8 : Mogok Jumpa

128K 2.2K 39
                                    

Sudah 3 hari aku berkurung di dalam bilik. Kufikir aksi mogokku ini dapat mencairkan hati mama dan papa, namun usahaku sia-sia. Mereka tidak sekali pun menjengukku di bilik. Cuma Mak Nah sahaja yang selalu berulang alik turun naik menghantarkan makanan dan ubat kepadaku.

Petang Sabtu itu aku tekad. Aku melihat mama dan papa keluar menaiki kereta melalui tingkap bilikku. Aku terus mendail nombor John dan mengajaknya bertemu. Sampai bila aku hendak terkurung di dalam rumah? Sudah seminggu aku tidak menjejakkan kaki di dunia luar.

John tiba kira-kira 10 minit selepas aku. Berbanding selalu, aku mengajaknya bertemu di Coffee Beans. Sehingga kini, aku masih tidak mengetahui apa yang terjadi pada Ed mahupun Malique, dan aku masih belum bersedia untuk ambil tahu. Aku mempunyai masalah yang jauh lebih besar kini.

"Qasha! Long time no see!" Tegur John saat mencium pipiku seperti selalu. Dia kemudian mengambil tempat dan aku tolak satu minuman yang telah aku beli kepadanya.

"Your favorite green tea." Ujarku pendek. John tersenyum dan terus menghirup minumannya dan aku ikut sama.

"Thanks, babe. Anyway, sorry aku tak datang jenguk kau di hospital. Aku ada cuba datang Sabtu lepas, tapi aku nampak parents kau, so..." John menjungkit bahu, kemudian tunduk.

"Tak apa. Aku faham." Aku senyum kecil. Aku sedikit pun tak ambil hati mengenai hal itu.

"So, ada apa kau nak jumpa aku personal ni? Nak ajak aku ken ke?" John bergurau menyebabkan aku tertawa kecil. Kemudian, dia menambah, "Kau tahu kan Ed dan Malique-"

"Kejap, stop!" Aku mencelah dan mengangkat tanganku meminta dia berhenti. John terpinga-pinga melihat reaksiku.

"Aku tak nak bercakap pasal Ed dan Malique, please? Aku jumpa kau sebab hal lain. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi." Jelasku. John tersandar di kerusinya dan memandangku. Dahinya berkerut.

"Okay. Apa dia?" Soalnya sambil menghirup minumannya di tangan.

"Em, aku nak tanya pasal... Adam." Jawabku perlahan. Dahinya masih berkerut. Kemudian, dia bersandar ke depan dan meletakkan minumannya di meja.

"Kenapa dengan dia?" Soalnya pendek.

"Er... Aku ada hal penting nak cakap dengan dia. Dia masih menumpang di rumah kau tak?" Aku tak pasti jika aku patut beritahu John mengenai masalahku, jadi aku rahsiakan sebab sebenar.

"Dia dah blah lah, Qasha. Last aku jumpa dia Jumaat malam tu lah. Sabtu pagi aku bangun dia dah chow." John menggeleng kepalanya.

"Kau tahu tak dia ke mana?" Harapanku untuk berjumpa dengan Adam semakin tipis.

"Sorry, aku tak tahu." Dia menggeleng lagi. Aku menghela nafas.

"Kau ada nombor telefon dia tak?" Aku mengharap dia menjawab ada walaupun jauh di sudut hati aku tahu itu bukan kebenarannya. Perlahan-lahan dia menggeleng kepalanya, menjawab soalanku. Aku tunduk menekup mukaku di tangan.

"Ada apa kau nak jumpa dia sebenarnya?" John cuba mengorek cerita.

"Tak ada apa yang penting pun." Aku mengangkat kepala dan cuba senyum. John seperti tidak percaya jawapanku.

"Kalau tak penting, takkan sampai frust macam ni sebab tak dapat nak contact dia? Ke kau nak release tension, need someone for a booty call?" Usik John sambil mengangkat-angkat keningnya. Aku cuma tertawa kecil dengan idea ber-booty call bersama Adam.

Booty call!

