PART 87

6.1K 394 31
                                    

Buka saja mata, Ayrena regangkan tubuh lalu bangun daripada katil. Iris mata yang berwarna hitam pekat itu terus menerus beralih arah. Penuh teliti dia melihat keadaan sekeliling. Terus terukir senyuman di tubir bibir Ayrena apabila dia kenal pasti sesuatu.

"Bilik ini bilik Darren? Darren? Darren ke angkat aku? Argh! Malunya." Ayrena sembamkan wajah di atas bantal gebu yang ada di atas katil bersaiz king. Bila teringatkan sebab mengapa dia pengsan, terus Ayrena angkat wajah kembali. Muka yang tadinya memerah kerana malu, kali ini merah disebabkan perkara lain.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.10.

"Perempuan tu." Kaki dibetulkan hingga jejak ke lantai. Perlahan Ayrena bangun berdiri dan tuju ke arah pintu.

"Nak pergi mana? Buat kecoh lagi?" Terdiam. Ayrena pusingkan badan menghadap figura yang menyapa.

"Buat kecoh? Saya? M...mana ada. Bila masa saya buat kecoh?" Nafi Ayrena. Panas pula rasa! Ini tanda-tanda Darren nak sebelahkan si perampas itu.

Darren masih berdiri berdekatan katil. Sebelah tangan mencapai telefon bimbit. Sebelah tangan lagi sedang mengeringkan rambut nya. Jelas sekali Darren baru saja lepas mandi disebabkan masih ada bathrobe yang tersarung di tubuh.

Sedikit sebanyak Ayrena tergugat melihat apa yang terhidang di depan mata. Darren dengan beard yang terletak kemas. Kekacakan Darren lebih terserlah dengan iris mata yang berwarna hazel yang menonjolkan lagi aura kekacakan dan maskulin Darren. Tak boleh di nafikan sebab itu juga Ayrena jatuh cinta pada Darren.

Sebelum dia berangan lebih jauh, Ayrena tampar pipi sendiri.

"Kawal Ayrena! Sikit-sikit sudah." Ayrena pejam mata. Kemudian dia teruskan tingkah yang terbantut.

"Sudah, Ayrena. Jangan buat kecoh. Tak malu ke? Dengan apa yang kau dah buat semalam tak rasa apa-apa ke?" Darren menghalang.

"Kenapa nak kena malu? Awak jangan cakap awak nak sebelahkan perempuan tu. Kenapa? Awak sayang dia sangat ke? Perampas tu?"

"Aku tak sebelahkan sesiapa pun. Lebih baik kau pergi mandi dulu. Nanti lepas mandi aku explain."

"Nak terangkan apa lagi Darren. Awak jangan cakap awak dah duakan saya. Darren, awak sedar tak kita baru je Kahwin? Kita baru nak mulakan hidup? Awak sedar ke tak ni?" Naik meninggi suara Ayrena. Kalau tadi dia masih berlembut, tetapi tidak untuk kali ini. Darren langsung tak mahu menangkan dia.

"Ayrena, relaks. Calm down. Aku, tak pernah menduakan kau dan tak akan." Reaksi Ayrena terlihat sinis. Tidak dia jangka lelaki ini manusia bertopengkan buaya.

"Listen, Ayrena." Darren mendekat ke arah Ayrena. Merapatkan tubuh mereka hingga jarak mereka berbaki hanya beberapa inci. Kedua tangan memegang kedua-dua pipi Ayrena supaya menghadap wajahnya.

"Look at my eyes. Kau tanya aku sama ada aku sayang dia ke tak? Yes, of course. Because she's my mother, Ayrena. She's my mother. And you're my wife. The only one. Aku tak rancang nak perkenalkan kau dengan mama dalam masa yang terdekat ni. Tapi, aku tak sangka mama, papa, Grandma dengan grandpa tiba-tiba datang Malaysia. Aku betul-betul minta maaf. Semua ni di luar kawalan aku."

Bagaikan terasa aliran elektrik, Ayrena kaku.

"She's my mother, Ayrena. She's my mother." Bergema suara Darren dalam fikiran Ayrena.

"Your mother?"

Darren angguk!

"My mother in law?" Tanya Ayrena lagi.

"Yes, your mother in law."

"Darren, kenapa awak tak bagitahu awal-awal. Awak tahu tak saya dengan mama awal bergaduh? Saya ingatkan dia orang ketiga. Saya ingatkan dia nak rampas awak dari saya. Saya..." Ayrena tundukkan wajah. Apa yang patut dia buat sekarang.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now