44 : Air Pancuran

186K 2.1K 78
                                    

Selepas menampal iklan di papan buletin setiap fakulti, aku pulang ke rumah mama. Aku menyiapkan tugasan kelas di ruang tamu selepas makan tengahari bersama mama, sebelum dia kembali ke ofis.

Apabila Maghrib itu Adam tak pulang ke rumah mama, aku menghantarnya 1 mesej. Dia memberitahu yang dia akan pulang sedikit lewat kerana perlu finalize beberapa perkara dengan bekas rakan kerjanya sewaktu di Singapura dulu mengenai projek yang ditawarkan.

Malam itu, aku membawa mama keluar tengok wayang. Kami keluar berdua saja kerana Mak Nah keletihan, katanya. Selepas wayang tamat, aku periksa telefon; ada 2 missed calls dan 1 mesej daripada Adam.

From: Adam xoxo
Time: 10.57 p.m.
Qasha, malam ni saya terpaksa balik ke rumah kita. Ada beberapa kerja yang perlu saya selesaikan malam ni juga di rumah. Esok pagi saya ada meeting. Until then, please take care. Miss you.

Huh. Kerja, kerja, kerja. Adakah ini bermakna dia terima tawaran pekerjaan daripada syarikat lamanya itu?

"Qasha, kenapa muka berkerut ni? Movie tadi tak best ke?" Suara mama menyentakku daripada lamunan sendiri. Aku cepat-cepat menggelengkan kepala, tak mahu mama risaukan aku.

"Tak ada apa-apa. Ni, Adam bagitahu dia ada kerja nak siapkan malam ni, jadi malam ni Qasha tidur dengan mama, ya?" Aku menarik senyuman terpaksa. Bukan sebab aku tak suka dengan idea tidur bersama mama, tapi aku masih tersinggung dengan Adam yang semakin sibuk sejak kebelakangan ini.

"Hm, kerja tu kerja juga, Qasha. Tapi, mama tak nak Qasha dan Adam ulang kesilapan mama dan papa. Jangan disebabkan kerja, keluarga terabai. Disebabkan kerja, hubungan suami isteri berantakan." Ujar mama sayu apabila mengungkit pasal papa. Aku terus menarik tangan mama.

"Mama, let's not talk about papa, okay? Jom makan! Qasha lapar." Sengaja aku berlagak manja kerana tak mahu mama susah hati. Mungkin untuk menjaga hatiku, mama menarik senyuman kecil dan mengangguk.

Selepas membawa mama makan di Restoran Ayam Penyet kegemaran mama, dia mengajakku pulang. Mama terlebih dulu tertidur sewaktu kami berbaring di katilnya sambil berbual.

Aku masih ingat, ketika aku kecil, apabila papa outstation, aku akan menemani mama dan berbual sehingga salah seorang tertidur. Apabila melihatkan sesusuk wajah yang sudah dimamah usia itu walaupun usianya masih di akhir 40-an, hatiku jadi sebak.

Wajah ini semakin banyak berkerut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Wajah ini jika diperhatikan betul-betul, terserlah garis sedu dan kesedihannya. Pasti banyak derita yang ditanggungnya dalam diam, jauh daripada pengetahuanku. Menahan tangisku, aku merapat dan memeluk mama.

Esok paginya, aku dan mama mengikut Mak Nah ke pasar membeli bahan mentah untuk dimasak. Sengaja aku luang masa dengan mama, bukan sekadar untuk mengisi kekosongan hati mama, malah untuk mengelakkan fikiranku daripada memikirkan pelbagai masalahku sendiri.

Kesibukan Adam.

Desperate Match.

Dan perkara yang paling jauh aku campak dari otakku, RM20 K.

"Qasha? Mama tanya ni, nak belajar memasak lauk apa tengahari ni? Lauk ikan patin masak lemak tempoyak nak tak?" Suara mama menjerkah lamunanku. Kami masih di pasar, membelek ikan. Aku terus anggukkan kepalaku, lalu Mak Nah minta penjual ikan itu membungkuskan untuk kami.

Kata Mama, suami perlu diikat dengan perut. Mama jarang sekali masak untuk papa; dia menyalahkan dirinya kerana tak mengambil berat kemahuan papa. Aku tak mahu dia mengungkit tentang papa tapi dia tak endahkan, masih juga mahu mengungkit.

"Awal-awal perkahwinan, papa pernah cakap, dia teringin nak makan masakan mama lebih kerap. Masa awal-awal bisnes, mama belum berapa sibuk, jadi mama boleh juga tunaikan permintaannya sekali sekala. Tapi, semakin maju bisnes, semakin jarang mama ada di rumah." Ujar mama sayu.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now