55 : Podium 12

116K 2K 156
                                    

Kesemua gadis Desperate Match berkumpul di satu sisi bilik kuliah itu. Aku dan Janna duduk paling tepi. Mereka saling berkenalan, dan Janna turut serta bersama mereka. Hanya aku yang menyendiri, termenung ke luar tingkap.

Briefing peserta Desperate Match sepatutnya bermula jam 3 petang seperti arahan En. Azmin tapi sekarang sudah hampir 3.10 petang, pensyarah itu masih belum nampak bayang. Aku perasan Rina Said asyik memerhatikanku, tapi aku buat bodoh.

Apabila akhirnya En. Azmin tiba, Janna terus ke depan, menyerahkan senarai nama dan borang-borang penyertaan mereka. Satu-satu nama disebut untuk diperiksa kehadiran. Aku tak ambil peduli, tapi apabila nama Uqasha binti Badrul Hisham disebut, aku tersentak. Aku pandang ke depan.

"Mana nama awak dalam senarai ni? Tak ada pun? Kenapa terlebih seorang? Saya suruh cari 12 gadis je kan?" En. Azmin membelek senarai nama.

"Hah? Terlebih seorang? Tak, tak. Until yesterday, saya dan Janna dah cari cukup 12 orang gadis, tak termasuk kami. Jadi, kami tak perlu masuklah." Berkerut dahiku cuba menerangkan.

"Apa awak merepek, Uqasha? Siapa cakap awak dan Janna dapat pengecualian begitu? Tak, saya tak benarkan. Saya dah katakan, awak berdua wajib sertai. Nama Janna ada dalam senarai ni, kenapa nama awak seorang tak ada?"

Hah? Nama Janna ada? Aku memandang Janna keras. Entah bila masa dia sudah duduk bersama sekumpulan gadis di tengah bilik kuliah.

"You masuk?? You cakap dengan I minggu lepas you tak nak masuk?" Soalku. Janna sekadar menjungkit bahu. "I changed my mind." Jawapan mudah diberi. Patutlah semalam dia beriya mahu cari lagi seorang sedangkan kami sepatutnya masih perlukan 2 orang. Dalam diam, dia sudah bersetuju untuk masuk acara itu.

Mesej antara Janna dan Adam terimbau di ingatanku. Ya, memang patutlah dia tak kisah nak turut serta. Suamiku dah bersetuju untuk menjadi heronya.

"Okay, jadi sekarang saya akan buang seorang. Hm." En. Azmin memandang setiap wajah di dalam kelas itu dan kemudian menuding ke arah seorang perempuan yang duduk bersendirian di belakang kelas. Rambutnya sedikit serabai dan berkulit gelap.

"Haa, saya terpaksa keluarkan awak. Saya minta maaf, ya. Cuba lagi tahun depan." Selamba je En. Azmin tolak penyertaan perempuan itu. Seolah tahu dia memang tak tergolong dalam kumpulan gadis-gadis cantik bergaya seperti Janna dan Rina Said, dia terus keluar meninggalkan kelas.

"En. Azmin tak boleh buat macam tu! Saya tak nak masuk. Dia calon yang lebih rela, kenapa buang dia? Lebih baik keluarkan saya yang tak nak!" Aku terus berdiri, marah dengan cara En. Azmin menilai kecantikan perempuan.

"Uqasha, jangan cabar saya. Gred awak di tangan saya. Ingat tu." En. Azmin mengugut. Ya, dia tahu aku seorang pelajar yang sangat ambil kisah tentang gred peperiksaanku dan dia gunakannya untuk mengikatku. Langkah yang ingin dibuka tadi ditarik semula. En. Azmin tersenyum melihatku dan dia memulakan taklimatnya. Andai saja boleh aku akui bahawa statusku kini bergelar isteri orang, pasti aku tak tersepit begini.

Janna tiba-tiba berbisik di belakangku sebaik aku mengambil kembali tempat dudukku.

"Babe, janganlah emosi macam ni. I tahu you tak nak masuk, tapi fikirkan pasal gred you, okay? Lagipun, Desperate Match bukan bermakna kita terdesak. Mana tahu you dapat temui cinta sejati you, kita tak tahu." Janna memujuk.

Cinta sejati? Wujud ke cinta sejati? Atau itu semua cuma satu ilusi?

Menurut En. Azmin, kami harus bersedia di bilik yang telah disediakan untuk peserta wanita sebelum jam 8 pagi. Matlamatnya, setiap gadis wajib mendapatkan seorang pasangan. Sebelum acara bermula, kami dikehendaki mengisi borang berkenaan kriteria jejaka idaman kami. Borang jawapan tersebut akan disimpan, dan sekiranya peserta wanita tak berjaya mendapatkan pasangan setelah kesemua 24 peserta lelaki diperkenalkan, pihak penerbit akan masuk campur menyuai-padan peserta wanita dengan mana-mana peserta lelaki yang gagal, tapi paling hampir memenuhi kriteria peserta wanita tersebut.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now