23 : Mandi Wangi

200K 2.6K 84
                                    

"Qasha, jom bangun Subuh?" Satu suara berbisik di telingaku. Seketika kemudian, rambutku dibelai lembut. Aku menggeliat sedikit apabila otakku mula dikejutkan.

Aku membuka mataku perlahan-lahan dan wajah Adam menyapa penglihatanku. Dia tersenyum lembut sambil terus membelai rambutku yang berselerakan di bantal. Beberapa saat memandangnya, aku menarik senyuman dan mengangguk.

15 minit kemudian, aku mengaminkan doa yang dibaca Adam dan seperti selalu, dia menarik kepalaku dan mencium dahiku lama. Sambil aku menggantungkan kembali telekung ke rak, aku bertanya, "Kita nak gerak ke Batu Pahat pukul berapa hari ni?"

Adam yang baru selesai melipat sejadah dan meletakkan songkoknya ke rak menoleh ke arahku dan menjawab, "Mungkin lepas makan tengahari dengan papa dan mama?"

Aku mengangguk dan duduk di kaki katil. Peningku datang pula pagi ini dan Adam yang perasankan memek wajahku datang duduk di sebelahku. "Qasha okay? Kenapa ni? Awak tak nak balik kampung ke?" Tanganku dicapai dan aku menggeleng.

"Taklah. Saya rasa tak sedap badan sangat. Demam saya asyik on-off, jadi rasa pening sikit." Jelasku, tak mahu membuka cerita tentang kampung. Aku mahu pulang ke kampung dan bertemu tokmak. Aku cuma tak berapa selesa dengan Sarah.

"Laa, pening lagi? Mari saya urut." Adam menarikku baring ke pangkuannya dan suka dengan perhatian yang diberi, terus aku lentokkan kepalaku ke pahanya. Kemudian, dia mengurut kepalaku dan entah bila, aku tertidur.

Apabila aku bangun lebih kurang jam 8 pagi, Adam entah ke mana menghilang. Aku turun ke bawah dan mama sedang bersarapan dengan papa. Mereka sedang tertawa tentang sesuatu, dan ia satu situasi yang jarang berlaku. Sebaik menyedari kewujudanku di kaki tangga, riak wajah mereka berubah.

Mungkinkah mereka terdengar pergaduhanku dengan Adam malam tadi?

"Qasha, marilah sarapan sekali." Papa yang mula bersuara. Mama masih kelihatan sedikit kekok, memandang papa kemudian melemparkan senyuman terlebih mesra ke arahku. Kenapa dengan mereka ni?

"Er, kejap lagilah, Qasha baru bangun. Papa dan mama ada nampak Adam tak?" Bukan papa dan mama saja yang terkejut, malah aku juga sikit pelik kerana soalan itu yang terpacul keluar. Mereka berpandangan dan mama pula yang menjawab, "Tak silap mama, tadi Adam keluar joging."

Seraya itu, kami terdengar pintu depan dibuka dan ditutup. Tak lama, sesusuk tubuh bermandi peluh muncul, khusyuk menekan ipod di tangan dan tiba-tiba terhenti apabila melintasi aku di tepi tangga.

"Eh, awak dah bangun? Pening lagi tak?" Adam menarik keluar earphone yang disumbat di dalam telinga dan mengelus atas kepalaku. Aku menggelengkan kepala dan dia mencium dahiku. "Saya naik-"

"Adam, nanti sarapan dengan Qasha ya? Banyak Mak Nah masak ni." Mama tiba-tiba mencelah dan Adam seolah-olah terkejut, terus menoleh ke arah ruang makan di mana papa dan mama masih duduk bersarapan.

"Eh, papa, mama, sorry Adam tak perasan." Adam tersengih sambil menggaru kepalanya. "Okay, sekejap lagi Adam turun makan, nak naik mandi dulu." Mukanya sikit merah, mungkin segan kerana papa dan mama menyaksikan aksinya sebentar tadi.

"Qasha pun nak naik mandi dulu, nanti Qasha turun makan dengan Adam." Kataku, lantas menarik Adam ke atas. Sampai di bilik, Adam tersengih. "Nasib baik saya tak cium mulut awak tadi. Kalau tak, tak tahulah mana saya nak letak muka." Keluh Adam sebaik menutup pintu.

"Kenapa? Awak nak cium mulut saya ke?" Soalku selamba sambil meletakkan beg baju di atas katil. Sambil menunggu Adam siap mandi, boleh aku mula berkemas sikit baju untukku bawa balik ke kampung.

"Rasa macam awak tanya, ikan nak berenang tak?" Usik Adam, dan aku terus berpaling memandangnya sambil bercekak pinggang. "Apa awak cakap?" Getusku sambil mencuba berlagak marah.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now