"Erin! Dia ada nombor Adam kan? Malam Rabu lepas, dia ada minta daripada Adam! Boleh kau dapatkan daripada dia?" Tiba-tiba memori itu datang dan api harapan yang tadi sudah padam kembali menyala.

Namun, riak wajah John mematikannya kembali.

"Aku dengan Erin dah putuslah, Qasha. Masa Jumaat lepas, masa aku pergi pick up dia. Aku tak pasti aku dapat tolong dapatkan daripada dia atau tak." John mengetap bibirnya. Aku menekup wajahku kembali. Patutkah aku cuba dapatkan daripada Malique?

"Macam ni. Aku tak janji tapi aku akan cuba, okay? Bagi aku tempoh sikit dalam sehari dua, nanti apa-apa hal aku roger." Begitulah janji John kepadaku.

Namun, sehinggalah hari aku kembali ke kampus, dia masih belum memberikan sebarang berita kepadaku. Pagi itu, aku tidak turut serta bersarapan dengan mama dan papa. Mereka juga masih tidak mengendahkan aku.

Persiapan pula semakin bertambah. Langsir di dinding sudah diganti dengan langsir satin baru berwarna putih. Ruang tamu juga sudah dikosongkan untuk sesi akad nanti. Berderau darahku melihat semua ini dan terus aku percepatkan langkahku ke kampus.

Emosi yang masih berkecamuk di rumah semakin diserabutkan dengan rakan-rakan kuliah. Seperti pagi Isnin selalu, aku datang lewat ke kelas pertamaku. Sebaik aku duduk, ramai datang menyerbuku dan bertanya mengenai tragedi lalu.

Mereka cuba mendapatkan kesahihan cerita yang disampaikan oleh Janna dan aku hanya mengangguk. Ada yang cuba bertanya lebih lanjut, namun kerana emosiku yang dari tadi sudah terganggu, aku melepaskan marahku kepada mereka. Mereka terdiam, kemudian meminta maaf dan kembali ke kerusi masing-masing.

"Sorry kalau you marah I bagitahu budak-budak kuliah ni apa yang terjadi sebenarnya. I tak nak dorang percaya gosip." Janna bersuara kecil di sisiku. Aku cuba untuk senyum kepadanya dan dia tersenyum kembali.

"Anyway, hari ni sepatutnya lecturer ganti tu mula bertugas, tapi dah pukul 9.40 pagi dah ni. Dia tak sampai pun lagi." Suara Janna jelas hampir kecewa. Aku yakin dia sudah tertunggu-tunggu saat ini dari minggu lepas.

"Sekejap lagi dia sampai kot. Rileks." Kataku sambil mengeluarkan iPad miniku dari dalam beg. Aku masih tiada mood untuk ke kelas sebenarnya, namun dah banyak yang aku tertinggal. Berbanding kebanyakan gadis sosial, aku sebenarnya kisah mengenai pencapaian akademikku. Kalau tak, masakan aku boleh kekal berada di dalam senarai pelajar dekan di kampus.

Aku membuka Instagram dan membelek-belek gambar. Janna di sebelah masih berbisik-bisik sendiri, risau akan prince charmingnya yang masih belum muncul. Aku menghiraukan dunia sekelilingku dan hanyut dalam gambar-gambar bahagia di dalam skrin.

Beberapa minit kemudian, Janna menyiku tanganku, meminta perhatianku. Aku tak endahkan dia namun apabila dia mula menepuk-nepuk lenganku, aku mula rasa menyampah.

"Apa dia?" Tanyaku sedikit kasar sambil berpaling melihatnya. Dia tidak memandangku. Matanya tidak berkedip memandang ke depan kelas. Dia seolah-olah sudah terpaku di situ, tidak bergerak. Yang lebih menghairankan, seperti Janna, seluruh kuliah juga tiba-tiba terdiam.

Belum sempat aku melihat apa yang mencuri perhatian mereka sebegitu rupa, satu suara sampai ke telingaku, jelas. "Good morning, class. Sorry I'm late."

Aku tak perlu toleh ke depan. Aku tahu itu suara siapa. Itu suara lelaki yang aku cari sejak Rabu lepas.

Itu suara Adam.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now