46 : Jumpa Lagi

146K 2.6K 176
                                    

Hah? Apa yang aku cakap tadi?!

"Adam, kejap!" Aku terus berlari keluar dari bilik. Panik menyelubungi diri hingga aku hampir tersungkur apabila kakiku tersangkut di karpet. Aku sempat mencapai Adam sebelum dia turun di tangga. Terus aku tarik dia ke dalam pelukan dengan airmata yang mula berjuraian.

"Adam! Please, I'm sooooo, sooooo sorry, I didn't mean that! Adam, saya minta maaf!" Pintaku bersungguh, masih tak melepaskan pelukanku. Kepalaku ditekap rapat ke dadanya dan dapat aku dengar dengan jelas detakan jantungnya yang kuat dan laju.

"Qasha, lepaskan saya." Permintaan Adam seolah meragut nafasku. Apabila dia berusaha menarik tubuhku daripada terus melekat di tubuhnya, nyawaku terasa melayang. Aku terus menggelengkan kepalaku.

"Tak! Tak nak! Adam! Saya tak maksudkan macam tu! Saya sayangkan awak, I'm sorry I said that! I'm sorry... Adam, please!" Seluruh tubuhku mula menggigil. Kalau Adam tinggalkan aku...

"Qasha, lepaskan saya." Pinta Adam lagi. Dan aku dah tak mampu merayu lagi. Esakanku terus pecah, mengisi segenap ruang itu. Kepalaku pantas menggeleng dan aku eratkan lagi pelukanku, meminta simpatinya.

Apabila tangan Adam naik dan memeluk tubuhku juga, walaupun tak seerat selalu, aku merayu lagi. "Adam, I'm sorry, jangan tinggalkan saya..."

"Qasha, pandang saya." Permintaannya kali ini diubah. Perlahan-lahan aku dongakkan kepalaku, melonggarkan sedikit pelukanku tapi kedua tanganku masih melilit di keliling pinggangnya, bersedia untuk menariknya kembali andaikata dia cuba lari.

"Adam..." Aku mengetap gigiku, menahan tangisku walaupun airmataku masih murah bercucuran. Sebelah tangannya naik menyeka di pipiku. Adam menarik nafas panjang sebelum menyusun bicaranya.

"Saya... Saya perlukan sikit ruang." Ujar Adam perlahan. Ruang untuk apa? Ruang untuk berpisah?

"Jangan tinggalkan saya..." Rayuku sambil menggelengkan kepalaku lagi.

"Tak, saya bukan tinggalkan awak selamanya. Saya cuma perlukan sikit ruang lepas apa yang awak cakapkan tadi." Suara Adam mula bergetar. "Awak, orang yang saya sayang, minta saya mati. Saya-"

"Tak! Saya tak maksudkan macam tu! Saya terlepas cakap!" Aku mencelah dan Adam terus terdiam, tak menyambung kata-katanya. Matanya turut bergenang dan keningnya sikit berkerut. Untuk beberapa ketika, dia memandangku kaku.

"Saya tak dapat tidur sini malam ni, saya perlu siapkan draf soalan final exam untuk dihantar ke lembaga peperiksaan minggu depan. Apa-apa hal, awak boleh contact saya kat telefon, okay." Ujar Adam pantas.

Aku tahu, draf soalan final exam cumalah satu alasan yang digunakan untuk mendapatkan ruang yang dipinta. Walaupun hatiku berat, aku tahu kali ini Adam memang betul-betul makan hati dengan kata-kataku. Rayuanku, pelukanku, airmataku, semua gagal untuk menghalangnya daripada melangkah pergi.

"Saya minta maaf..." Bisikku perlahan. Apabila Adam mencium dahiku, aku pejamkan mataku, mahu menyimpan perasaan itu ke dalam memoriku. Aku tahu, nak tak nak, aku terpaksa juga berikan Adam ruang yang dipintanya. Sekurang-kurangnya, bukan untuk selamanya, kan?

Men are like rubber band; stretch them way too far, they would snap and that would hurt you even more.

Dengan susah-payah aku lepaskan pelukanku. Adam mencium dahiku lagi sekali dan melepaskan pelukannya juga. Sebelum dia menuruni tangga, aku panggil namanya dan dia menoleh.

"Chan rag khun." Aku meluahkan perasaanku dalam bahasa ibundanya. Tak sangka itulah frasa yang pertama aku cari dalam buku yang aku beli di Popular dulu. Setelah mempelajarinya, baru kali ini aku cukup berani untuk meluahkannya. Akhirnya, Adam menarik senyuman kecil untukku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now