64 : Nota Biru

112K 2.1K 150
                                    

Mama dibawa pulang pagi tadi, dimandikan dan dikapankan. Sejak tengahari tadi, ramai tetamu sudah datang bertandang ke rumah mama, menyampaikan salam takziah kepada aku dan papa. Ramai juga yang bersama-sama membacakan Yasin untuk mama.

Mama dikebumikan selepas Asar. Sebaik jasadnya hilang dikambus tanah perut bumi, aku semakin mendiamkan diri. Adam yang sibuk membantu di tanah perkuburan asyik tertoleh ke arahku, mungkin risau aku tiba-tiba mengalami gangguan jiwa dan jadi terlebih emosi seperti selalu.

Pulang saja ke rumah mama, aku terus naik ke bilik dan berbaring. Adam mandi dan membersihkan diri sebelum turun dan membantu papa menguruskan majlis bacaan tahlil untuk mama selepas Isyak nanti. Malam itu, kami solat berjemaah dengan Adam sebagai imam.

Tetamu majlis tahlil tiba selepas solat Isyak. Segala persiapan jamuan diuruskan oleh makcik-makcikku, tokmak dan Mak Nah. Aku hanya duduk di sudut ruang tamu itu, menerima lagi ucapan takziah daripada jiran tetangga yang hadir. Aku cuma membalas senyuman lesu.

Sepanjang bacaan Yasin, aku seperti semalam, hanya membatu memandang karpet. Sesekali aku mengangkat wajah memandang Adam yang duduk di kalangan tetamu lelaki. Seolah tahu aku perlukan perhatiannya meskipun sekadar dari jauh, dia pasti akan mengangkat wajahnya dan menghadiahkanku senyuman yang penuh kasih sayang.

Selepas bacaan Yasin, tetamu dijemput menjamu selera. Biarlah orang mahu mengata aku malas, tak membantu kerana hanya terduduk di sudut ruang tamu itu dari tadi, membisu tanpa suara; biarlah apa orang kata. Aku terlalu letih mahu berbicara, hinggakan saat aku ternampak Sarah berselisih dengan Adam sewaktu mengangkat dulang makanan dari dapur pun, aku tak larat mahu rasa cemburu apabila melihat mereka bertukar senyuman mesra.

Tetamu sekelilingku mula berkumpul berempat atau bertiga, dan berkongsi 1 dulang. Ada beberapa yang mengajakku makan sama tapi aku cuma tersenyum kelat dan menggeleng. Kekok berada di ruang tamu itu, aku ke dapur. Adam sedang menceduk nasi putih ke dalam 1 pinggan dan Sarah berdiri di sebelahnya, memulakan perbualan. Hanya mereka berdua.

"Eee, abang Adam ni nakal juga, ya. Ni siapa buat lovebite kat leher abang ni? Nasib baik Sarah pendek, boleh nampak kat bawah rahang abang." Sarah tertawa sambil menunjuk ke arah leher Adam.

"Takkan abang nak bagi perempuan lain lovebite abang, Sarah. Abang dah beristeri, kan." Adam menjawab tenang sambil menceduk lauk dari periuk pula. Mereka masih tak perasankan aku di pintu dapur itu.

"Eleh, apa salahnya. Bukan buat apapun. Apalah rasa lovebite kan?" Sarah menggedik dan berdiri dekat dengan Adam. Cemburu, ya, aku cemburu. Tapi sudah aku katakan tadi, aku terlalu letih mahu melayan perasaan cemburu itu.

Aku letih untuk punya perasaan.

"Lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tak elok bersentuhan, apatah lagi nak lovebite. Sarah kalau nak, menikah dulu, okay? Abang nak hantar makanan ni kat isteri abang." Adam menarik senyum tipis dan berpusing. Tatkala melihat aku berdiri di pintu dapur itu, sikit pun riak wajahnya tak terkujat.

"Sayang, saya dah cedukkan nasi ni untuk awak. Mari, saya suapkan?" Adam terus menghampiriku tanpa sebarang riak bersalah. Dan sejujurnya, dia tak bersalah apapun. Sarah yang masih di tepi periuk lauk terus berpaling dan menceduk makanan ke dalam pinggannya pula.

Aku tak berselera tapi aku anggukkan saja kepalaku. Kami duduk di meja makan dan Adam menyuapkanku. Aku hanya makan suku daripada pinggan, dan selebihnya Adam habiskan. Kemudian, aku naik ke bilik selepas bersalaman dengan beberapa tetamu.

Aku tanggalkan selendang di kepala, menyalin pakaian tidur yang lebih selesa dan berbaring, termenung memandang siling. Aku tak tahu berapa lama aku termenung kerana tiba-tiba Adam sudah kembali ke bilik selepas selesai mengemas di bawah.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now