9 : Salam Perkenalan

140K 2.3K 99
                                    

"Itulah dia! Oh my God, he is the most perfect specimen of a man!" Bisik Janna di telingaku setelah dia dan rakan sekuliahku terlepas daripada pukauan Adam. Aku memandang ke depan dan Adam sedang mengeluarkan Macbooknya dari beg.

"In real life, he is a million times better looking than what I expected!" Tambah Janna lagi. Aku mula naik angin.

"Okay, okay. Tapi boleh kawal sikit tak?" Aku toleh ke arahnya dan dia terdiam. Dia sedikit pun tidak kelihatan tersinggung, malahan dengan dramatiknya sibuk mengipas-ngipas mukanya. Adam memulakan ucapannya dan semua mata tertumpu ke depan, termasuk mataku. Tahukah dia bahawa aku ada di dalam kelas ini?

"Okay, good morning again. Sorry I'm late. As you all know, Mrs. Lim is in maternity leave, so I'll be taking over this class for the rest of the semester." Sebaik mendengar pengumuman itu, satu kuliah kecoh dan ramai menepuk-nepuk tangan tanda gembira. Adam tersenyum sambil matanya melihat sekeliling kelas, dan terhenti di mataku.

"Oh my God, dia pandang sini! Oh my God, dia pandang I lagi tak?!" Janna terus tertunduk menutup mukanya sambil berbisik jerit ke arahku. Adam sedikit terkejut melihatkan aku di dalam kelasnya dan terus berpaling mengambil sehelai kertas.

Attendance sheet.

"Dia pandang sini lagi tak, Qasha?!" Bisik Janna lagi ke arahku. Aku menjawab tak, jadi Janna mengangkat kembali wajahnya, kembali memerhatikan Adam yang sedang membaca senarai nama pelajar di kelasnya ini.

"Tengok tangan dia Qasha. Is it bad kalau I cakap I nak rasa lengan dia? I bet his muscle is tough. Apalah rasa kalau dipeluk oleh tangan macam tu?" Bisik Janna lagi. Aku malas memberi respon, maka aku diamkan saja. Namun, kenyataan Janna itu mengungkit rahsia hitam aku dengan Adam.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala dan kembali fokus ke depan dengan muka yang paling selamba.

"Okay, wow. I hope that's a good sign." Adam tersenyum ke arah pelajarnya sebaik meletakkan kembali senarai nama itu di atas meja. Seluruh kelas cepat-cepat mengiyakan, termasuklah Janna di sebelahku.

"Okay. My name is Adam, so you may call me Encik Adam. Here's the fun part; I bet we're all around the same age, so in here, you may refer to me as Adam. No funny business with Encik, Tuan, Sir or whatnot. Simply Adam. Okay?"

Seluruh kelas menjawab okay, kecuali aku. Berbanding Adam yang aku kenal, Adam di hadapan kelasku ini kelihatan lebih peramah dan pandai bergaul. Siapakah Adam sebenarnya?

"Good. Here's the tricky part, though. Outside of this class, you will have to address me Encik Adam, or we'll get in trouble with the administrative soon enough. Have I made myself clear?" Dan seperti sebelumnya, seluruh kelas menjawab okay, kecuali aku.

"Excellent. So now, today is our first day, first session, let's put programming aside for a moment. I'd like to get to know all of you, first. Is that okay?" Semua teruja dengan idea itu, jadi Adam bergerak kembali ke laptopnya dan menekan sesuatu. Skrin putih di belakangnya menyala dan tulisan 'Ice-Breaking Session' terpampang.

"Let's start with you. Share with me something about yourself." Adam mempelawa Kelly yang duduk di baris hadapan untuk memulakan sesi. Dia tidak dapat mengawal keterujaannya kerana hampir setiap 5 saat, dia akan tertawa kecil.

"You know what, Qasha? Selama ni, I tak boleh terima cara you yang asingkan dunia dalam kampus dengan dunia luar kampus. Macam kata orang, people in a circle stay in that circle. I betul-betul tak faham, sampaikan bila Zakwan budak multimedia yang hot tu usha you pun you tolak sebab you nak stick pada prinsip you." Janna tiba-tiba bersuara di sisiku. Aku menoleh ke arahnya, tidak tahu kenapa dia tiba-tiba membuka topik mengenai prinsipku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now