80 : Epilog

175K 2.9K 1K
                                    

Aku ketapkan rahangku. Mata turut dipejam rapat, silau teramat. Siapa yang menyuluh ke arahku ni?

"Uqasha?" Suara lembut menyapa. Suara itu macam suara... Dr. Fazrina?

Aku sentuh tepi dahiku apabila kepala terasa begitu berdenyut. Tahu Dr. Fazrina masih menanti reaksiku, aku cuba lagi membuka mata. Masih sedikit silau, namun selepas beberapa percubaan, kornea mataku sudah boleh mula serasi dengan terang ruang itu.

Untuk beberapa saat, aku terpinga-pinga. Di mana aku ni?

"Dr. Fazrina... Kenapa saya-ehem-kenapa saya kat sini?" Tekakku terasa perit. Suaraku serak dan tersekat-sekat. Aku cuba berdehem lagi tapi leherku rasa tak selesa pula.

"Uqasha, awak di hospital sekarang ni. Awak terlibat dalam satu kemalangan. Saya nak awak bertenang, ya. Sekarang saya nak buat sikit pemeriksaan pada awak." Dr. Fazrina sudah menghampiriku di tepi katil. "How are you feeling?" Stetoskopnya diangkat dan disemat di kedua telinga, dan hujung pengesan ditekap di dadaku.

"Emm, kepala saya sakit. Berdenyut-denyut." Aku sentuh lagi tepi dahiku apabila denyutan itu kembali.

"Okay. Noted." Stetoskopnya sudah diturunkan. "Now. Dari skala 1-10, dengan 1 paling rendah dan 10 paling tinggi, berapa tahap kesakitan di kepala Uqasha?"

Aku pejam mata, cuba mengagak. "Emm, mungkin 6?" Jawabku, kemudian kembali memandang Dr. Fazrina. Dia mengangguk-angguk dan tersenyum. "Okay, thank you. Sekarang saya nak periksa mata Uqasha pula, ya."

Aku angguk kecil dan Dr. Fazrina mengeluarkan lampu suluhnya, menghala ke anak mataku. Kelopak dibuka dan ditahan perlahan agar mataku tak terpejam.

"Okay, good." Dr. Fazrina simpan semula ke dalam kot putihnya. "Sekarang boleh Uqasha beritahu saya, ini berapa?" Dr. Fazrina mengangkat jari telunjuk dan jari tengahnya.

"Dua." Jawabku pendek.

"Ini?" Dia menambah lagi 1 jari.

"Tiga." Aku layankan saja prosedurnya.

"Okay, great. You're doing great, darling." Dr. Fazrina memberikan senyuman lebar sebelum wajahnya bertukar sikit serius. "Baiklah. Sekarang, soalan yang lebih berat untuk dijawab, tapi take your time, don't push it. Okay?"

Aku angguk, walaupun kepalaku sudah bertambah denyutan.

"Uqasha, boleh Uqasha kongsi sedikit apa yang berlaku sebelum Uqasha kemalangan? I'm not talking about the accident, but the details beforehand. Contohnya, Uqasha dalam perjalanan ke mana?"

Pintu bilik hospital itu tiba-tiba dikuak, dan seorang doktor lelaki masuk. Kepalaku tertancap pula pada sesusuk lagi tubuh yang memang sedia ada di tepi pintu.

"Papa." Aku ucap perlahan tanda aku nampak dia di situ dan tersenyum kecil. Mata papa berkaca-kaca dan dia mengangguk-angguk. Dia kemudian bercakap-cakap dengan doktor tadi, dan Dr. Fazrina menyentuh lenganku, mahu perhatianku kembali padanya. "Sorry." Bisikku.

"It's okay. Berbalik topik tadi, boleh Uqasha ingat semula Uqasha dalam perjalanan ke mana semasa kemalangan terjadi? Kalau Uqasha rasa tak selesa untuk jawab soalan ni sekarang, it's okay, kita boleh bercakap tentang hal ni nanti." Dr. Fazrina masih bersabar menunggu jawapanku.

Aku geleng kepala. "Saya tak ingat, doktor."

Dr. Fazrina mengangguk kecil. "Okay, tak apa. Ini tindakbalas normal sekiranya berlaku kecederaan di kepala, jadi Uqasha tak perlu risau."

"Mana mama? Mama tak datang jenguk Qasha?" Soalan itu terpacul keluar tiba-tiba, mungkin refleks apabila papa dan doktor lelaki tadi datang menghampiri katil. Riak wajah papa berubah serta-merta, dan dia berpandangan pula dengan Dr. Fazrina.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now