PART 64

7.3K 427 34
                                    

"Hello, bos!" Suara Bob dari dalam panggilan seakan berbisik.


"Hello! Kau nak apa Bob?" Darren jauhkan mic. Sudahlah dia tengah meeting. Baru ingat tak mahu jawab, si Bob ni spam call pula. Nak atau tak, terpaksa lah dia angkat.

"Bos! Bos! Bos! Saya nampak cik Ayrena." Bob duduk bersandar di sisi kereta. Sedaya upaya dia cuba untuk menyorok agar tiada siapa yang nampak. 


"Dekat mana?"


"Dekat cafe cik Ayrena. Cik Ayrena datang cafe, bos." Bob teruskan melapor. Tidak sia-sia dia menghendap harini.


"Dia sorang ke?" Soal Darren.


"Sorang lah bos! Bos expect dia dengan siapa? Saya? Saya ni tengah menyorok ni Bos. Risau si singa Muay Thai tu nampak saya."



"Okay! Lepas meeting nanti aku datang sana."


Tit!

"Bos! Bos? Bos? Bos ni orang tak habis cakap lagi dah tutup."

____________

"Cik Ayrena, ada orang nak jumpa dekat luar." Nadine panggil Ayrena dari dalam Office.



"Siapa? Tolong jangan cakap si jerebu tu lagi."



"Tak! Bukan jerebu minah senget tu. Ini, orang lain." Laju saja Nadine bagi jawapan. Kalau si jerebu tu yang datang, memang tidaklah dia akan cakap baik-baik macam ni. Silap- silap dia dulu yang heret bawa keluar perempuan tu.


Melangkah keluar, Ayrena mencari-cari sosok yang ingin berjumpa dia.


"Mana? Si Nadine ni tipu aku ke?"

Namun pencarian dia terhenti saat mata tertancap pada satu batang tubuh yang sedang melutut di hadapan dia.


"Eh! En...Encik Darren buat apa ni?" Ayrena tanya soalan cepumas saat Darren sudah terlihat melutut.


"Aku nak ikat tali kasut, takkan aku nak melamar kau pula."


Kata-kata Darren Lantas buat Ayrena berpaling ke arah lain. Perasannya kau Ayrena. Baru saja bibir ni nak cakap Yes!


Selesai ikat tali kasut Darren bangun berdiri.

"Aku ganggu kau ke?"


"Ganggu lah juga. Kenapa ya? Encik Darren nak jumpa saya ni atas sebab yang penting atau tidak?"


"Tak penting mana pun. Saja je. Aku datang sini, nak melawat kawasan sini je. Dah alang-alang tu aku sampai kawasan ni, aku datanglah cafe kau ni."



"Ickey!" Bob berbisik di telinga Ickey.


"Apa dia?" Bisik Ickey kembali.

"Bukan ke bos yang suruh kita cari dekat mana cik Ayrena? Kenapa bos cakap lain?"


"Kau macam tak kenal bos pula. Itukan bos! Keluarga Del Lucca mana pernah turunkan ego." Perlahan saja Ickey jawab persoalan Bob.



"Ambil cuti separuh hari. Aku ada hal nak settlekan dengan kau." Darren beri arahan.

"Kenapa pula? Tak boleh! Nak bincang, dekat sini pun boleh bincang." Ayrena beri bantahan. Jual mahal sekali sekala apa salahnya.



Baru saja dia nak tunjuk taring sikit, Darren dah bagi satu bisikan jahat yang lantas buatkan Ayrena akur.


"Fine, sekejap! Saya ambil handbag."



"Kau rasa bos bisik apa sampai merah-merah muka cik Ayrena?" Bob bisik pada Ickey.


"Entah, kau rasa?"


"Aku rasa bos cakap I miss you. Ataupun I love you!" Bob Buat tekaan.


"Aku rasa bos tak bisik tentang cinta pun."



"Ickey!"

"Ya, bos?"


"Kunci kereta." Darren hulur tangan.



"Bos nak bawa ke?"


"Hurm! Aku bawa. Aku ada hal sekejap. Kau balik dengan Bob."


"Baik, bos!"


"Bob, jom balik." Ickey paut lengan Bob saat Darren dan Ayrena sudah hilang dari pandangan mata.


"Ickey!"


"Hurm!" Pandang Bob, Ickey angkat kening.


"Macam mana kita nak balik?" Soal Bob.


"Kenapa pula? Naik kereta lah! Kau bawa kereta kan?"


"Harini aku bawa basikal."


"Huh! Kau bawa basikal?"

Bob Angguk.


"Habis tu macam mana?"

"Apa kata, kau bawa basikal, aku duduk dekat tempat duduk belakang." Bob beri cadangan.


"Banyak lah kau."









Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now