7 : Campak Lagi

141K 2.2K 43
                                    

Rabu malam itu, kami sekeluarga makan bersama di meja. Kesibukan mama dan papa sebelum perceraian mereka dulu menyebabkan kami jarang makan malam bersama. Kini, setelah merujuk balik, mereka cuba untuk selalu ada di rumah, namun aku pula yang lebih gemar keluar.

"Qasha, lepas makan ni, papa dan mama ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Qasha." Papa memberitahu tanpa memandangku. Suapanku terhenti dan aku memandang mama. Mama mengetap bibir dan menyambung suapan.

Kami bertiga duduk di bilik bacaan. Mama dan papa duduk bersebelahan di sofa, manakala aku duduk menghadap mereka. Jantungku berdebar. Mereka masih belum pernah lagi membuka topik dan mendengar lebih lanjut mengenai malam itu denganku, kecuali versi yang kuberikan kepada polis yang datang menemuiku Sabtu lalu di hospital untuk mengambil keterangan.

Mungkinkah mereka mahukan cerita yang lebih terperinci kini setelah beberapa hari membiarkan aku menyelesakan diri selepas kejadian itu?

"Qasha macam mana sekarang? Dah rasa lebih sihat?" Papa memulakan. Sekiranya kukatakan yang aku masih sakit, adakah perbincangan ini akan ditangguhkan? Ah, tak usah bertangguh lagi. Let's get it over with already.

"Rasa lebih baik. Cuma luka kat dahi yang belum betul-betul sembuh." Jawabku tenang. Papa memandang mama dan mereka mengangguk.

"Pertama sekali, papa nak Qasha tahu bahawa mulai saat ini, papa takkan benarkan Qasha berkawan dengan Edri lagi." Papa mula bersuara tegas. Aku mengerutkan dahiku. Memang Ed mengasariku, namun aku masih belum membuat keputusan tentang hubungan kami, dan apabila mendengar keputusan yang papa ambil tanpa bertanya kepadaku dahulu membuatkan darahku panas.

"Papa tak boleh putuskan untuk Qasha. Qasha lebih kenal dia siapa. Biar Qasha yang tentukan hala tuju hubungan kami tanpa campur tangan orang lain, termasuk papa!" Bentakku.

"Selepas apa yang dia buat pada Qasha, Qasha masih mahu membela dia?" Papa menggelengkan kepalanya.

"Qasha tak judge dia daripada apa yang berlaku malam itu saja. Selama ni, dia selalu ada untuk Qasha. Qasha perlu pertimbangkan semua secara keseluruhan." Aku membela.

"Well, kalau Edri selalu ada untuk Qasha, kenapa Qasha berlaku curang di belakang dia?" Wajah papa bertambah ketat. Aku terkesima sesaat. Dari manakah papa dapat cerita ini? Tak mungkin gosip di kampus tersebar sampai ke pengetahuan papa.

"Mana papa dapat cerita ni? Itu semua gosip yang orang buat mengenai Qasha. Qasha tak pernah curang di belakang Ed." Aku tegaskan sebolehku. Kisah keterlanjuranku, hanya Adam dan aku yang tahu. Ed, Malique dan John hanya tahu berdasarkan cerita yang aku ringkaskan dan ubah, dan itu tidak dikira curang kerana Ed mengizinkannya.

"Gosip? Jadi, Qasha tak pernah berlaku curang?" Papa menduga.

"Tak pernah." Aku tegaskan lagi.

"Jadi kenapa Qasha bertengkar dengan Edri?" Papa soal lagi. Aku mengeluh dan mengeluarkan kembali cerita yang kuberi kepada polis.

"Macam Qasha bagitahu pada polis, malam kejadian dia high. Kami bertengkar sebab salah faham dan dia mungkin tak sengaja mengasari Qasha." Jawapanku membuatkan papa diam sebentar. Dia memandang mama lagi dan hatiku terdetik. Ini bukan perkara yang mereka mahu bincangkan. This is only the tip of the iceberg.

"Siapa Adam, Qasha?" Papa bersuara kembali, namun topik kekasaran Edri tidak lagi menjadi persoalan. Mendengar nama itu pertama kali setelah beberapa hari tanpanya membuatkan bibirku kering kerana cemas.

"Er, siapa? Adam? Oh, dia kawan kepada kawan Qasha. He's not a friend of mine." Jawabku sedikit gagal dalam percubaan untuk berlagak tenang.

"Tapi bukankah Qasha curang di belakang Edri dengan Adam?" Papa meneruskan tanpa sedikit ragu. Jantungku hampir tercabut mendengarnya.

"Apa yang berlaku antara Qasha dan Adam telah mendapat keizinan daripada Ed, jadi ia tidak dikira curang. We were trying to teach him a lesson! Siapa yang beritahu papa pasal ni? Malique atau John?" Aku malas berdalih lagi. Salah seorang mereka pasti sudah membocorkan cerita gilaku pada papa. Entah untuk apa, aku pun tak tahu.

