11 : Sikit Banyak

152K 2.2K 52
                                    

Tetamu sudah memenuhi ruang tamu di bawah. Sudah beberapa kali mama mengetuk pintu bilikku yang berkunci, namun aku buat tak endah. Sepasang kurung moden satin putih masih elok bersidai di pintu almariku. Aku tidak mahu keluar dan jam sudah hampir pukul 8, waktu aku sepatutnya turun untuk dinikahkan.

Bunyi kunci menjolok lubang pintu menarik perhatianku. Jantungku laju. Otakku ligat memarahi diri sendiri. Sepatutnya aku tak balik ke rumah malam ini. Sepatutnya aku lari saja dari rumah ini.

Tapi, hendak lari ke mana? Sejak kejadian di rumah Ed itu, aku merasa paling selamat di rumah ini, jadi harus lari ke mana lagi? Lari ke pangkuan Ed? Hatiku dihujani pelbagai persoalan tiba-tiba. Dimanakah Ed? Kenapa dia langsung tak cuba menghubungiku?

Persoalan itu semua terhenti apabila suara papa memecah keamanan yang kurasa di dalam bilikku. "Uqasha! Kenapa masih belum bersiap? Semua tetamu dah tiba, tok kadi pun dah sedia!"

"Qasha cakap, Qasha tak nak kahwin dengan Adam! Jangan paksa Qasha!" Aku membentak, dan wajah papa bertukar bengis mendengarkan kataku.

"Qasha jangan nak malukan papa dan mama macam ni. Papa dah kata keputusan papa muktamad. Qasha tetap papa nikahkan dengan Adam!"

"Qasha tak cintakan dia! Tolong jangan paksa Qasha hidup dengan lelaki yang Qasha tak cinta!" Airmataku mula tumpah. Hatiku sebak dengan tekad papa yang bersungguh mahu menyatukan aku dengan Adam.

"Cinta itu satu anugerah yang tuhan boleh beri atau ambil sekelip mata. Mungkin Qasha tak cintakan Adam hari ini, tapi perasaan itu boleh berubah dengan izinNya. Beri Adam peluang." Suara papa kini lebih lembut. Dalam tangisanku, aku sempat tergelak mendengar kata-kata papa.

"Boleh berubah sekelip mata? Seperti cinta papa dan mama? Kalau itulah fitrah cinta, Qasha lebih rela tak kahwin." Ujarku sinis.

"Di situlah silap Qasha. Jangan jadikan cinta papa dan mama sebagai contoh. Adam bukan papa, juga bukan mama. Sebab papa yakin dia boleh bahagiakan Qasha lah papa bertegas untuk satukan kamu berdua." Papa kembali bersuara tegas.

"Well, di situlah silap papa. Papa lupa yang Adam juga manusia biasa seperti papa dan mama." Airmataku masih mengalir namun esakan sudah terhenti. Hatiku berkocak dengan rasa tidak puas hati dengan pujian melambung papa untuk Adam yang tidak dikenali.

"Ya, dia manusia biasa. Tapi sekiranya papa dan mama yang berada di tempat Adam dan Qasha, papa akan bermatian menghilangkan diri. Papa takkan berani buat apa yang Adam buat sekarang." Bidas papa. Kata-kata papa membuatkanku tercengang. Belum sempat aku membalas balik, papa sudah pun keluar daripada bilik.

Tubuhku terjelepuk di katil. Tangisanku datang kembali, teresak-esak. Bantal di sisi aku ambil dan tekapkan di muka, meraung semahunya. Bunyi pintu bilik dibuka, kemudian ditutup tertangkap di pendengaranku.

"Please, papa, leave me alone! Qasha tak nak dengar apa-apa lagi daripada papa!" Teriakku di sebalik bantal. Tubuhku bergoncang melepaskan esakan.

"Qasha." Suara lain yang menjawab dan esakanku terhenti. Bantal di muka aku angkat sekelip mata dan pandanganku lari ke pintu. Adam memandangku sayu.

"Apa you buat dalam bilik I?! Siapa benarkan you masuk?!" Tubuhku terus bangkit dari katil dan pipi terus aku lap laju-laju dengan belakang tapak tanganku. Adam perlahan-lahan menapak menuju ke arahku yang masih terduduk di katil.

"Saya minta izin papa sekejap tadi. Saya perlu tanya awak sesuatu. Saya tahu awak tak cintakan saya, tapi adakah sampai tahap awak rasa benci pada saya?" Soalnya perlahan. Mataku yang berair terus kukesat kering dan aku lihat mata Adam seakan berkaca.

"So, you tahulah yang I tak cintakan you?" Tanyaku sambil mengelap hidungku yang berhingus.

"Saya dengar perbualan awak dengan papa tadi di luar pintu." Akui Adam. "Jawab soalan saya, Qasha. Benci sangat ke awak pada saya sampai awak tak boleh cuba untuk beri saya satu peluang?" Suara Adam bergetar. Entah kenapa hatiku terasa hiba saat mendengar tona suaranya.

"Adam." Aku bingkas bangun menghampirinya yang berdiri di tepi katil. Aku bersimpuh di hujung tilam menghadapnya dan kepalaku mendongak agar wajahnya dapat kutatap. Adam masih setia memandangku penuh pengharapan lalu aku raih sebelah tangannya dengan kedua tanganku. Aku sedikit terkejut kerana dia tidak menarik tangannya dari genggamanku.

"Adam, tolong. Tolong batalkan pernikahan ni. Saya tak cintakan awak, dan awak juga tak cintakan saya. Kita tak perlu lalui semua ni. Awak tak perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku malam tu. Kalau maaf daripada saya yang awak mahu, okay, saya maafkan awak. Just please, cakap dengan papa untuk batalkan pernikahan ni. Dia pasti dengar cakap awak." Rayuku lembut. Adam masih memandang anak mataku tanpa sebarang kata.

"Adam, tolong. Jangan buat saya macam ni. Awak mintalah apa saja, saya akan berikan, sikit atau banyak, saya sanggup lakukan. Cuma satu saya minta, tolong batalkan pernikahan ni." Tangannya aku genggam erat. Dialah satu-satunya harapanku kini.

Tanpa diduga, sebelah lagi tangan Adam naik dan menekap di telingaku. Ibu jarinya yang panjang mengesat pipiku yang basah. Nafasku seakan tersangkut saat tapak tangannya yang kasar menghangatkan wajahku. Kata-katanya yang menyusul kemudian membuatkan nafasku terhenti.

"Saya nak awak, Qasha." Suaranya seolah berbisik. Idea gilaku datang.

"Okay. Saya sanggup buat apa saja yang awak nak. Kita tak perlu menikah macam ni. Awak tak perlu nikahi saya untuk sentuh saya. Saya benarkan awak sentuh saya semahu awak, Adam." Aku tak pasti jika janji itu mahu aku tepati nanti, namun dalam keadaan terdesak untuk melepaskan diri begini, aku sanggup berjanji apa saja. Adam menggelengkan kepalanya.

Reaksinya membuatkanku semakin terdesak. Aku yakin dia sudah mula berkira-kira tentang tawaranku. Lelaki mana yang mahu menolak tawaran emas sebegitu? Aku cuma perlu meyakinkannya.

Belum sempat Adam menolak tawaranku, kedua tanganku terus dirangkul di lehernya. Aku melutut dan mengangkat punggung agar wajahku hampir separas dengan wajahnya, lalu bibirnya terus kusambar. Aku merapatkan tubuhku ke dadanya dan kedua tangannya meramas tepi pinggangku.

Kepalaku disengetkan sedikit agar ciuman itu dapat kudalami. Adam membuka mulutnya dan membalas ciumanku tanpa teragak-agak. Lidah kami bersentuhan dan aku mendesah perlahan. Tangannya tiba-tiba menolak tubuhku perlahan dan ciuman itu terhenti. Bagai dirasuk, aku masih mahu menikmati bibirnya lagi, lalu aku cuba mendekatinya kembali. Namun, kedua tapak tangannya pantas menekap leherku, menghentikanku.

"Jangan, Qasha." Pintanya dalam suara yang masih berbaur nafsu.

"Itu bukti kata-kata saya, Adam. Awak nakkan saya, you got me." Pujukku. Adam menggelengkan kepalanya dan berundur beberapa tapak ke belakang. Saat tangannya melepaskanku, aku terasa dingin.

"No, Qasha. Itu bukti saya gagal untuk kawal diri saya bila bersama dengan awak. Saya nakkan awak, Qasha, but not like this." Adam meraup wajahnya. Kemudian, wajahku ditatap penuh pengharapan.

"Qasha, tolong. Jangan buat saya macam ni. Awak mintalah apa saja, saya akan berikan, sikit atau banyak, saya sanggup lakukan. Cuma satu saya minta, tolong jadi yang halal untuk saya, Qasha. Halal untuk saya, seorang Adam." Pintanya dengan mata berkaca. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia terus berpusing.

"Saya akan minta sedikit masa lagi dari tok kadi sehingga selepas Isyak. Awak bersiaplah, ya." Katanya tanpa memandangku. Kemudian, seperti papa, dia juga hilang dari pandangan.

Aku toleh ke baju nikahku, kemudian ke tingkap. Yang mana satu?

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now