59 : Rahsia Masa

113K 2.1K 98
                                    

Bagai ditakdir Tuhan, Swiftku tak hidup pagi Isnin itu, menambah sebab tak mahu menjejakkan kaki ke kampus. Tapi, peperiksaan akhir semester tinggal berapa minggu saja lagi. Takkan mahu ponteng?

Nak tak nak, aku cari juga nombor telefon teksi dan pergi juga ke kampus.

Sewaktu aku keluar dari teksi lagi, aku sudah perasan mata-mata liar memandangku. Tapi, aku sedapkan hatiku, mungkin mereka sedikit hairan ada teksi luar masuk ke perkarangan kampus di pagi hari.

Kemudian, pandangan yang sama disorot padaku sepanjang langkah melewati koridor untuk ke Fakulti Sains Komputer. Cuba mengelak daripada bertembung 4 mata dengan mana-mana empunya wajah, aku tundukkan pandanganku.

Jam sudah menunjukkan lebih 9.15 pagi sewaktu aku tiba di pintu bilik kuliah Programming Adam. Aku tolak sikit pintu itu dan suara Adam mencicip keluar. Kata-katanya membuatkanku terhenti. "Look, guys, what happened yesterday was for fun. I don't get it; why would you guys judge her for rejecting me?"

Sah. Mereka sedang berbincang tentang kejadian semalam.

"Yes, Adam, it was for fun, tapi you lecturer dia. She didn't have to be so mean and rejected you hidup-hidup depan semua orang. Didn't you feel insulted at all?" Satu suara lelaki mencelah, tak dapat aku kenalpasti siapa dalam debaranku yang tiba-tiba menyerang dengan intonasinya.

"No, I did not feel insulted at all. I'm fine." Suara Adam menjawab pertanyaan itu.

"Tapi, you tak rasa pelik ke? I mean, all the girls here are dying to be in her place; I mean terpilih jadi gadis idaman you, and dia boleh dengan selamba said no to you? What is wrong with her? We all think she's a lesbian." Satu suara perempuan pula mencelah.

"That is absolutely not true. She's definitely not a lesbian, so stop spreading the rumour, alright." Suara Adam kedengaran lebih tegas. Aku sudah mula berkira-kira mahu merapatkan kembali pintu dan berlari pulang ke rumah.

"Just because dia gadis idaman you, tak bermakna you kena deny benda yang obvious, Adam." Janna pula mencelah. Aku kenal betul dengan frekuensi suaranya itu. "Selama ni, bukan you seorang dia reject, malah ramai lagi."

Bunyi meja dihentak menyebabkan seluruh bilik kuliah langsung senyap. Aku sendiri turut sama terkujat dengan bunyi hentakan yang tiba-tiba itu. "Look, guys, I appreciate what you guys are trying to do right here. But I'm seriously fine and look, I'm still breathing. Just because Uqasha rejected my advance yesterday, it doesn't mean it was the end of my life, nor I was badly heartbroken. She had her rights to say no to me, and that doesn't make her a lesbian, or a heartbreaker!" Suara Adam bergema dalam bilik kuliah yang sudah hening.

"You like her that much, don't you?" Itu suara Janna lagi. Bilik kuliah masih senyap, menunggu jawapan Adam.

"Unprofessionally speaking, yes, I do, I really do. Hurting her means hurting my feeling, too." Pengakuan berani mati Adam membuatkan kepalaku tiba-tiba rasa berpinar. Sekiranya aku masuk ke dalam bilik kuliah sekarang, aku tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan wajah-wajah rakan kelasku yang baru saja mendengar luahan perasaan Adam.

"She doesn't deserve you. You deserve a much better girl." Itu ayat terakhir daripada Janna yang aku dengar sebelum aku rapatkan kembali pintu yang hanya terkuak sedikit dan berlalu pergi. Aku tak mampu. Aku belum cukup kuat mahu berhadapan dengan mereka hari ini.

Nombor telefon teksi yang tadi menghantarku terus aku dail kembali, dan tak sampai 10 minit, ia sudah tiba menjemputku di tempat sama pemandu menurunkanku. Seluruh tanganku menggeletar. Pemandu bertanya mahu ke alamat mana, tapi fikiranku kosong.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now