PART 85

6.7K 392 11
                                    

Ayrena berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Daripada tadi dia tidak boleh duduk dengan tenang. Tengok kiri, tengok kanan, ada saja yang tidak kena.

Sejak Darren dan semua anak buahnya berkejar ke hospital tadi, dia langsung tidak dengar khabar berita. Telefon di tangan pun masih senyap tidak berdering.

Puas dia menilik telefon itu beberapa kali dengan harapan ada sebarang berita yang akan dimaklumkan, namun masih lagi hampa. Sudahlah dia berseorangan saja di dalam mansion. Yang ada cuma seorang guard yang menjaga di luar. Keadaan rumah masih lagi senyap sunyi.

Hati masih lagi berdetak risau bila teringatkan kekecohan yang baru saja berlaku tadi.

Flashback

"Bos, bertahan bos. Bertahan." Bob memberi kata-kata sokongan sambil mengekori Ickey dan Ezra yang memapah Darren sambil menuruni anak-anak tangga.

Dilihat wajah Darren yang sudah memerah membuatkan mereka semakin melajukan langkah. Mata Darren terpejam, namun masih lagi gagah untuk melangkah.

"Cover bos! Cover bos! Jangan bagi hilang macho bos." Suara Kas juga kedengaran dari ruangan tangga sambil mengikut rapat Darren yang sedang dipapah. Masing-masing sudah kelam-kabut.

Jo pula berlari cemas dari tingkat atas ke bawah dan berselisih dengan Ayrena di anak tangga dengan memegang satu dulang di tangan.

"Cik Ayrena! Cik Ayrena duduk rumah diam-diam. Jangan pergi mana-mana. Biar saya dengan yang lain uruskan bos. Saya pergi dulu." Jo yang tidak sempat menanggalkan Apron dan topi chef terus menuruni anak tangga dengan laju.

Ayrena ikut sehingga di luar rumah sehinggalah dua buah kereta menyusur keluar dari perkarangan mansion.

End flashback

TANG!
TANG!
TANG!
TANG!

Tiba-tiba saja kedengaran bunyi yang entah daripada arah mana.

Ayrena telan liur!

Sudahlah sekarang sudah masuk pukul 1.30 pagi. Rumah cantik dan besar macam ni pun ada kisah mistik ke?

Ayrena meninjau keadaan sekeliling. Perlahan-lahan langkah dia maju ke arah dapur. Firasat hati dia kuat mengatakan bunyi itu datangnya daripada arah dapur.

Sampai saja di dapur, bunyi itu masih lagi tidak berhenti. Malah makin membuatkan perasaan berani Ayrena semakin menghakis saat bunyi itu semakin kedengaran dengan lebih kuat.

Pelbagai sudut dan ruang Ayrena jelajah masih lagi tidak menjumpai di mana punca bunyi tersebut. Namun, serta merta langkah Ayrena terhenti saat teringatkan sesuatu.

"Basement!" Jantung dia bagaikan sedang berlari saat ini. Berdetak sungguh laju.

Bila diingatkan balik ingatan dia masih jelas dengan bait perkataan yang Darren kerap kali ingatkan pada dia.

"Jangan pernah cari tahu dan jangan pernah pergi tempat yang aku larang, faham?" Ayrena menghampiri kawasan di mana kedudukan pintu memasuki basement berada. Benarlah sangkaan dia, bunyi itu datang daripada bilik ini. Kedudukan pintu rahsia yang berada di balik almari itu tidak tertutup dengan rapat, dan menyebabkan bunyi daripada basement boleh terdengar hingga ke luar. Setahu dia, kebanyakan tempat di dalam mansion Darren, kesemuanya soundproof.

Ayrena kuak luas pintu tersebut. Perlahan-lahan dia berjalan memasuki kawasan gelap basement. Namun, kali ini dia mengambil laluan di lorong kiri.

"Kalau lorong kanan ada gelanggang, lorong kiri ada apa?" Ayrena buka lock screen telefon. Kemudian bahagian torch light disentuh menggunakan hujung jari. Sekelip mata saja bilik bawah tanah itu sudah dipenuhi dengan cahaya telefon Ayrena.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now