PART 58

7K 409 8
                                    

"Encik Darren, kan?" Soal Atheena dari celah-celah pintu. Terkejut dia tadi, ingatkan siapa yang datang ke rumah lewat malam sebegini. Nasiblah dia belum tidur.

"I need your help!" Dingin bicara Darren seraya memandang ke arah Atheena.

Dia pandang Darren yang berdiri di sisi kereta.

"Tolong apa tu?" Atheena soal kembali. Sesekali dia menguap untuk kesekian kalinya.

___________

"JONET! JONET! JONET! JOM MAKAN!" Jerit Ayrena. Digoncang  bekas makanan Jonet sambil mata melilau mencari kelibat kucing kesayangan.

"Jonet! Mana pula si Jonet ni? Tak mahu makan ke?" Masih lagi mencari, Ayrena intai pula di bawah meja dan kerusi. Lansung tidak nampak kelibat Jonet. Bunyi Jonet pun dia tidak dengar.

"Dekat luar ke?" Diletakkan bekas makanan Jonet di atas meja. Kemudian Ayrena tuju ke arah pintu belakang. Mungkin si Jonet ni pergi main di belakang rumah.

Ding Dong!
Ding Dong!
Ding Dong!
Ding Dong!

Loceng rumah ditekan berkali-kali membuatkan ruang tamu rumah Tuan Razi bergema-gema dengan bunyian dari loceng rumah.


"Abang Ad dah balik?" Tersenyum, Ayrena berlari-lari anak menuju ke arah pintu masuk utama. Dia intai dari tingkap kaca di sebelah pintu. Apabila ekor mata menangkap bayangan dua sosok tubuh yang berdiri di hadapan pintu, terus Ayrena tutup langsir. Dia capai shawl putih mama yang elok tersusun rapi dalam satu bakul dan sarungkan ke kepala. Kemudian, dia kuak luas kedua-dua daun pintu.

"Atheena! Awalnya kau datang? Ni mesti sebab nak wish birthday aku kan?" Angkat alis, Ayrena senyum lebar. Dikerling arah jam yang tersangkut di dinding yang menunjukkan pukul 1 pagi.

Belum sempat dia cakap lebih panjang, Atheena dah peluk dia kuat-kuat.

"Atheena, kau kenapa ni?" Baru saja dia tanya, Atheena dah teresak-esak.
Berbalas pelukan, dia gosok-gosok belakang Atheena.

"Janganlah menangis! Aku tanya je, kenapa?" Masih lagi berpeluk, dia tepuk-tepuk pula belakang Atheena.

"Ayrena! Aku tahu kau kuat,kan? Kau kuat." Cipta jarak, Atheena usap kedua-dua pipi Ayrena. Dia tenung anak mata Ayrena sedalamnya.


"Mestilah aku kuat! Kau kenapa ni?" Dilap wajah Atheena yang sudah basah dengan air mata menggunakan hujung ibu jari.

"Kau kenapa ni Atheena? Bagitahu aku. Why? Encik Darren, kenapa ni?" Dia pandang Atheena dan Darren berselang-seli.

"Aku...aku tak tahu nak cakap macam mana. Ak...Aku tak tahu. Aku.." Tidak habiskan ayat, malah tangisan Atheena makin kuat. Dia peluk tubuh kecil Ayrena kembali.

"Encik Darren, ada apa-apa jadi ke?"

"Ayrena. Mama! Mama dengan papa kau..." Atheena pejamkan mata rapat. Dia mencari kekuatan untuk habiskan ayat.

Jari jemari bergerak-gerak di skrin telefon. Kemudian, Darren kuatkan volume hingga ke paras paling tinggi. Dia hulurkan telefon kepada Ayrena.

"Sepasang suami isteri ditemui mati dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Punca kematian dipercayai dibunuh dan disiksa dengan kejam. Mangsa dikenali sebagai ahli perniagaan dan isterinya seorang suri rumah. Mangsa iaitu Tuan Razi bin Tuan Alias dan Isterinya Fateema Binti Fakhrudin telah ditemui di dalam keadaan berpelukan dalam satu gudang bersebelahan dengan..." Tidak sanggup mendengar liputan itu sampai akhir, Atheena tolak telefon dari pegangan Darren.

Ayrena kaku. Reaksi dia masih lagi seakan tidak percaya. Lutut kian terasa lemah longlai terus Ayrena jatuh terduduk.

"Tak! Tak! M...mama pergi rumah Aunty Hani! Papa aku pula pergi outstation. Macam mana diorang boleh ada dekat sana? Tak! Tak. Diorang... diorang salah orang. Diorang salah orang." Ayrena menggeleng banyak kali. Menidakkan. Tidak mungkin! Mereka sudah berjanji nak balik untuk sambut harijadi dia sama-sama. Tidak mungkin!









Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now