Papa diam lagi. Aku tidak suka tertanya sebegini. Dia memandang mama dan aku terus berdiri. Aku bertanya lagi dengan suara yang lebih tinggi. "Siapa yang beritahu papa? Cakap! Qasha nak tahu siapa antara mereka yang berani buat Qasha macam ni!"

Jawapan papa kepada soalanku membuatkan aku terduduk, terhenyak di sofa seolah-olah nafasku hilang ditiup angin.

"Adam. Dia yang beritahu papa."

Nama itu tidak terlintas di fikiranku. Dia ialah orang terakhir yang akan aku tuduh membocorkan rahsia ini kerana ini ialah rahsia kami. Rahsia aku dan Adam. Rahsia yang aku gunakan untuk kelebihanku. Rahsia yang aku gunakan untuk menjatuhkan dia. Kenapa dia berbuat begini?

"Tak mungkin Adam. Tak mungkin. Dia takkan buat Qasha macam ni. Adam mana yang papa maksudkan ni?" Aku cuba menolak realiti.

"The one and only, Qasha. Adam yang papa maksudkan ialah lelaki yang telah terlanjur dengan Qasha." Kenyataan papa seolah-olah menampar-nampar pipiku. Sakit. Mukaku rasa panas. Mataku terbeliak. Nafasku seolah terhenti kerana tidak percaya dengan apa yang papa ucapkan.

"Wait, what- what did you just say?" Aku bertanya untuk kepastian. Pasti papa tersalah cakap ataupun aku tersalah dengar, kan?

"Adam datang berjumpa dengan papa sewaktu Qasha di hospital. Dia cakap, ada hal yang hendak dibincangkan. Jadi, kami tetapkan tempat dan masa untuk bertemu." Papa memulakan penjelasan. Jantungku tak keruan.

"Kami bertemu Ahad lepas. He seems like a perfect gentleman to talk with, sampailah saat dia membuat pengakuan bahawa dia pernah terlanjur dengan Qasha. Wow! Papa hampir pengsan sebab terkejut!" Papa mengangkat tangannya, dramatik. Mama pula tunduk dengan wajah kecewa.

"Terkejut, sebab tak sangka anak perempuan papa rupanya dah semakin liar selama ni!" Papa menempelak. Mama mengelap pipinya, adakah mama sedang menangis?

"Tapi papa lebih terkejut, sebab tak sangka lelaki yang terlanjur dengan Qasha sanggup datang berjumpa dengan papa, meminta maaf, malah mahu bertanggungjawab! Boy, that kid had some guts, I'm surprised I actually like him when I should be killing him for touching my daughter in such manner." Papa menggeleng-gelengkan kepalanya, kemudian menghela nafas.

"B-bertanggungjawab?" Satu perkataan itu terlekat di otakku.

"Ya. Dia meminta izin untuk menikahi Qasha, dan papa telah bersetuju." Papa menjawab dengan tenang, seolah-olah sudah mengagak puting beliung yang akan datang bersama amarahku.

"What the hell, papa?! You cannot make such decision for me! I will not marry him!" Aku terus berdiri dan menghentak kaki. Kedua tanganku tergenggam keras di sisi menahan marah, membiarkan airmataku tumpah.

"He's the best for you, papa yakin. Dan no, you cannot change my mind. Papa dah pun tentukan tarikh pernikahan Qasha seminggu dari sekarang." Papa masih mengawal dirinya dengan tenang. Mama mengambil tangan papa dan menggenggamnya.

"Mama, jangan biar papa buat macam ni pada Qasha, please mama!" Aku terus berlari dan melutut di kaki mama. Airmataku berjuraian mencerminkan airmata mama. Mama cuma diam dan memalingkan mukanya daripadaku.

"Now that your marriage lives are ruined, you decided to make the hell out of mine, too?!" Aku terus berdiri, perlahan-lahan menapak ke belakang sambil mengesat pipiku. Mama memandangku dengan wajah terkejut, kemudian terus bangun dan keluar meninggalkan bilik bacaan.

"Yes! That's how you do it, anyway! You both run away from having to deal with me, then campak Qasha merata-rata! Sekejap campak Qasha ke Kelantan, sekejap campak Qasha ke London. And now this! The most cruel of all! Campak Qasha ke lelaki lain! And surprise, surprise! You used my mistake against me! Well-planned!" Aku terus-terusan menyumpah.

"Qasha! Enough! Qasha boleh cakap apa saja yang Qasha mahu, papa takkan ubah keputusan papa. Mama akan bantu uruskan pernikahan Qasha. Mahu atau tidak, Khamis minggu depan, Qasha akan menikah dengan Adam. Keputusan papa muktamad!" Papa bangun dari sofa dan terus menghentak kaki keluar mengikut jejak mama.

Aku terduduk di tepi meja kopi, teresak-esak. Airmataku masih berjuraian. Dugaan apakah pula ini?

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now