42 : Keranda Emas

130K 2.1K 120
                                    

Aku terus keluar dari kereta Adam, mendapatkan Mak Nah yang menungguku di pintu rumah. Wajahnya terpancar kerisauan, menambahkan debar di hati. Aku mahu terus melangkah masuk, tapi ditarik tanganku oleh Mak Nah.

"Em, Qasha. Mak Nah nak bagitahu dulu ni, emm Qasha jangan terkejut, ya. Rumah bersepah sikit. Tadi-"

Aku tak sedap hati. Terus aku lepaskan tangan Mak Nah dan melangkah masuk. Mak Nah di belakangku cuba menarikku kembali, mungkin mahu memberitahuku sesuatu tapi aku tak mahu dengar. Aku mahu cari mama.

"Mama?!" Aku panggil dan terus ke ruang tamu. Langkahku terus mati sebaik melihatkan sepahnya ruang tamu itu. Kertas, bunga, majalah dan kaca bertaburan di lantai. Kusyen sofa juga turut bertebaran.

Perlahan-lahan aku amati ruang itu sehinggalah mataku tertancap pada sekujur tubuh yang masih terduduk kaku di sofa. Wajahnya basah, namun matanya tak berkedip. Pandangannya dilontarkan sayu di hadapannya, masih tak memberi respon pada panggilanku.

"Apa yang berlaku, Mak Nah? Kenapa sampai macam ni sekali?" Suaraku terketar-ketar bertanya apabila Mak Nah berdiri di sebelahku.

"Em, tadi... Tadi, mama dan papa Qasha bertengkar teruk." Bisik Mak Nah di tepiku, masih dengan suara cemas.

"Mana papa?" Soalku perlahan. Jawapan Mak Nah tak membuatkanku terkejut apabila dia memberitahu papa sudah keluar, tak tahu ke mana.

"Adam. Saya tak tahu apa saya patut buat sekarang." Aku berpaling ke arahnya sebaik aku rasakan kehadirannya di sisiku. Seluruh tubuhku menggeletar dan Adam tarik aku ke dalam pelukannya.

"Shh. Awak kena kuat, sayang. Pergi kat mama, pujuk dia bercakap dengan awak." Adam memberikan cadangannya. Pelukan dilepaskan dan aku menapak mendekati mama perlahan-lahan.

"Mama? Qasha datang." Bisikku perlahan. Mama masih kaku. Perlahan-lahan, aku duduk di sebelahnya. "Mama, Qasha ada kat sini."

Mama masih terdiam, sikit pun tak memberikan respon padaku. Aku pandang Adam sekilas, dan dia memberikan senyuman dan anggukan kecil untukku sebagai semangat.

Aku seka airmataku yang dah mula bercucuran dan aku ambil tangan mama perlahan-lahan. Dia hanya membiarkanku dan saat aku menggenggam tangannya, airmata mama mengalir lagi di pipi.

"Mama, cakap dengan Qasha. Apa yang berlaku?" Aku menangis. Sikit-sikit, wajah mama yang tiada riak mula memberi ekspresi. Bibirnya dikemam rapat dan airmatanya semakin deras. Aku terus merapat dan memeluknya.

"Mama, beritahu Qasha." Pintaku lagi. Aku lentokkan kepalaku di bahunya, mahu dia tahu yang aku di sini untuknya. Akhirnya, mama membuka mulut.

"Papa Qasha... Dia dah memadukan mama." Sejurus pengakuan itu, tangisan mama terus pecah. Badannya terhinjut-hinjut menahan sebak. Aku turut menangis sama, kerana entah kenapa aku dapat rasakan kesedihan mama dalam tangisannya.

Aku tak pandai memujuk. Aku cuma mampu memeluknya dan berkata bahawa aku ada untuknya. Entah berapa lama aku cuba menenangkan mama. Aku tahu berita itu telah menghancurkan hatinya, lumat.

Setelah berjaya menenangkan mama, aku bawa dia naik ke biliknya. Aku tunggu hingga dia tertidur sebelum aku turun kembali ke bawah.

Di ruang tamu, Adam sedang membantu Mak Nah mengemas. Ruang itu sudah jauh lebih kemas daripada apa yang aku lihat sewaktu tiba awal tadi. Adam yang sedang mengikat beg plastik berisi kertas-kertas terpandangkanku, lantas berdiri dan membuka tangannya. Aku terus berlari ke arahnya dan dia lantas memelukku.

"Shh. Saya tahu awak kuat." Pujuknya apabila tangisanku dilepaskan.

"Saya tak tahu apa patut saya buat." Ku akui, jujur. Selama ini, aku tak pernah dilibatkan dalam pergaduhan mereka. Mereka akan mencampakku jauh, tak mahu aku melihat krisis mereka. Dan ironinya, kini aku lebih memilih untuk dicampak daripada terpaksa menghadapi semua ini.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now