PART 69

7.3K 412 13
                                    

3 hari sebelum perkahwinan.

"Ayrena!" Panggil Atheena saat dia tengok Ayrena tak macam bakal pengantin. Tak sibuk macam bakal pengantin lain. Pakej goyang-goyang kaki tu yang tak boleh.

"Yes?"

"Kau dah cari baju, hantaran, semua tu? Aku ni tak pernah berkahwin, jadi aku tak tahu nak uruskan apa." Atheena hempas tubuh di sebelah Ayrena.

"Entah! Mr Cruel tu cakap aku tak perlu buat apa-apa. Dia dah uruskan semuanya. Sebab tu aku goyang kaki je ni . Dia cakap juga esok ada orang hantarkan baju nikah."

"Dia pilihkan baju kau?"

"Taklah. Aku pilih sendiri. Dia hantar pada aku online katalog, minggu lepas. Aku pilih yang paling mahal." Ayrena angkat kening berkali-kali. Kau hado?

"Kau tunggu aku kahwin nanti, aku balas balik." Atheena balas dengan jelingan tajam.

"Okay, aku tunggu."

"Kau dah beritahu umi, Abi dengan Nik?" Tanya Atheena lagi.

"Aku dah beritahu. Nik baru beritahu, Umi dengan Abi pergi Umrah. Nik pula ada kerja dekat Australia."

"Jadi yang datangnya pekerja-pekerja kita je lah kan?"

"Hurm!" Ayrena angguk. Mata dah rasa kabur dengan air mata yang sudah bertakung. Rasa nak nangis pula.

"Atheena. Aku nak minta tolong kau boleh?" Ayrena bangun dari pembaringan.

"Tolong apa?"

"Aku nak minta kau tolong aku carikan tok kadi yang paling sibuk dekat Malaysia ni, boleh?"
Separuh berbisik. Dia pandang Atheena penuh pengharapan.

"Ini kes tak nak kahwin lagi lah ni, kan? Nak lambat-lambat kan perkahwinan kau." Tebak Atheena. Dia bukannya baru kenal Ayrena minggu lepas.

"Tolonglah aku. Nanti kau bagi nama tok kadi tu kat aku."

"No problem! Sekarang juga aku cari."

_____________

"Bos ini maklumat yang bos nak." Ickey hulurkan satu sampul surat.

Tanpa lengah, Darren bawa keluar isi di dalam sampul surat tersebut.  Diteliti setiap maklumat satu persatu.

"Perempuan yang Mia cerita tu, nama dia Zalikha Ammara. Perempuan ni yatim piatu dan ada seorang abang. Abang dia Inspektor Zahryd Ammar. Saya pasti bos kenal dengan abang perempuan ni."

"Hurm!" Dibelek lagi kertas yang ada.

"Perempuan ni pernah berkerja dekat banyak tempat, tapi setiap tempat yang dia kerja tu, dia berhenti tiba-tiba. Saya pun tak tahu apa masalah dia. Dia juga ada join satu kumpulan gangster ni. Tapi, gangster kecil-kecilan je, bos." Terang Ickey lagi.

"Dan yang terakhir dia kawan cik Ayrena. Satu sekolah dan satu kolej dengan Cik Ayrena dulu."

"Okay. That's all?"

"Ada lagi satu bos! Tapi, ni tentang bakal isteri bos."

"Hurm! Kenapa dengan Ayrena?"

"Cik Ayrena baru tambah satu syarat dia." Ickey dah menunduk.

"Syarat apa?" Tali tie dilonggarkan. Syarat apa lagi yang si Ayrena mahukan.

"Cik Ayrena cakap, Cik Ayrena nak tok kadi yang cik Ayrena sendiri pilih. Sebab cik Ayrena ada maklumkan, tok kadi ni limited edition. Dia punya service memang tip top."

Berkerut kening Darren apabila mendengar perkataan limited edition.

"Haih! Tok kadi pun ada limited edition?" Darren dah urut dahi.

"Tak kisahlah, kau uruskan yang itu juga"

"Baik bos! Saya keluar dulu." Ickey mula bertapak keluar.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now