"Janna!" Aku cuba mengejar Janna yang pantas meninggalkanku, ingin keluar dari bilik persediaan peserta wanita. Dia mendengus dan menoleh ke belakang, "You nak apa lagi?" Nadanya kasar.
"Janna. Takkan you nak marahkan I? Bukan I yang suruh dia pilih I. Marahlah kat dia." Aku cuba mempertahankan diriku. Janna tertawa kecil.
"Cuba cakap betul-betul dengan I, Qasha, dah berapa lama you berhubungan dengan Adam, sebenarnya?" Janna memeluk tubuh. Aku meneguk liur. "Apa you merepek ni, Janna? Bila masa I berhubungan dengan dia?"
Janna tergelak lagi. "Ya tak iya, kalau betul you bercinta dengan dia pun, takkan you nak mengaku, betul tak? Tadi, terang-terang you dah cakap macam tu." Janna terus berpaling tapi cepat-cepat aku tarik tangannya.
"Janna, come on! Apa salah I? Pernah ke you nampak I cuba mengorat Adam? Tak pernah, kan?" Hatiku dihurung hiba. Janna menarik tangannya. "Entahlah, Qasha. I pun tak tahu apa perasaan I sekarang. Memang Adam datang untuk I, tapi depan semua orang, dia pilih you! I dah faham apa Rina rasa bila Zakwan pilih you. It hurts, Qasha! Why is it always you?!"
Rina dan rakan-rakannya masih berada di pintu bilik persediaan memandang kami. Aku pandang Janna dan matanya bergenang. "You mesti tak tahu apa rasanya bila kita suka pada seseorang, tapi dia sukakan orang lain. Yela, selama ni, I tak pernah nampak you terhegeh kat sesiapa. Orang yang datang terhegeh kat you. Mesti seronok jadi orang yang selalu diingini, kan?"
Kini, giliran mataku pula bergenang. Kalaulah Janna tahu jalan hidupku, pasti dia takkan berkata begitu. I'd experienced enough in that department; terasa dicampak dan terbuang, tak diingini malah dibenci, semua itu aku dah rasakan. Sekurang-kurangnya, Janna mempunyai keluarga yang bahagia dan saling menyayangi.
"You tak tahu apa-apa, Janna." Gumamku perlahan.
"Ya! Memang I tak tahu apa-apa! You know why? Sebab you're too closed off! I cuba jadi kawan baik you, dekati you, kenali you, tapi usaha tu bertepuk sebelah tangan, kan? You masih dengan prinsip you, no mixing up personal and campus lives. Guess what, Qasha? I think I'm done trying to be your best friend, especially after what just happened. I'm retreating back to that 'campus people' circle of yours, so goodbye." Ucap Janna, terus berlalu pergi bersama Rina dan rakan-rakannya.
Aku terdiam. Airmataku menitis. Satu-satunya rakan yang baik denganku di kampus kini sudah meninggalkanku. Perasaan tak diingini itu datang menyelubungi diriku lagi. Aku tak pernah terfikir besarnya impak kewujudan Janna sebagai seorang sahabat. Sungguh, aku terkejut dengan kesan yang tertinggal daripada pemergian Janna sebagai temanku.
Aku tak keluar langsung dari bilik persediaan itu. Aku duduk di kerusiku dan menangis. Aku fikir aku dapat selamatkan persahabatan kami dengan menolak Adam, selain untuk mengelak kontroversi yang berpotensi memecahkan rahsia perkahwinan kami. Tapi, semuanya ternyata silap.
Aku masih hilang kepercayaan Janna. Kontroversi masih melanda, dan daripada reaksi penonton tadi, aku yakin sesuatu yang buruk akan berlaku. Mungkinkah rahsia perkahwinan kami akan terbongkar?
Ini semua salah Adam.
Kenapa pilih aku? Aku dah bersedia melihat dia berpasangan dengan Janna hari ini. Itu harga yang perlu aku bayar demi rahsia kami, demi privasi hidupku di kolej dan demi persahabatanku dengan Janna.
Sesi 4 bermula pukul 2 tengahari, dan aku masih memadamkan lampuku. Ternyata teori Janna silap, kerana peserta lelaki Sesi 4 semua kelihatan biasa saja. Akhirnya, aku dipadankan dengan seorang lelaki dari Sesi 2 yang aku kenali sebagai Izzat.
YOU ARE READING
RAW || Uqasha
RomancePlease read carefully the first part of this novel. For ebook announcement, check the last part. Thank you! ◈◈◈ Aku Uqasha. Kisahku bukan cerita tipikal Melayu. Bukan pernikahan tangkap basah. Bukan perkahwinan aturan keluarga. Tapi penyatuan rela...
