PART 96

6.2K 397 35
                                    

"Darren, boleh saya masuk?" Rayu Ayrena perlahan di muka pintu. Sehabis baik dia kawal rasa geli hati yang bertandang. Mana tidaknya, selepas saja Darren beredar dari ruang tamu dan meninggalkan dia dengan Ezra, terus Darren masuk ke bilik mini office dan sambung membuat kerja yang tertunggak.

"Tak boleh, aku sibuk." Mendatar saja Darren balas.
Lagi bertambah senyum Ayrena mendengar apa yang Darren tuturkan.
"Alahai, Encik Darren saya ni cemburu ke?" Ayrena menapak masuk dengan membawa dulang makanan. Dulang itu diletakkan dengan berhati-hati di atas meja kecil berhadapan dengan sofa.

"For what?" Sinis Darren menghantar jelingan. Kemudian buku di atas meja diambil dan diangkat tinggi hingga menutupi seluruh wajah.

Ayrena tidak dapat berselindung lagi. Kali ini, senyumannya tidak dapat disembunyikan hingga menampakkan sebaris gigi putih.

Dia meneruskan langkah ke arah kerusi kulit yang Darren sedang duduk bersandar.

"Jom kita makan, mesti awak lapar. Jom makan. Saya suapkan!" Ayrena berdiri sambil bersandarkan meja kerja Darren.

"I don't want. Kau keluarlah pergi sana. Pergi tolong suap Ezra tu. Kesian dia tak larat makan. Nak minum air pun macam tak larat tu, pergilah tolong dia angkatkan cawan. Pergi layan dia baik-baik. Aku ni cuma ibarat tunggul kayu je. Bukan main tadi elok layan Ezra. Tadi aku panggil kau banyak kali, kau buat apa? Kau hiraukan aku. Pergilah, Ayrena. Aku ini kan tak sempurna. Aku ini orangnya jahat. Mana tidaknya orang tu nak layan aku ni baik-baik, kan?" Panjang lebar Darren meluah sambil menilik buku di tangan yang diangkat tinggi.

"Haih," Ayrena cekak pinggang. Baru saja dia hendak bergurau-senda, Darren sudah makan hati. Tak disangka pula Darren ini cemburu sampai ke situ. Niatnya hanya untuk menolong Ezra dan tidak mungkin lebih daripada itu.

Ayrena merapatkan jurang antara dia dan Darren.

"Saya tahulah awak seorang lelaki yang suka menimba ilmu dan suka membaca buku. Tapi saya tak tahu pula yang suami saya boleh baca buku secara terbalik. Kepala awak boleh berpusing ke bawah sampai 180 darjah ke?" Terus buku di tangan Darren ditarik oleh Ayrena dengan sebelah tangan sebelum ditutup dan diletakkan di atas meja kembali. Sebelah tangan lagi direhatkan di kerusi Darren.

Belum sempat Darren bangun daripada kerusi, serta merta Ayrena tahan tubuh Darren menggunakan semua keupayaan yang dia ada.

"Saya tak habis lagi,"

"What? Aku sibuk, tolong jangan kacau aku." Darren tepis kedua-dua lengan Ayrena ke tepi dan bangun berdiri. Setakat kudrat yang Ayrena ada, apalah sangat nak dilawan dengan kekuatannya sebagai seorang lelaki. 

"Darren,"
Ayrena mengejar figura Darren yang berjalan masuk ke dalam perpustakaan.

"Darren wait for me," Lengan Darren ditarik dari belakang membuatkan Darren berhenti dari melangkah.

"Scusa..."

"Mio marito," sambung Ayrena sebelum menundukkan wajah. Tangan kanan Darren dicapai dan disua ke ulas bibir. Dikucup oleh Ayrena beberapa kali.

"Prometto che non lo farò più." (I promise I won't do it again.) Pujuk Ayrena lagi. Pinky promise diangkat tinggi separas bahu.

Darren berdiri tegak tidak bergerak. Bagaikan sesuatu telah merenjat batang tubuhnya sebentar tadi.

"Puoi parlare la lingua italiana?"(You can speak Italian language?)

"Parlo un po' di italiano." (I speak a little Italian.)  Tutur Ayrena lagi sambil senyum hingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Nampaknya pujukan dia berhasil. Hanya menggunakan bahasa Itali, sudah dapat memujuk hati Darren. Tidak sia-sia dia mengambil kelas bahasa Itali masa dia bergelar student dahulu.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now