"Err...j...jadi?" Ickey kembali meletakkan kain tersebut di tempat asal.

"Darren lagi hot, okay!" Ucap Ayrena sebelum berlalu pergi.

Ickey terpinga-pinga sebelum meneruskan perjalanannya ke pintu utama. Dia baru saja lepas balik daripada jogging di kawasan luar.
"Eh bos, nak keluar ke?" Tegur Ickey sebaik saja nampak Darren keluar seperti terburu-buru.

"Hurm, aku nak keluar." Darren betulkan topi di atas kepalanya.

"Bos bawa cik Ayrena?"

"Yes,"

"Tapi tak ke bahaya bos? Budak Carlos ada dekat mana-mana je,"

"Don't worry. Aku pergi dating sekejap je. Kalau ada apa-apa pandailah aku selesaikan."

"Pandai bos sebut perkataan tu sekarang. Kalau tak, dulu geli dengan perkataan tu."

"Cuba-cuba je. I've gotta go," Darren tepuk bahu Ickey beberapa kali sebelum bergerak ke parkir kereta.

"Apa-apa je lah bos, asalkan bos bahagia." Ickey terus masuk ke dalam mansion tanpa berdalih.

"Ayrena," panggil Darren dari jauh mencari-cari figura isterinya.

Ayrena memusingkan badan.
"Yes, I'm here hubby." Tangan diangkat tinggi. Sedaya upaya dia melambaikan tangan agar Darren nampak.

Darren datang kepada Ayrena dengan tersengih.
"Apa dia? Tak dengar lah!" Kepalanya ditundukkan sedikit sehingga bibir dia benar-benar berada di sebelah telinga Ayrena yang masih berlapikkan tudung.

"Hurm? Tak dengar apa?" Ayrena buat-buat tak faham. Merah pipinya sekarang. Haih Darren ni suruh ulang pula! Sudahlah dia ni pemalu orangnya.

"Tadi, apa yang kau cakap? Ulang balik, aku tak berapa dengar lah,"

"Ulang apa? Yes?" Ayrena ulang semula seperti apa yang Darren mahu.

"Ulang semula apa yang kau cakap tadi,"

"Yes, i'm here!"

"Bukan tu, lagi satu." Tangan Ayrena digapai dan dipegang erat.

"Itulah yang saya cakap,"

"Haish!" Darren kecilkan mata memandang Ayrena. Tak apa, masih ada masa lagi Darren!

"Bos kereta dah siap," Botak menjerit daripada jauh. Daripada tadi dia melihat adegan Ayrena dan Darren yang sedang tersipu-sipu malu. Sebelum dia naik menyampah, lebih baik bos dengan cik Ayrena pergi keluar cepat-cepat. Tak adalah jiwa single dia meronta-ronta.

"Jom, honey!" Darren melepaskan tangan Ayrena sebelum menghulurkan tangannya kembali seperti lagak seorang putera sedang mengajak seorang puteri.

"Jom," Ayrena satukan tangannya dengan tangan Darren.

"Silakan masuk," pintu kereta di bahagian passenger Darren buka dengan luas. 

"Thank you,"

"My pleasure," Darren tutup pintu kereta serapatnya. Seterusnya dia bergerak ke bahagian pemandu.

_____________________

"Aduh sakitnya tangan aku," rungut Bob sambil masuk ke ruang dapur.

Nampak saja ada kuda di dapur, Bob terus mencari pasal.
"Sebab kau lah ni, habis sakit satu badan aku." Bising Bob. Muncung saja mulutnya sambil mengambil air di dalam peti.

"Aku pula, kau tu yang kena bersenam sikit. Aku pun pumping macam kau, tak ada pun sakit-sakit badan. Cumanya itulah, aku ni jujur tak kiralah sampai melangkau nombor-nombor. Agaknya sebab itulah kau sakit badan, sebab main tipu." Kuda sambung berdebat. Kalau Bob ni nak mencari pasal, dia pun boleh.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora