Bab1

19.3K 292 5
                                    

Nak terlepas sudu dari tangan ku. Aku memandang abah. Kemudian beralih kepada umi.

" Abah taknak dengar sebarang bantahan dari kamu. Cukuplah kamu malukan keluarga kita dengan pak imam Mail. Kamu setuju atau tak setuju kamu kena terima" Abah seperti melepaskan bom atom dalam hidupku. Aku memandang Umi meminta pertolongan. Umi sekadar menggeleng kepala. Aku faham maksudnya. Umi tak boleh tolong aku kali ini. Hanya aku yang boleh buat bantahan sekarang ini. Tapi Abah dah bagi warning. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Makan malam hari ini seperti memberi racun dalam hidupku.

Aku mengemas meja selepas makan. Rasa nak gantung diri pun ada juga. Tapi tak boleh! Berdosa. Adakah ini balasannya bila aku tolak lamaran Amar hari tu?. Arhg! Kalau Amar. Sekurang-kurangnya aku kenal. Tapi kali ini. Abah nak jodohkan aku dengan orang yang aku tak kenal langsung! Mesti orang tu terbeban macam aku. Siapalah aku nak membantah Abah bila dia dah mendatori keputusannya.
Kelihatan umi dan abah di ruang tamu sambil berbincang sesuatu. Tak lama kemudian Umi seperti menuju ke arahku.

" Abah kamu panggil" beritahu Umi. Aku sekadar mengganguk. Selalunya aku lah paling ceria dalam rumah ni. Tapi hari ini seperti ada pasir di dalam hidup untuk menghalang aku jadi ceria. Aku menghampiri Abah yang berada di ruang tamu.

" Esok mereka akan ke sini. Abah harap sangat yang kamu tak malukan Abah lagi" Abah menyampaikan berita. Rasa macam nak lari dari rumah ni. Tapi tak boleh. Aku taknak susahkan ibubapa aku. Aku memandang Abah.

" Abah. Boleh Ainin tanya sikit?" Soal ku. Sebenarnya aku nak tanya banyak. Tapi karang jari melekat kat pipi aku. Macam mana?. Abah menggangguk kepala.

" siapa dorang tu? Apa kaitan dorang dengan kita?" Soal ku dengan berhati- hati. Kelihatan Abah tersenyum mendengar soalan ku.

" siapa dorang. Itu bakal mentua kamu. Apa kaitan dorang. In sha Allah nanti. Mereka bakal besan Abah" Aku rasa nak meraung pun ada bila dengar jawapan Abah. Abah ni pun kalau nak melawak kena tepat pada masanya. Ini tak. Time orang tengah berperang rasa dia melawak. Punchline tu tak kena. Abah ketawa. Aku pun ketawa. Paksa!.

" Tan sri Tengku khalid tu kawan baik Abah sejak belajar" jawapan Abah sekali lagi menjatuhkan rahang ku. Tan Sri?Tengku?. Jadi maknanya bakal suami aku anak Tan sri dan kerabat diraja. Suami? Grrrrrr..seram sejuk aku dibuatnya. Kalau anak Tan sri mesti ramai yang nak lepas tu kalau dah title Tan sri tu mesti lah cari yang setanding. Serasi ke pengetua sekolah dengan Tan sri berbesan? Dan kenapa aku juga yang di pilih? Mesti mamat tu anak manja sampai tak mampu nak cari jodoh sendiri. Macam- macam persepsi buruk aku tanamkan dalam kepala ku. Tapi tak kan dia macam tu? Arh!

"Apa nama anak dia?" Soalku. Abah senyum.

Pejam celik pejam celik mataku. Jam lonceng ku pandang. Jam dua pagi. Hai mata. Kenapa kau tak nak tutup? Esok aku nak jumpa bakal mentua dan suami aku. Nanti tak pasal-pasal jadi panda. mentua?suami? Ah! Serabut kepala aku.

" Tengku Khalish Naufal Bin Tengku Khalid. Mesti orangnya sehebat nama" aku menyebut namanya. Mesti dia tidur terbatuk-batuk sekarang ni. Aku mengambil dua ekor anak panda yang selalu jadi peneman tidurku. Aku bingkas duduk. Kedua-dua patung tadi aku dirikan.

" Tengku Khalish Naufal" sekali lagi ku sebut sambil mengangkat seekor anak patung panda.

" Ainin Aressa " aku menyebut nama ku sambil mengangkat seekor anak patung panda lagi. Aku gandingkan dua ekor anak patung panda itu.

