PART 114

4.5K 305 42
                                    

Seminggu kemudian

"Esok nak dating ni, macam mana kalau kena reject lagi?" Bob berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. Coat hitam yang dipakai dipisahkan dari tubuh dan dicampak ke atas katil. Ke hulu ke hilir Bob berjalan di dalam kawasan bilik. Hatinya gusar memikirkan perkara yang akan jadi pada hari esok.

Tanpa Bob sedari ada seseorang yang sedang melihatnya daripada tadi. Ayrena kecilkan mata sambil mengintai Bob daripada dalam almari baju. 

Daripada tadi dia duduk di dalam bilik Bob. Merajuk dengan Darren katakan.

Bob berjalan ke arah almari untuk mengambil pakaian ganti. Terbuka saja pintu almari Bob terjerit kecil.

"Arghh! Cik Ayrena. Buat apa dalam almari ni? Nak stalk abang Bob lah tu," Bob memandang Ayrena yang sedang duduk berpeluk tubuh di dalam almari nya.

"Jangan perasan lah abang Bob. Sudahlah, jangan kacau Ayrena," Ayrena pejamkan mata kembali. Bob terdiam apabila melihat Ayrena kembali bersandar di dinding almari dengan mata yang terpejam.

Tok!

Tok!

Tok!

Bob!

Dengar saja suara Darren dari luar bilik terus Bob pucat lesi. Dia tutup pintu almari dan buat seperti biasa.

Bob buka pintu bilik. Hanya kepalanya yang menjengah keluar.

"Ya, bos? Ada apa-apa ke?" tanya Bob. Tidak dinafikan dahinya dah berpeluh-peluh. Dengan Ayrena yang masih duduk diam di dalam almari lagilah Bob risau.

"Nampak Ayrena?"

Bob gelengkan kepala.
"Tak nampak,"

"Betul tak nampak?" Terjongket kening Darren sambil pandang Bob. Bob pula makin cemas apabila disoal seperti itu. Saliva ditelan berkali-kali pahit sebelum dia geleng kepala lagi.

"Dekat luar tak ada, dekat bilik lain pun tak ada, dia dekat dalam kan?"

"Kenapa? Bos nak buat apa pada cik Ayrena?"

"Ouh, so dia dekat dalam?" Darren tolak Bob ke tepi.

"Eh apa ni bos? Mana boleh," Bob halang Darren dengan berdiri di depan pintu almari.

"Ayrena, keluar!" Arahan Darren Ayrena hiraukan.

"Tepi Bob,"

"Tak boleh, bos! Bos nak buat apa pada isteri bos?"

"Kau nak pergi dating ke tak esok?"

"Nak, bos!"

"Then, move!"

"M... maafkan saya cik Ayrena," Bob beralih ke tepi.

Pintu almari dikuak luas.
"Keluar," serius saja suara Darren. Ayrena masih tak mahu berganjak. Menjawab pun tidak.

Darren gigit isi pipi. Kemudian tubuh kecil Ayrena diangkat serupa guni beras.

"Lepaslah! Lepas," Ayrena meronta. Sedaya-upaya dia cuba untuk melepaskan diri. Namun kekuatan Darren masih boleh menampungnya. Arghh! Kuat betul Darren ni!

Sampai saja di master room Darren turunkan Ayrena di sisi katil.

"Apa awak ni? Tak malu ke orang tengok?" Menjengil mata Ayrena pandang Darren.

"Ayrena, sepatutnya yang merajuk atau marah itu aku,"

"Eleh! Semua ni salah awak. Apa masalah awak? Saya nak pergi manicure kuku je pun, yang awak pergi buat kecoh dengan budak-budak awak dekat situ kenapa? Mana saya nak letak muka kalau pekerja dekat situ cam muka saya ni?"

Je hebt het einde van de gepubliceerde delen bereikt.

⏰ Laatst bijgewerkt: May 01 ⏰

Voeg dit verhaal toe aan je bibliotheek om op de hoogte gebracht te worden van nieuwe delen!

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu