Teaser 5

1.5K 22 0
                                    

"Dah alang-alang jumpa Hana dekat sini, auntie nak jemput Hana datang rumah auntie esok. Makan tengah hari dekat rumah auntie. Hana datang, ya? Datang sekali bawa Amna dengan Safiyya."

"Err, Hana ...." Tak terluah mulutnya untuk menolak pelawaan tersebut. Dia melirik ke arah kedua-dua orang kawannya, meminta pertolongan.

"Hana datanglah, ya? Memang auntie dah lama nak ajak Hana datang makan dekat rumah auntie sebab Hana dah tolong Uncle Luqman hari tu. Anggap aje ni sebagai tanda terima kasih kami pada Hana."

"Tapi Hana tak ada tolong apa pun, auntie. Hana cuma teman Uncle Luqman aje hari tu." Dia masih cuba untuk mengelak.

"Dia tak naklah tu, umi," sampuk Fahri tiba-tiba.

Terus membulat mata Hana. Lelaki itu hanya menayang riak wajah bersahaja. Hana menggigit bibir dengan perlahan ketika dia dihimpit rasa serba salah.

"Kalau Hana tak nak, tak apa. Auntie tak paksa." Puan Husna tersenyum nipis, memberi makna yang dia langsung tak berkecil hati.

Hana berpaling ke sisi bila Amna mencuit pinggangnya. Amna membuat isyarat mata menyuruhnya menerima saja pelawaan Puan Husna.

"Auntie balik dululah kalau macam tu. Jom, Fahri."

"Err, auntie!" Pantas dia menyambar tangan Puan Husna. "Okeylah, esok Hana datang dengan dia orang sekali." Rasa bersalah melihat Puan Husna yang bersungguh mengajaknya membuatkan dia tak sampai hati untuk menghampakan permintaan itu.

Fahri menunduk memandang lantai sambil menyembunyikan senyuman sebaik sahaja Hana menyatakan persetujuan itu. Sejujurnya dia tak tahu langsung tentang rancangan Puan Husna mahu menjemput Hana datang ke rumah esok. Tak sia-sia dia bawa umi keluar membeli barangan dapur hari ini.

Kerana Terluka [TERBIT]Where stories live. Discover now