35 : Pisau Rambo

127K 2.4K 211
                                    

Telefonku berdering. Janna's calling.

"Hello." Sapaku, sambil menahan esak. "Qasha! Dah pukul 9 ni, you kat mana? Sekejap lagi nak mula dah ni." Janna kedengaran cemas. Belum sempat aku membalas, dia menambah, "You dah janji tau! Nama you pun I dah daftar tau! So, kalau you tak datang, Adam dengan I tak boleh bertanding!"

Aku menarik nafas dan mengelap hidungku. "Ya, ya. Sekejap lagi I sampai, dah on the way." Aku menipu. Kemudian, telefon terus aku matikan.

Sudah hampir sejam rupanya aku terduduk di kerusi workstation Adam ini, membelek borang itu bersama beberapa helai kertas lagi. Ada beberapa print outs tentang hukum penamaan dan status anak luar nikah, hukum menikahi gadis yang sudah hamil luar nikah dan bermacam lagi.

Wow, Adam betul-betul serius dengan telahannya tentangku.

Yang lebih menarik perhatianku adalah beberapa helai kertas A4 putih yang mempunyai pelbagai rajah dan anak panah. Apabila aku belek, ianya ialah flow chart yang Adam lukis untuk menyelesaikan masalah hubungan kami. Dia menjadikan keadaan kami sebagai 1 persoalan yang diselesaikan logik??

Kepalaku pusing cuba memahami rantaian rajah itu. Apa yang aku faham, semua kesudahannya seperti malapetaka saja bagiku. Sejujurnya, aku tak mahu faham pun aliran rajah itu sebab aku tak mengandung!

Telefonku berdering lagi sewaktu aku sedang mencari tempat untuk memparkir kereta. Aku abaikan dan terus ke tapak karnival kulinari di tengah-tengah fakulti.

Dari jauh, aku lihat Janna duduk bersama Adam dan sedang berbual mesra. Mereka rancak bergelak ketawa. Senyuman Adam yang sudah lama aku tak terima daripadanya itu tak lekang daripada bibir sewaktu bercakap dengan Janna. Dia juga memandang Janna tanpa mempedulikan gadis-gadis lain di sekeliling yang asyik memandangnya.

"Hai. Sorry lambat." Sapaku dengan hati yang berat. Janna terus mendongak, diikuti Adam yang menoleh ke belakangnya.

"Qasha! Yey, you dah sampai! Kejap lagi nak mula dah! Seram!" Janna menyapa kembali. Adam memandangku dengan dahi berkerut, kemudian menoleh kembali pada Janna. "Qasha is the 2nd student untuk team kita??"

Janna mengangguk teruja. "Surprise!" Tapi, Adam tak nampak gembira dengan kejutan ini.

"Dia pandai memasak ke?" Soal Adam, seolah-olah aku tiada di situ, berdiri memandang mereka. Tipulah kalau aku katakan aku tak tersinggung.

"Alah, I tak kisah pun menang atau kalah. I nak ambil pengalaman je masuk pertandingan ni." Janna menjawab. Wow, sekarang dah I-you-I-you dengan Adam. Satu pencapaian yang menyakitkan hati.

"Eh, kejap! I nak pergi ladies kejap, cuak sangat ni! Kejap lagi I datang balik!" Janna terus bangun dan berlari ke dalam bangunan untuk mencari tandas. Adam terus mengangkat kepala dan memandangku.

"Kenapa tak cakap awak second student team ni?" Soalnya dingin.

"Kenapa awak tak cakap awak wakil lecturer team ni?" Soalku kembali sambil memeluk tubuh. Adam memandang sekeliling, aku turut memandang sama. Dia menepuk kerusi Janna yang kosong dan aku faham maksudnya. Dia tak mahu perbualan kami didengari orang yang berdekatan.

"Kenapa nak masuk pertandingan ni? Awak bukan pandai memasak pun. Tak takut minyak panas ke?" Soalnya pedas sebaik aku duduk di kerusi Janna.

"Janna yang ajak saya. Kenapa awak tak tanya dia je kenapa dia ajak saya?" Aku menjawab lagi, tangan masih berpeluk tubuh.

"Awak balik jela nanti. Bagi jela apa-apa alasan lepas kita cabut stesen kita. It should be fine. Peraturan cuma state ketiga-tiga peserta wajib ada masa cabut nombor stesen." Cadang Adam perlahan tanpa memandangku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now