ada mesyuarat pasal projek haritu dengan Mr. Lee" kata personal assistantnya.

Namjoon membuat muka menyampahnya. Lalu mengangguk tanda bersetuju. Mereka terus ke bilik mesyuarat.

Di dalam bilik mesyuarat, Namjoon hanya termenung sambil bermain sebatang pen di tanggannya.

"Mr.Kim?"

Namjoon tersedar dari lamunannya dan memandang Mr. Lee yang sedang memanggilnya.

"Bagaimana dengan projek ni?" Tanya Mr. Lee.

"Oh erm... saya..." Namjoon membelek-belek kertas di atas mejanya.

Tiba-tiba sebuah phone berdering. Ianya kepunyaan Mr. Lee.

"Esok kita akan bincang lagi pasal projek ni" pesan Mr. Lee. Lalu beliau keluar dari bilik mesyuarat sambil menjawab panggilan tadi.

"Fuhh lega~" Namjoon memegang dadanya. Lalu bangun dari kerusi dan turun ke cafe untuk lunch.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now