"Sayang? Tak tidur lagi?" Tegurnya apabila dia perasan mataku masih terkebil-kebil memandang siling. Aku cuma menggelengkan kepala perlahan, tak memandangnya. Adam hilang ke bilik air dan kembali semula 5 minit kemudian, wangi dan menggoda.

Adam berbaring di sebelahku dan merangkul sebelah tangannya di pinggangku. Aku masih kaku memandang siling. "Awak senyap dari semalam."

Aku pandang Adam di sisi dan dia merapatiku. Bibirnya mengucup bahuku, "Say something, Qasha. This is so bizarre, seeing you all quiet and emotionless." Suara Adam perlahan merayu. Aku kumpulkan semua kudratku untuk menyimpul beberapa patah perkataan menjadi ayat.

"Saya- saya tak tahu harus rasa bagaimana, Adam."

Adam terus mendongak mendengar bicaraku keluar dari anak tekakku. Dia terus mengemaskan pelukannya dan memujukku, "Rasa apa saja yang awak nak rasa, Qasha. Keluarkan semua. Sedih, marah, kecewa, luahkan semua. You need to vent them all out."

"Tapi, sebab selama ni saya luah lah sampai jadi macam ni, Adam." Suaraku dah mula bergetar. Adam menggelengkan kepalanya, "Yang lepas biar lepas. Tapi kali ni awak kena luah. Dalam waktu-waktu macam ni, saya lebih rela tengok awak luah daripada biar awak pendam, Qasha."

Hatiku sikit terusik, mula membuka pintu untuk meluahkan perasaan yang dikurung sejak semalam. Keningku berkerut menanti, dan Adam menongkat tubuhnya dan mencium dahiku. "Luahkan, sayang."

Aku tak tahu mahu luah bagaimana, seolah perasaanku trauma dengan habitnya yang suka ikutkan emosi. Adam mencium pula bibirku, dan perlahan-lahan aku berikan reaksi yang dia mahu.

"Let it go." Adam masih sempat memberikan galakannya, dan aku balas ciumannya. Semakin aku kalah dengan keinginan nafsuku pada Adam, semakin sebak hatiku. Aku paksa diriku terima perasaan itu dan seperti takungan air tadahan yang lama menunggu ruang untuk mengalir, apabila dindingnya pecah, airnya terus tumpah, deras.

Wajahku mula berkerut dan aku pejamkan mata rapat-rapat. Adam berhenti mengumpan dan melentokkan kepalanya ke dadaku. "It's okay. Lepaskan."

"Mamaaaaaa..!!" Aku hampir teriak. Tangisanku terus pecah; tumpah seperti air takungan itu. Adam menggosok lenganku, memberikan perhatiannya.

"Saya nak mama balik, Adammmmm, saya nak mamaaaa." Tangisan yang tertahan dari semalam tak dapat dikawal lagi. Seolah baru mengerti apa yang terjadi, hatiku kini faham aku harus rasa bagaimana. Aku harus akur pada kesedihan dan kekesalan yang hadir dengan pemergian mama.

"Saya nak mamaaaaaaa. Qasha minta maaffff, Qasha janji jadi anak yang baik, mama baliklahhhh, jangan tinggal Qashaaaa...." Rayuan demi rayuan terbit di bibir, meluahkan segala yang terkunci di anak tekak sejak semalam.

"Saya ada, Qasha. Saya ada untuk awak." Suara Adam perlahan memujuk, namun tangisanku tiada tanda mahu berhenti. Bunyi esakan panjang dan mendayu menjadi peneman Adam malam ini.

"Mamaaaaa...." Aku panggil, namun tak seperti 10 tahun lalu; mama tak muncul di pintu bilik itu bertanya kenapa aku menangis, mama tak datang memujukku andai aku terjaga dari mimpi ngeri.

"Saya ada, sayang. I'm here." Jika aku tak terlalu leka dengan perasaan sendiri, pasti aku dengar jelas suara Adam yang turut bergetar. Dia memperbetulkan posisi agar dapat memelukku lebih erat. Ditarik kepalaku ke dadanya dan aku habiskan tangisanku di situ hingga aku jadi terlalu letih dan tertidur.

Apabila aku terjaga esok paginya, Adam sudah tiada di sisiku. Beban yang terpikul semalam rasa sikit berkurang pagi ini, mungkin hilang beberapa cebis dalam tangisan syahduku malam tadi. Aku pandang ke meja sisi, ada sehelai kertas biru kecil. Aku ambil dan sambil menggosok mata, aku baca.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now