Teaser 2

879 14 0
                                    

"You cabut rumput-rumput tu, tak takut ke kena marah dengan orang majlis bandar raya yang jaga landskap taman ni?" Keningnya terjongket tinggi menyoal Hana yang masih membisu. Sengaja dia mahu mengusik.

Senyap.

Fahri menapak semakin dekat dan duduk bertinggung betul-betul di hadapan wanita itu. Dapat dilihat dengan jelas alis lentiknya masih tersisa dengan kesan air mata. Mata dan hidungnya juga masih merah.

"I'm talking to you."

Hana kaget. Duduknya dibawa mengesot sedikit ke
belakang.

"Sorry, I don't talk to strangers." Laju Hana berdiri sambil menggengam erat tas tangannya.

"But you just did. Kenapa you menangis tadi?"

Tak jadi Hana mahu melangkah pergi dari situ. Matanya melilau. Tiada sesiapa di sekitar situ melainkan mereka berdua sahaja. Sebenarnya, sudah berapa lama dia diperhatikan sehingga lelaki itu boleh tahu dia menangis tadi? Kenapa dia langsung tak sedar?

"It's none of your concern." Keluar tak keluar saja suara Hana.

"I know who you are, so you are my concern."

Berlapis-lapis dahi Hana mendengarkan itu. Lelaki ini kenal dia? Tapi dia tak kenal lelaki ini siapa. Makin takut Hana jadinya. Macam mana kalau lelaki ini orang jahat? Sudahlah hanya mereka berdua di situ.

"Maaf, saya tak kenal encik." Terus saja dia memusingkan badan, mahu lekas-lekas pergi.

Kerana Terluka [TERBIT]Where stories live. Discover now