4 : Gayboy Alim

233K 2.4K 124
                                    

"You serius nak buat macam tu?!" Tanya Malique, tidak percaya dengan idea gilaku.

"Ed, kau tak kisah?" John pula mempersoalkan. Sebetulnya, aku sudah berbincang dengan Ed dahulu tadi sementara menanti ketibaan Malique dan John dari kelas bahasa ketiga mereka yang tamat jam 4 petang.

"Aku dah tak tahan sangat dengan gayboy berlagak alim tu. Kalau ni cara untuk ajar dia, aku tak kisah." Ed menyokong ideaku. Malique dan John saling berpandangan, masih tidak percaya.

"Dia takkan tunduk punya, percaya cakap aku. Mamat tu kejut aku subuh woi." Malique menggeleng kepalanya.

"Berapa yakin kau?" Ed menduga Malique.

"200% yakin! Okay, Qasha memang menggiurkan, aku tak nafikan," Malique tersengih, kemudian menyambung, "tapi aku yakin dia takkan tunduk pada godaan Qasha." Malique menepuk meja.

"Nak bet?" John mencabar.

"Boleh! No problem! Siapa kalah, bayar sewa yang menang!" Malique menepuk meja lagi, lebih kuat sehingga terlimpah air keluar dari gelasku.

"Okay! Aku bet, dia cair punya dengan Qasha. Orang gila pun nak tau, apatah lagi mamat gayboy tu. Kalau aku silap, aku bayarkan part sewa kau bulan ni, dan vice versa. Deal?" John menghulur tangan untuk berjabat merestui bet antara mereka, dan Malique menyambut tanpa ragu.

"Deal!"

Mengenakan tube top bersama denim jaket dan skinny jeans, malam itu aku ke rumah Ed seperti yang dirancang. Hanya aku seorang. Rumah itu sunyi menandakan Adam masih belum pulang. Aku masuk ke bilik Malique, menutup pintu dan duduk di birai katil. Ada sebuah tilam tipis di tepi katil Malique, mungkinkah di situ Adam tidur selama beberapa hari ini?

Berbanding katil Malique, tilam itu kemas. Selimut elok terlipat, disusun atas bantal. Cadar tilam juga dirapikan. Wow, neat nerd alert.

Aku terpandang satu luggage besar di tepi meja komputer Malique. Itu pasti kepunyaan Adam. Ada sebuah fail di atasnya. Curiga, aku berdiri dan mengambilnya. Sah, milik Adam.

Di dalam fail itu, terdapat resume milik Adam. Ku baca sekilas maklumat peribadinya.

Name: Umarussadam Abdullah
Age: 25 years old
Marital status: Single
Ethnicity: Half Siamese Chinese, Half German

Terbeliak mataku membaca darah keturunan Adam. Siamese Chinese German?

"Qasha?" Satu suara menegurku dan fail itu terlepas dari tanganku. Cepat-cepat aku tunduk mengambilnya dan meletakkan semula di atas luggage besar itu sebelum menoleh ke belakang.

"Adam." Aku cuba menyembunyikan perasaan cemas yang menjalar di hati dan menatap wajahnya kembali dengan serius. Kening Adam berkerut, matanya memandang failnya yang kubaca tadi sebelum memandang ke dalam anak mataku kembali.

"Apa Qasha buat kat dalam bilik ni?" Soalnya penuh tanda tanya sambil meletakkan beg bimbitnya di atas meja komputer Malique. Jarak antara aku dan Adam tidak jauh. Masing-masing berdiri di hujung meja komputer.

"Cari Malique, tapi dia tak ada. Semua yang lain pun tak ada." Jawabku selamba, kemudian kembali duduk di birai katil yang menghadap meja itu sambil memerhatikan Adam melonggarkan tali leher di kemejanya.

"Er, okay..? So, bolehlah keluar dan balik." Ujarnya kembali, sambil bersandar di meja komputer.

"Tak nak tanya kenapa saya cari Malique?" Aku menduga dengan suara yang paling lembut boleh aku utarakan. Adam jelas terkejut dengan perubahan sikapku dan aku yakin aku berjaya menangkap matanya saat ia singgah sekilas di dadaku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now