" kita ni serasi ke sampai keluarga kita nak jodohkan kita dua?" Soalku sambil memandang anak patung panda yang pertama tadi.

" macammanalah kehidupan aku nanti lepas kahwin? Bahagia ke aku? Derita ke aku? Kalau dia dera aku macam mana?" Pelbagai soalan dalam kepala otak aku. Aku baring sambil memandang siling. Entah bila aku terlelap.

Aku mengenakan baju kurung warna ungu di badan ku. Shwal warna merah jambu ku lilit di kepala.

Done!

" cantik juga aku ni rupanya" aku memuji diri sendiri sambil memandang wajah ku di cermin. Hari ini hari aku jumpa bakal keluargaku. Berdebar bagai nak rak jantung aku ni. Aku hairan. Masa si Amar anak imam mail meminang aku. Tak ada langsung aku berdebar. Hemm.. apa maksudnya? Mungkin aku berdebar sebab tak pernah nampak dan tak pernah kenal langsung bakal suami aku ni. Bakal suami? Aku menelan liur. Bagaikan pasir seguni di kerongkongku.

Aku menolong umi apa yang patut. Tolong masak itu. Masak ini. Cuci itu cuci ini. Potong itu potong ini.sepanjang aku menolong, umi tak berhenti bagi aku advice. Kalau nak pikat suami kena pikat perutnyalah dan bla bla bla. Kata umi mereka yang bertandang ke rumah ini nak makan tengahari bersama. Pejam celik. Dah selesai.

Tak lama kemudian. Orang yang di tunggu sudah sampai. Aku tak keluar menuju ke ruang tamu malah aku hanya duduk di dapur. Bukan apa. Cuma aku takut nak tengok si dia. Aku tak kisah kalau dia tak ada rupa yang kacak yang aku kisah hati dia. Sudi ke dia nak terima aku seadanya?

Umi memanggil ku. Aku keluar sambil menatang air. Aku tundukkan kepala. Tak berani nak tengok mereka. Apabila sampai di tepi meja. Aku meletakkan dulang itu berhati-hati.' Bismillahiruhmannirrahim' bisik hati ku. Aku mengangkat kepala sambil menghadiahkan senyuman. Sempat anak mata ku melihat bakal-bakal keluarga. Kelihatan sepasang suami isteri separuh umur dan mereka berdua sahaja. Bakal suami aku mana? Soal itu bermain di kepala ku. Aku menyalami mereka berdua.

" cantiknya anak kamu. Azman. Bertuah betul kamu" kembang seribu aku dibuatnya dengan pujian dari bakal ibu mentuaku. Aku hanya tersenyum sambil mengambil tempat duduk disisi umi.

" saya yakin bang. Khal mesti suka. Saya pun pertama kali tengok dah jatuh cinta" tambahnya lagi. Aku rasa nak meletup pun ada. Puan sri ni puji pula. Nasib baik aku tak terbang. Yalah dah kembang.

" apa nama kamu?"sekali lagi wanita itu bersuara tapi kali ini mengajukan soalan.

" nama saya Ainin Aressa. Makcik" jawabku sambil tersenyum.

" Janganlah panggil makcik. Panggil mama" aku jadi segan. Belum apa-apa kena suruh panggil mama. Aku menganggukkan kepala.

" haah! Kan kita dah jadi keluarga. Tak payah lah panggil mak cik pak cik. Panggil mama dan papa" kali lelaki disebelah mama bersuara.

" bb..baiklah. Papa, mama" agak gagap aku menyebutnya. Tak apa. Aku biasakan lidah aku ni. Kenapa bakal suami aku tak ada? Tak kan frust menonggeng sebab kena paksa kahwin. Ingat dia saja yang terpaksa. Jadi aku ni tak?!

" maaf lah Ainin. Khal tak dapat ikut serta atas sebab sibuk. Hari ni dia terbang ke London" mama seperti dapat baca fikiran ku. Aku menganggukkan kepala. Haih! Nasib kau lah Ainin dapat suami yang kaki kerja ni. Ni baru meminang Ainin. Yang kau dok terhegeh-hegeh nak tengok bakal suami kau kenapa?

Perbincangan sudah di buat. Minggu depan majlis pertunangan. Dua bulan lepas majlis pertunangan nikah. Semua persiapan kahwin di urus oleh umi dan mama. Manakala kami berdua hanya mengurus soal baju cincin dan cuti. Nikah? Kahwin? Tak lama lagi aku jadi isteri orang. Mampu kah aku? Aku cinta ke kat suami aku nanti?

Kahwin Tanpa CintaWhere stories live. Discover now