Bab 1

13.3K 1K 116
                                    

Namjoon sedang membelek-belek fail yang baru diterima di atas mejanya. Lalu menurunkan tanda tangan pada beberapa helaian kertas yang perlu ditanda tangan.

Bekerja sebagai seorang pengurus syarikat senang juga. Hanya mengarahkan orang bawahan dan menandatangani apa yang patut. Namjoon telah menggantikan appanya sebagai pengurus syarikat beberapa bulan yang lalu. Appanya memaksa Namjoon menggantinya kerana dialah satu-satunya anak tunggal.

Setelah membelek-belek fail tadi, Namjoon pula mengambil phonenya dan bermain game Hay Day. Itulah rutin sehariannya di pejabat. Mengarahkan orang bawahan, membelek-belek fail yang baru diterima dan mengorat staff-staff wanita di pejabatnya.

Lain pula cerita si Jimin. Jimin pula sedang melepak di atas sofa di ruang tamu. Jimin menonton televisyen sambil mengunyah makanan ringan. Jimin tidak bekerja kerana omma dan appanya mampu menanggungnya.

Omma dan appanya selalu pulang kerumah pada lewat malam. Jimin sudah terbiasa keseorangan dirumah. Namun, kadang-kadang ianya membuat Jimin menjadi stress apabila omma dan appanya tidak menghiraukannya lagi.

Pebantu di rumahnya pula akan berada di rumah Jimin pada waktu pagi, tengahari dan malam untuk menyediakan makanan untuk Jimin. Betapa kasihannya kehidupan Jimin. Walaupun kaya, namun kurang kasih sayang daripada omma dan appanya.

Kehidupan Seokjin pula berbeza. Seokjin sedang memasak makan tengahari untukknya. Ommanya pula keluar bekerja dari pagi hingga ke malam. Kadang-kadang sampai tidak pulang kerumah.

Ommanya perlu mencari wang dengan melacurkan dirinya. Baginya itulah jalan yang terbaik. Seokjin tidak pernah bersetuju dengan pekerjaan ommanya.

Seokjin mahir dalam memasak. Kerana dia selalu menonton rancangan memasak lagipula ommanya menyuruh Seokjin menjaga rumah, tidak perlu bekerja. Itulah kehidupannya.

Kemudian Yoongi dan Jungkook pula. Mereka dua beradik yang amat menyanyangi antara satu sama lain. Omma dan appanya sudah tiada sejak mereka di peringkat remaja. Kini mereka tinggal di rumah peninggalan omma dan appanya.

Yoongi perlu mencari wang untuk membayar sewa rumah, memberi wang pembelanjaan kepada Jungkook dan mencari makan dengan kerjayanya. Yoongi bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat yang hampir bankrupt.

Manakala, Jungkook pula masih belajar di sekolah tinggi. Jungkook tidak suka belajar namun dia terpaksa kerana mahu mengubah kehidupannya dengan hyungnya pada suatu hari nanti. Di sekolah, Jungkook selalu di buli kerana mereka serba kekurangan.

Jung Hoseok. Jung Hoseok tidak mempunyai keluarga. Keluarganya kemalangan di jalanraya sewaktu Hoseok di peringkat gred 3. Hoseok terpaksa tinggal bersama makcik dan sepupu lelakinya.

Hoseok bercadang ingin bekerja namun di halang oleh makciknya. Dengan alasan, siapa pula yang akan menjaga rumahnya.

Dirumah makciknya, Hoseok dilayan seperti seorang hamba. Hoseok selalu membuat kerja rumah tanpa dibayar seperti menyapu rumah, mencuci pakaian dan memasak. Hoseok tidak mahir dalam masakan. Jadi jika masakannya tidak sedap, sepupunya akan menumbuknya sekuat hati. Kasihan Hoseok...

Namjoon, Seokjin, Jimin, Taehyung, Yoongi dan Hoseok adalah sebaya. 22 tahun. Mereka kenal antara satu sama lain sejak mereka di sekolah tadika. Manakala Jungkook pula berbeza 4 tahun dari mereka. Tahun ini, Jungkook menjadi senior di sekolahnya.

Mereka bersahabat sejak kecil hinggalah sekarang. Walaupun latar belakang 7 orang sahabat itu berbeza, namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka bersahabat. Betapa kukuhnya persahabatan mereka.

7012 | BTSWhere stories live. Discover now