PART 49

8K 424 8
                                    

Papa! Kenapa orang tu hantar papa? Bukan ke Abang Qash yang sepatutnya ambil papa dari office kan?" Ayrena peluk tubuh. Lagak makcik jaga menyoal dah saat ini. Elok dia berdiri di depan pintu rumah. Mana taknya sedang dia asyik gilap kasut Adrian, tiba-tiba mata dia dipancar dengan sinaran lampu kereta yang terang benderang yang masuk ke kawasan parkir. Ingatkan Prince Charming yang ingin menjemput. Baru saja dia nak senyum lebar. Tiba-tiba yang keluar dari perut kereta merupakan lelaki yang sudah tua berkedut. Hurmm! terus mati lah senyum dia.

Tuan Razi masih kekal berdiri pegun sambil lambai tangan ke arah kereta tersebut. Terus menerus dia pandang sebuah kereta berjenama Bentley hingga hilang dari ekor mata.

"Orang tu? Siapa?" Pura-pura tidak tahu kembali pandangan Tuan Razi bertaut ke arah Ayrena. Jari telunjuk Tuan Razi mulai naik ke dahi. Digosok-gosok pelapis dahi yang kian berkerut dek soalan si anak gadis.

"Pura-pura tak tahu pula. Papa ada apa-apa ke dengan dia?" Kecil besar kecil besar saja dia pandang Tuan Razi. Bukannya dia tidak perasan siapa yang hantar papa. Tengok pada nombor plat saja dah dapat tebak.

"Dah kenapa pula papa nak kena ada apa-apa dengan si Darren tu pula. Papa lelaki, Darren tu pun lelaki. Ayrena tak perlu nak fikir negatif sangat. Hurm! Sambil-sambil Ayrena dekat sini, tolong ambilkan papa air, boleh?"

"Kejap! Papa tunggu dekat sofa ni. Ayrena belum settle dengan papa."

"Nah papa!" Segelas Air masak dihulurkan. Elok disambut oleh Tuan Razi. Tiga saat gelas itu dah kosong dan dikembalikan semula kepada Ayrena.

"Papa dah lama ke kenal Darren tu? Rapat semacam je. Seminggu Ayrena duduk sini, dah seminggu juga papa balik lewat. Ayrena call PA papa tadi dan dia cakap papa dah balik. Pelik juga lah Ayrena. Kalau dah balik pukul 5 petang tapi pukul sembilan malam pun belum sampai. Jauh sangat ke company tu dari kita punya rumah?"

Tuan Razi masih diam tidak berkutik. Membiarkan Ayrena yang masih membebel kalah si mama dia menghabiskan percakapan dahulu.

"Kan papa dah cakap yang Darren tu kenalan rapat papa masa dekat France dulu. Dia yang banyak bantu papa masa syarikat kita jatuh teruk dulu. Dan papa banyak terhutang budi dengan dia, Ayrena. Jadi, papa harap dan papa tak nak dengar Ayrena ada buat hal dengan dia, faham?"

"Papa ni sebab dah terlampau rapat dengan Darren tu ke sampai cara percakapan papa pun dah nak dekat macam Darren yang bercakap. Faham! Faham! Faham! Tak habis-habis." Ajuk Ayrena.

"Ayrena dah pernah jumpa dengan Darren ke? Papa rasa haritu Ayrena tak sempat lagi jumpa dengan Darren disebabkan kes yang Ayrena pengsan tu." Mulai Rasa ragu, dia soal Ayrena dengan wajah yang mulai berubah.

"T...t...t..tak! Tak! Tak pernah jumpa. T...tak kenal pun! Darren? S...siapa tu?" Dia pandang ke arah sisi. Dicepuk bibir yang sudah terlepas kata. Bagaimana boleh cakap sebegitu tadi.

"Dah lah papa! Papa mesti penat kan? Haaa! Apa kata papa naik atas pergi rehat. Biar Ayrena settlekan apa yang patut."

"Hurm itulah! Papa penat sikit harini, papa naik dulu, ya." Briefcase diperkemaskan tautan. Dipijak satu persatu anak tangga. Hingga dia terhenti di satu anak tangga dan kembali berpusing tubuh.

"Ayrena mula kerja semula bila? Dah seminggu kan Ayrena cuti. Nanti tak terurus pula cafe tu kalau Ayrena cuti lama-lama."

"Lusa, papa! Ayrena ingat, esok nak pergi shopping dengan mama. Rasa macam lama tak luangkan masa dengan mama. Jadi hari esok Ayrena last cuti."

"Ouh! Kalau macam tu papa masuk bilik dulu. Ayrena jangan tidur lewat sangat pula." Jatuhkan anggukan berkali-kali terus dia sambung langkah yang tergendala.

"Baik papa! Goodnight! Mimpi indah!" Atur langkah ke arah dapur, Ayrena letakkan gelas ke dalam singki. Niat ingin membasuh pinggan yang masih tersisa namun terbantut saat bunyi deringan panggilan telefon bergema di ruangan dapur.

Lihat skrin telefon, Ayrena pamer wajah tidak percaya. Adakah dia sedang bermimpi? Tidak pernah-pernah Darren Del Lucca call dia. Ini, pertama kali dalam sejarah.

"Nak cakap apa ni? Kena praktis dulu. Hello! Hello Darren? Hello papa Mia? Tak sesuai! Hello Encik Darren? Terlampau formal. Hello awak! Hai awak! Tak boleh! Tak boleh! Elok dilabelkan ulat bulu, nanti tak pasal-pasal dia labelkan ulat gonggok pula. Hurmm. Woi! Hel...hello Darren! Haaa. Hello Darren! Nice! Nice."

Tanpa lengah terus dia tekan satu butang untuk menyambungkan panggilan mereka berdua.

"Hello!"

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now