39 : Cantik Plastik

190K 2.2K 182
                                    

"Wow. Awal datang hari ni?" Sapa Janna sebaik aku duduk di sebelahnya. "Haaaa, muka apasal berseri lain macam pagi ni? Selalu pagi Isnin you mesti Monday blues. Eh, you makan k-colly ke?" Janna menarik daguku ke arahnya, lantas menilik wajahku. Aku tepis tangannya sambil tersenyum.

"Amboi, senyum? Semalam moody, tak sihat, hari ni sihat, siap boleh senyum-senyum lagi?" Janna masih terus-terusan mengusikku. Apabila aku membiarkan dia membebel sendirian, dia mengereng ke arahku.

Bunyi telefonku menghentikan gangguan Janna seketika. Aku angkat panggilan daripada Dr. Fazrina itu. Dia bertanyakan tentang panggilanku malam tadi, dan menjelaskan dia baru tiba di Malaysia dari Jepun pagi tadi. Risau dengan missed calls yang diterima daripadaku, dia terus menelefon.

"Oh, tak apa, saya dah okay. Saya call malam tadi untuk buat clarification sikit tapi tak apa, sekarang dah selesai." Jelasku perlahan, mengelak daripada menyatakan masalahku dengan spesifik di bawah renungan maut Janna. Puas hati dengan jawapanku, panggilan pun dimatikan.

"Babe, story lah! You dah ada boyfriend baru ke? Siapa? Zul tu ke?" Janna menggoyangkan lenganku. Aku turunkan telefonku dan memandangnya.

"I tak contact pun dengan Zul tu, okay? Sudah-sudahlah mention nama dia. I tak ada apa-apa cerita pun. I cuma gembira sebab dah lepas midterm exam, tu je." Betahku, sedikit terusik emosiku apabila nama Zul disebut lagi.

"Alaa, tapi Zul tu macam suka you je. Dia dah berapa kali tanya pasal you." Janna mencebik muka. "You tak nak bagi chance kat dia ke?" Aku menggeleng kepala.

"Kenapa? Sebab you still nak kat Edri?" Soal Janna lagi. Aku geleng lagi kepalaku. Eh, kejap. Mana dia tahu nama Ed?

Tak sempat aku hendak mempersoalkan, pintu bilik kuliah dikuak dan masuklah lelaki yang telah berjaya mencuri hatiku. Pandangan pertamanya dilemparkan ke arahku beberapa saat bersama senyuman kecil di mata, sebelum dia memandang ruang kuliah dan menapak ke meja pensyarah.

"Okay, kalau you tak ada story, tak apa. Tapi, I ada." Janna sudah memulakan rutinnya. "I rasa I dengan Adam worked out great, last night. Dia layan I macam I satu-satunya perempuan kat karnival semalam."

"Good morning, class." Sapa Adam dengan senyuman lebar pada seluruh kelas sebaik mengeluarkan laptopnya dan memasang pada kabel projector. Bilik kuliah itu bergema dengan ucapan balas.

"Ooo, someone else is in a good mood, too." Ujar Janna di sebelahku. Aku rasakan pandangannya, tapi aku tak menoleh.

"We heard you won the Most Popular Chef kat karnival kulinari semalam, congratulations!" Seorang lelaki dari baris hadapan kelas bersuara, dan kemudian diikuti bunyi phewit dan siulan daripada rakan kelasku yang lain.

"Yes, I did. It was unexpected, but I did. Thank you." Jawab Adam.

"Is that the reason for your extra bubbly face this morning?" Tegur satu suara perempuan Cina pula. Aku mengetap bibirku, cuba menahan daripada tersenyum apabila wajah Adam bertukar kemerahan.

"He's blushing." Bisik Janna di tepiku, yang kemudian tertawa kecil. Adam turut mengetap bibirnya sambil memicit batang hidungnya dengan mata yang dipejam rapat.

"Why lah? Did you have an amazing night despite your team's lost?" Satu suara lain pula menyampuk dan Adam membuka matanya. Apabila sepasang mata coklat itu dilarikan ke arahku, jantungku terasa bagai digenggam, tak mampu bernafas.

"Aww, dia pandang sini! I knew it!" Janna, seperti selalu, menyangka pandangan itu dilemparkan untuknya. Selalu, aku akan rasa menyampah. Tapi pagi ini, hatiku ceria, so lantak Jannos lah. Mohon perasankan typo.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now