Aku pun tak tahu  kenapa aku boleh menangis. Sumpah tak tahu, yang aku tahu sekarang aku cukup terasa apabila dia menengkingku tadi. Nasib baik sekarang tengah hujan jadi tak nampak yang aku sedang menangis.

Melihat kebisuanku, Airil memandangku kembali. Matanya menangkap bahuku yang sedang terencut - encut menahan tangisan. Dia mengeluh

" Okay Ed. Aku maafkan kau pasal petang tadi. I'm sorry sebab tengking kau . Aku cuma risau dekat kau je. Don't cry Ed" Airil membuka jaketnya lalu menapak kearahku.

Aku tersentak apabila dia membalut tubuhku dengan jaketnya. Aku menyapu pipiku yang terdapat kesan air mata. Aku memandangnya

" Tak apa, aku lelaki. Tak ada lah sejuk mana. Pakai je" Airil seolah - olah faham dengan keadaanku yang memang sejuk melampau sekarang ni. Dia kemudiannya mendail seseorang ditelefonnya itu

" Hello Zaf" Abang ? Dia call abang ke?

" Ya, aku dekat sini dengan dia. Cepat sikit. Aku takut dia demam je nanti" 

Mataku mula kabur. Pening dikepala terasa mencucuk - cucuk. Bertahan Ed.. Aku memegang kepalaku. Airil yang baru menamatkan panggilan memandangku pelik

" Ed, okay tak ni?" Suara itu makin perlahan. Aku terjatuh ketanah lalu pandanganku gelap

______________________________________________________________________

Aku membuka mata perlahan - lahan. Pening yang masih berbaki membuatku tak mampu untuk bangun. Jam didinding aku tenung. Pukul 2 petang ?!

" Anak ibu dah okay?" Aku menoleh kearah ibu yang baru masuk kedalam bilikku sambil menatang dulang

Puan Maya meletakkan dulang yang berisi makanan itu perlahan - lahan dimeja tepi katil anaknya itu. Dia memnbantu Ed untuk bangun

" Apa yang jadi malam tadi ibu ?" Aku bertanya. Aku memeluk tubuhku yang terasa sejuk. Argh, tak sukanya demam . Huwaaa

" Ibu pun tak tahu cerita sebenar Ed. Nak tahu tanya abang okay. Cuma malam tadi, abang bawak balik Ed dalam keadaan pengsan. Risau ibu tahu . Lain kali jangan buat lagi ya?" Aku mengangguk.

Mataku tertancap kepada jaket hitam yang tergantung dikerusi belajarku. Dahiku berkerut. Jaket Airil. Automatik terlayar peristiwa semalam dalam kepalaku. Aku mengetap bibir. Aku menangis depan dia ?! 

Aduh, apa kau ni Ed. Lepastu boleh pula kau pengsan. Dah tahu diri tu tak boleh kena hujan sikit pun tapi degil. Adeh, macam mana nak berhadapan dengan Airil lagi lepas ni. Malu siot.

_____________________________________________________________________

Zafran ketawa berdekah - dekah. 

" What seriously dia cari kau tengah - tengah malam sebab nak minta maaf pasal baju tu je ?" Zafran kembali ketawa. Airil mengangguk lalu tersengih

" Woo, apa yang kau dah buat dekat dia ni Ril ? Ed, tak pernah sampai macam ni sekali" Zafran bertanya ingin tahu

" Mana ada aku buat apa - apa" Airil buat muka tak bersalah.

" Aku salute la dekat kau. Jarang Ed boleh buat macam ni lagi - lagi dengan lelaki. Baru kenal pula tu" Airil cuma senyum. Matanya menangkap kelibat Puan Maya turun tangga. Tadi, selepas tamat persekolahan dia terus datang kesini untuk melawat gadis itu

Dah diajak Fara, namun dia ada hal pula dengan keluarganya. Terpaksa la dia pergi seorang dengan masih lengkap beruniform sekolah. Puan Maya tersenyum melihat budak lelaki itu

" Terima kasih la Airil datang. Ed dah okay dah tu. Apa dah jadi sebenarnya?" Puan Maya bertanya sambil mengambil tempat disebelah Zafran

" Err, tak ada apalah aunty. Salah faham je semua tu" Airil mengurut belakang tengkuknya.

" Kamu ni anak siapa ? Tinggal dekat mana?" Zafran menggeleng - gelengkan kepala. Dah mula dah ibunya jadi spy tak bertauliah

" Saya tinggal dekat taman ni juga. Anak Ridhuan" Puan Maya terdiam. Macam pernah dengar

" Kamu ni anak lelaki Ridhuan dengan Syazana ke Airil ?" Airil cuma mengangguk dan menoleh kearah Zafran. Zafran tahu apa maksud pandangan yang diberikan oleh Airil itu. Dia sudah tahu ibunya itu dah dapat mengecam siapa Airil sebenarnya

" Ya Allah, kamu ni kawan Zafran masa kecil - kecil dulu la ya? Kecilnya la dunia" Puan Maya teruja. Airil tersengih lalu mengangguk - angguk

" Kawan masa kecil ? Laa patutlah rapat semacam. Dah kenal lama rupanya" Aku bersuara. Dari atas aku sudah mendengar perbualan mereka.

Airil memandangku. Automatik mukaku menjadi merah kerana kembali terbayang peristiwa semalam. Cepat - cepat kakiku melangkah ke dapur. Tidak betah lama - lama disitu apabila dah nampak muka abangnya yang hendak mengusik dia tu.


Thanks for all ur votes and comments. Seriously sis hargai sangat ! Untuk chapter yg kali ni jangan lupa vote and komen pulak xD 

Kalau rasa nak membuang masa or nak buat kerja tak berfaedah, jom la chit-chat dengan sis. Hahahaha. DM je okay. Insyaallah sis balas. Hehe





Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now